Wednesday, September 30, 2009

Indahnya hamba yang sufi


Sahl bin Abdullah Al-Tustari berkata:

"Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah SWT dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur".


Al-Jurairi menyatakan bahawa tasauwuf itu ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.


Al-Kattani
menegaskan bahawa: "Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu".

Saturday, September 26, 2009










Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

QIYAMULLAIL JALAN ORANG YANG SOLEH

Qiamullail ialah mendirikan atau menghidupkan malam dengan ibadat-ibadat sunat samada solat mahupun membaca Al-Quran. Ianya merupakan jalan orang-orang yang soleh, cara mendekatkan diri kepada Allah, penghapus kepada dosa-dosa dan penangkis kepada sifat hasad dengki.


Ibadat ini mengangkat orang yang beriman kepada kemulian dan akan dibangkitkan di sisi Allah pada maqam yang terpuji. Hanya orang yang baik serta bertakwa yang mampu memelihara ibadat yang suci ini. Allah S.W.T memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w supaya menghidupkan malam dengan firmanNya dalam surah Isra' ayat 79.

ومن الليل فتهجد به نافلة عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.

Dalam surah Al-Furqan ayat 64 Allah menjelas sifat hamba-hamba Allah yang diredhaiNya:

والذين يبيتون لربهم سجدا وقياما

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.



Di antara 3 golongan yang dicintai Allah ialah lelaki yang mempunyai isteri yang cantik, tempat tidur yang nyaman, maka dia meninggalkannya seketika untuk melaksanakan solat malam. Allah berfirman kepadanya, "dia meninggalkan syahwatnya, dan mengingatiKu, kalau dia mahu dia boleh meneruskan tidurnya".

Dalam mencari kesempurnaan ibadat qiyamullail beberapa adab yang diajar oleh Rasulullah s.aw. harus dipatuhi:



>Berniat untuk bangun malam ketika hendak tidur.

>Menyapu wajahnya ketika bangun malam, bersugi dan melihat ke langit sambil berdoa.

>Memulakan dengan solat dua rakaat yang ringan.

>Menggerakkan ahli keluarganya untuk turut sama.

>Hendaklah dia berhenti daripada solat ketika mengantuk sehingga hilang mengantuknya.

>Jangan memaksa dirinya. Lakukan mengikut kemampuan sahaja.


Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk meneruskan tradisi dan jalan orang yang soleh dan memasukkan dalam golongan yang mulia ini.

Sunday, September 13, 2009

Tautan Hati 1


Buat tatapan Kak Nani, Kak Teh dan adik Erah..smg menjadi wanita solehah..

semoga kita dapat membina keluarga kita menjadi keluarga solehah...

rindu pada kalian utk bertemu di Hari Raya nanti..

Permai


Redup cuaca pagi dengan desiran ombak yang menghempas bertalu-talu membuatkan diri asyik dgn suasana alam yang indah ini....

Subhanallah...

Di pagi ramadhan yang ke-23 ini, Allah sempatkan kami, Nisa' Kelantan mengadakan brainstorming dgn pengarah2 kawasan..Info daripada Nisa' Malaysia perlu disampaikan segera...

ketika air pantai surut, Allah berikan ku ilham bersama ukhti asiah ke pesisir pantai..sungguh Indah sekali.geli geleman rasanya kaki tatkala memijak pasir2 yang halus..ada di antaranya terukit sepersis rawatan refleksologi kaki..ada juga yang lembut bak permaidani yang baru dibeli..
Ukhti Asiah,teman yang akarab,teman ibadah,teman mujahadah

kicauan burung berzikir menambahkan lagi rasa tenang di hati..

di hujung sana, sekumpulan anak muda lelaki sedang membuat usrah di tepi pantai..baasah mereka dibiarkan sahja..duduk bersila sambil khusyuk mendengar pengisian barangkali...
mujur lah mata ini agak rabun jadi hati tak terusik dgn pandangan2 sebegini...

( baru teringat, shbt2 muslimin upm dulu kalau dalaam meeting dgn mslmat selalu tanggalkan cermin mata, supaya dapat memelihara pandangan mereka...bagus!...)


aduhai pantai permai...

bila lagi bolehku berkunjung ke sini...

Permai challet, Bachok,Kelantan..
11 & 12 September 2009

Sunday, September 6, 2009

kelip2

Srikandi Nisa' yang menjadi sumber inspirasi...

Slot Ibadurrahman berjaya dikupas dgn baik..dgn izin Mu jua ya Allah...

Kontijen dari borneo....tahniah atas mujahadah anda...!

si ibu yang berkorban demi anaknya..orang muda mcmne...?patut contohi..


saper ni...? ni ar-rijal..bukan nisa' ni...=)

Tuesday, September 1, 2009

Rumah Untukmu wanita

Assalamualiakum wbt
nisa kelantan sekali lagi mengorak langkah mencadangkan sebuah rumah yang tidak berpenghuni ( terbiar )sbg salah sebuah tempat rumah perlindungan wanita yang hamil anak luar nikah negeri kelantan..

di bawah ini dilampirkan gambar2 rumah tersebut..





Rumah ini akan diikhtiarkan khusus untuk remaja dan wanita yang hamil anak luar nikah..pengambilan mereka dicadangkan agar ditanggung sepenuhnya oleh pentadbiran Rumah yang masih tidak mempunyai nama ini lagi... sedikit info rumah ini :

> nama rumah : tiada cadangan lagi..
>tenmpat : Peringat, kelantan,,buat pengetahuan semua, lokasi rumah ini dibelakang bukit yang menghijau dan di sawah padi,di tepi tali air peringat..sungguh mendamaikan
> tempoh jagaan : seawal kandungan 4 bulan hingga 2 bulan selepas melahirkan anak
>objektif : untuk mentarbiyyah dan membimbing remaja & wanita yang tersalah langkah daripada maksiat kepada taat terhadap perintah Allah swt.. InsyaAllah
> sumber rumah : infaq salah seorang hamba Allah yang bermurah hati

Justeru, kami sangat mengalu-alukan sebarang cadangan, sumbangan, sukarelawan, tenaga pengajar dan sebagai untuk memastikan pusat perlindungan ini beroperasi seperti yang diharapkan oleh orang ramai

QARYAH RAMADHAN kelantan..pesta ibadah

Ruang solat tetap penuh,,para ibu2 masyarakt kelantan tetap meneruskan solat hingga ke akhir walaupun imam membaca 1 juzu' al-quran..

khemah di luar tetap penuh


para jemaah tetap berasak-asak memenuhi khemah..walaupun hujan dan kadangkala membasahkan pakaian solat, mereka tetap meneruskannya...