Tuesday, May 31, 2011

Kem Sempena Cuti Sekolah di Kelantan-daftarlah derah.!



Assalamualaikum
Alhamdulillah sekali lagi TEAM BINA INSAN KELANTAN dengan kerjasama Madrasah Tahfiz AtTaufiqiyyah telah mengambil satu inisiatif bagi mengajak para remaja di luar sana untuk mendalami ilmu dan mengubah diri menjadi insan yang positif dan cemerlang.Bagi ibu bapa dan para penjaga, manfaatkanlah cuti sekolah ini dengan menghantar anak-anak di bawah seliaan tuan/puan ke sini.

Tarikh : 8-10 jun 2011
Masa daftar : 2.30 petang (8 jun)
Tempat : IPP, Machang Kelantan (Peladang INN)

Alhamdulillah, usaha yang direncanakan sejak sekian lama ini adalah berdasarkan niat yang ikhlas untuk membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih madani, bukan bermatlamatkan wang ringgit anda.

kami sedaya upaya menyusun program untuk dimanfaatkan secara luar biasa oleh para peserta.
sebarang maklumat boleh hubungi presiden TBI iaitu YM RAJA IZANI BIN RAJA ISMAIL 019-6145154
iaitu salah seorang penceramah dan trainer terlatih lebih 7 tahun dalam arena motivasi dan bimbingan remaja dan telah pun mendapat pelbagai jemputan dan undangan daripada pelbagai agensi, institusi pendidikan dan tempat.

'MENJANA TRANSFORMASI REMAJA UNGGUL'

ust raja izani

TENTATIF PROGRAM

8 JUN 2011 ( Rabu)
2.30 ptg : Pendaftaran Peserta
3.00 ptg : Slot 1 – Mengapa Di Sini ?
4.30 ptg : Solat Asar Berjemaah &
Minum Petang
5.00 ptg : Slot 2 - Ice Breaking
6.30 ptg : Makan Malam
7.20 mlm : Solat Maghrib & Solat Hajat
7.40 mlm : Slot 3 – Al-Qur’an Manual
Hidup
8.30 mlm : Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm : Minum Malam
9.30 mlm : Slot 4 – Siapa dan Kemana
Kita ?
11.00 mlm : Slot 5 – Jom Amal Sunnah
Nabi
11.45 mlm : Tidur

9 JUN 2011 (Khamis)
5.00 pg : Munajat Mukmin Super
6.00 pg : Solat Subuh
6.15 pg : Slot 6 – Adab Menuntut Ilmu
7.00 pg :Riadah Relaksasi
7.30 pg :Sarapan Pagi
8.00 pg : Slot Dhuha – Jom Jadi
Kaya,Jom Jadi Bahagia
9.00 pg : Slot 7 – Kenali Sabotaj ,
Potensi Mantap
10.40 pg : Minum pagi
11.00 pg : Slot 8 – Teknik & Rahsia
Pelajar Cemerlang
12.45 tgh : Makan tengahari
1.30 tgh : Solat Zohor berjemaah
2.00 ptg : Slot 9 – Explorace Iman
4.30 ptg : Minum petang & Solat Asar
Berjemaah
5.00 ptg : Team Building :Dynamic
Game
6.30 ptg : Makan Malam
7.20 mlm : Solat Maghrib & Bacaan
Ya Sin ,Tahlil
8.30 mlm : Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm : Minum Malam
9.30 mlm : Slot 10 – Ikon Remaja
Mukmin
10.30 mlm : Slot 11 – Perjalanan Insan
11.45 mlm : Tidur

10 JUN 2011 ( Jumaat)
5.00 pg : Munajat Mukmin Super
6.00 pg : Solat Subuh
6.15 pg : Slot 12 – Amalan Perkasa Diri
Remaja Mukmin
7.00 pg : Riadah & Relaksasi
7.30 pg : Sarapan Pagi
8.00 pg : Slot Dhuha – Jom Jadi
Kaya,Jom Jadi Bahagia
8.30 pg : Refleksi Program
9.00 pg : Slot Khas – Bersama Ibubapa
Keluarga Bahagia
Penceramah RTM Kelantan:
Ustaz Md. Nazry Mohd. Nor
11.00 pg : Majlis Penutup &
Penyampaian Sijil
11.30 pg : Majlis Bersurai

SEKIAN, TERIMA KASIH

-Nur syairah Bt Ab. Rani
013-9870277
SEtiausaha
Persatuan Pembimbing Insan Kelantan(Team Bina Insan Kelantan)

Thursday, May 26, 2011

Kreativiti Anak Muda Kelantan

Assalamualaikum..

jom sertai pertandingan bakat anak muda kelantan.FREE dan hanya terbuka untuk wanita sahaja...JOHAN akan mendapat RM1500, KEDUA RM 1200 dan KETIGA RM1000...Satu kumpulan hanya 10-15 orang shj.....hubungi urusetia wanita skrg.tarikh tutup penyertaan pada 4 jun ini


Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Pertanding Kreativiti Anak Muda Kelate
Sempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011.


Syarat-syarat Pertandingan.

1.    Persembahan secara kumpulan yang tidak kurang dari 15 orang ahli bagi setiap kumpulan;
2.    Persembahan bebas menurut kreativiti kumpulan masing-masing (misalnya drama, pentomen, dikir barat, mendodoi anak, mengulik suami, syair berkumpulan dan sebagainya);
3.    Tema persembahan adalah `BELIAWANIS KELANTAN BERMARUAH’. Sebolehnya berkait-rapat dengan Dasar Membangun Bersama Islam, Memperkasakan Kerajaan Islam Kelantan, Tegakkan Islam dan Runtuhkan Jahiliah atau mana-mana dasar utama kerajaan negeri;
4.    Persembahan mestilah TIDAK bersifat atau mempunyai unsur-unsur  menghasut, mencaci atau membenci mana-mana bangsa, agama atau kelompok;
5.    Masa persembahan hanya 10 minit sahaja;
6.    Ahli kumpulan mestilah terdiri daripada BELIAWANIS (peranakan) Kelantan dan warga Negara Malaysia. (no kad pengenalan bermula 03 @ 29) sahaja;
7.    Peserta mestilah terdiri kategori umur BELIAWANIS (baligh @ 15 tahun [mana terdahulu] dan tidak lebih dari 40