Tuesday, March 30, 2010

sekali sekala nak la juga.....

hasil peninjauan kami ( Nisa' qlate ) dalam misi mencari jiwa anak muda qlate baru-baru ni di JOM HEBOH , kami dapat merumuskan beberapa perkara yang menjadi muhasabah buat semua para pendokong dakwah di bumi qlate ni...

pada jam 11.30 malam, kami mula menjalankan misi mencari jiwa2 yan kering, nak minta pendapat dan memberi motivasi..team kami mula berpecah...redupkanhati yang masih 'pening2' dengan kesibukan dan gema musik jom heboh terpaksa mencari bahan seorg diri di luar kawasan jom heboh..berbekal sebuah handphne nisa' ( hasil derma seorg mantan pimpinan nisa'), redupkanhati mula merakam gambar dan video bagi dijadikan bukti untuk dibentangkan dalam mesyuarat negeri...

manakala dua buah team lagi mula bergerak dalam perkarangan luar stadium dan di dalam stadium..


12.pm
sempat bertemu ramah dengan 2 orang anak muda yang sedang melepak-lepak..asalnya takut nak tegur tapi setelh disakat terlebih dahulu, redupkanhati mengambil peluang berbicara dengan mereka...

Remaja 1 : ehem2...ustzah tu...assalamualaikum..
remaja 2 : ehem....
Redupkanhati :wlam....boleh saya nak cakap2 sket..nak temu ramah anak2 qlate kita ni...pasal jom heboh....

Remaja 1 : ehh..kami baru sampai..tak tahu apa2
Redupkanhati :takpelah..tak rakam pun...ni dari mana
remaja 2 : dari pasir mas
remaja 1 : saya dari kota bharu
redupkanhati : anak2 qlate kita ni tahu tak kenapa dulu takde pun jom heboh..tapi harini jom heboh datang..kenapa ada sekarang bukan dulu.....
remaja 1 : kawe rasanya sebab sultan...kalu yang kerajaan negeri punya mesti ada pintu gerbang masuk dan keluar..(sambil menerangkan beza program kerajaan negeri dan yang bukan kerajaan negeri anjurkan..)
remaja 2 : jom heboh sini lain kak.....

redupkanhati : ramai tak orang datang?
remaja 1 : iskkk..ramai sangat...
remaja 2 : dlm tv kate di sini ( kelantan) paling ramai pengunjung Jom Hebok, kak..
remaja 1 : yea..dalam tv ada bagitau
redupkanhati : bila tu dimaklumkan dalam tv?
remaja 1 : semalam...

redupkanhati : ooo..ok..agak2 ramai-ramai datang ni dengan family ko dengan kawan-kawan?
remaja 1 : isk..dengan family.....
remaja 2 : dengan kawan2 tak la ramai macm dgn family
redupkanhati : konsep kerajaan negeri kan nak minta buat konsep kekelurgaan, kesihatan....betul tak..
tiada respon tapi mereka sekadar mengangguk2 kepala...

redupkanhati : apa yang lainnya jom heboh ni ?
remaja 2 : asing laki-puan...kat konsert asing juga..bagus la kak gitu...
redupkanhati : kami nak tahu jugalah apa yang ada dalam minda anak2 muda qlate kita..apa yang mereka nak sebenarnya...perlu tak jom heboh ni..cara yang macam mane anak2 muda qlate kita nak...

remaja 1 : skali-skala nak juga kak..ni qlate tak dop langsung hiburan...boleh nak buat setahun sekali.hok datang sini pun bukan ramai dari kb, tapi ramai dari hulu-hulu nuh....hahaha...
remaja 2 : betul kak...nak la juga hiburan ni....asing gini takpo..comel.
remaja 1 : boleh buat, tapi kawal macam gini lah...

redupkanhati khusyuk mendengar luahan hati mereka sehingga tidak sempat menyampuk kerana banyak sangat yang ingin diluahkan...

remaja 1 : ustzh kerja ke belajar ni
redupkanhati : dah kerja..
remaja 2 : mane?
redupkanhati : kat usm..
remaja 1 : umur berapa?
redupkanhati : teka?
remaja 1 : 25 tahun
remaja 2 : 24 tahun
redupkanhati : pandai awak ni ..24 tahun..(sambil menunding jari kepada remaja 2)
remaja 1 : kerja bahagian apa?
redupkanhati : sains sukan...
remaja 1 & 2 : haa....(sambil tergelak)...betul ko..tak sangka...
redupkanhati : betul...saya minat sukan..dulu atlet..bersukan pun boleh beribadah...kan?
mereka mengangguk kepala sambil tersenyum...

redupnkahati : oklah..terima kasih kerana sudi berkongsi...kak nak tahu umur adik2?
remaja 1 : 26 tahun
remaja 2 : 25 tahun..
redupkanhati : selamat berhibur mengikut acuan ISLAM...=)

ehh..lebih tua dari aku ...takpelah..mereka hormat kat kitalah tu....panggil kak dan ustazah...sambil2 tu redupkanhati sempat berpesan-pesan kepada mereka tentang enakmen hiburan islam kelantn....
dari jauh kedengaran mereka mengusik dan meminta nom tel...biarkanlah mereka..mereka sekadar untuk menyakat2 perempuan..sape tak kenal perangai lelaki, kan..

TAMAT

Sunday, March 28, 2010

Mari sertai kami


ASSALAMUALAIKUM WBT..

Alhamdulillah, dengan berkat kesungguhan, kami terseyum sendiri kerana sebuah syarikat yang bermatlamatkan motivasi dan cenderahati telah berjaya ditubuhkan dengan nama TEAM ENTERPRISE...
kepada mana2 muslimin dan muslimat yang ingin mendaftarkan diri sebagai fasilitator sambilan, bolehlah menghantar biodata diri kepada irah_angah86@yahoo.com :

NAMA PENUH
I/C
HP
ALAMAT TEATP
ALAMAT SEMASA
SEJARAH PENDIDIKAN
MINAT DAN KECENDERUNGAN
PENGALAMAN SEBAGAI MOTIVATOR ATAU FASILITATOR
HOBI
CITA-CITA
TINGGI
BERAT
EMAIL & BLOG
KATA2/HARAPAN

Semoga bakat dan kreativiti yang ada pada anak-anak muda sekarang dapat digilap bagi membantu dan membimbing adik-adik kita bahkan raka-rakan kita yang memerlukan sokongan dan dorongan motivasi kita semua...

Semoga Allah swt membantu kita dan sentiasa mengilhamkan kepada kita semua kebaikan dan rahmat-Nya yang tidak putus-putus

Untuk makluman semua, aktiviti terbaru yang dirancang oleh Team Enterprise :
KEMBARA KE TEMPAT DEMO..( InsyaAllah dalam perancangan di kawasan Pengkalan Chepa)

Motif : Nak mendekati golongan remaja supaya jadi geng kita semua
( geng malaikat=)...)


SYAIRAH
0139870277
irah_angah86@yahoo.com
Pengurus
Team Enterprise, Kelantan

Tuesday, March 16, 2010

mari kenali jenis2 sikap kita bila menghadapi kematian

Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian:

Pertama :
Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya
menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang
benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan
hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini
ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.

Kedua:
Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan
gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa
dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan
seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan
diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat
menghinakan.

Ketiga:
Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian.
Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan
jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula.
Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan
lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan
kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari
perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana
menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada
alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan
mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia
yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang
belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.

Sunday, March 7, 2010

Dosa ini lebih besar daripada zina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan
terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah merusakkan hidupnya.Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan
cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air
matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya...........telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil.Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," Ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-hantuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.

Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari berlakunya zina ada kau mengetahui bahwa ada dosa yang lebih besar daripada berzina dan membunuh ? "

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?""Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintahTuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertobat dan menyesalali dosanya dengan
sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.

Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.

(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat
lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya,maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.

Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari,sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Wednesday, March 3, 2010

Try la kaedah ini

Suatu hari, seorang sahabat redupkanhati yang sangat disayangi telah dilanda masalah...jadi, sebagai seorg yang telah ditarbiyyah, dia cuba untuk berusaha dan bertanya pendapat dengan beberapa alim ulama ttg perkara tersebut...setelah itu, sahabat redupkanhati ini telah membentangkan tentang kaedah yang dia pelajari dalam usrah kami, Nisa' Negeri...

Katanya, antara kaedah yang boleh dipraktikkan ketika ingin tenangkan hati atau mendapat petunjuk ialah merujuk Al-Quran..
Cuba mulakan kaedah ini dengan membaca Al-Fatihah 1x, 3 Qul, Selawat dalam bilangan ganjil(tak kisah berapa kali), istighfar dan lain2 bacaan kalu perlu...kemudian niat dalam hati apa yang diinginkan( contohnya : nak tenangkanhati, nak dapat petunjuk, nak dapatkan apa sahaja) , buka tafsir Al-Quran secara rambang dan cuba tengok mana2 ayat yang termula2 sekali terpandang..baca dan tengok terjemahannnya...kebanyakan sahabat yang mengamalkannya mendapat apa yang dihajati daripada kaedah ini temasuklah redupkanhati...cuma, janga terlalu taksub dengan cara ini sehingga mengabaikan solat istikharah, doa, solat hajat dan sebagainya..

Jadikanlah cara ini sebagai salah satu hiasan amalan kita...

Pedoman yang redupkanhati ingin kongsikan....kadang2 redupkanhati lupa,tak ingat dan jarang amalkan..kita perlu saling mengingati...jom dengar hiburan hari ini...

“Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh suatu penyakit umat. Para sahabat bertanya: “Apakah pen yakit umat itu? Nabi menjawab:

“1. Kufur nikmat. 2. Sombong. 3. Tamak. 4. Berlumba-lumba. 5. Benci-membenci. 6. Dengki-mendengki sehingga melampaui batas (berlaku kejarn) dan kemudian bunuh mernbunuh.”

(HR. Ibnu Abid Dunya).

Dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan: “Ada tiga perkara, dimana tiap-tiap umat tidak tenlepas daripadanya, iaitu: Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan keluar dan tiga perkara itu? laitu apabila engkau berburuk sangka, janganlah engkau kuatkan buruk sangkamu itu, apabila hasad janganlah berlaku kejam dan apabila engkau berselisih faham, maka janganlah engkau menyakiti.” (HR. Abu Daud).

Monday, March 1, 2010

RM20

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.

Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya... nak tanya apa?"
Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"
Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking.
Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.
Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"
Anak: "Oh... " si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian memandang wajah ayahnya ambil bertanya, "Ayah... .boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?".

Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit ? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni... "

Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyakayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit di bawah bantal itu?" jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Satu cerita pendek yang mampu membuatkan kita berfikir sedalam-dalamnya.....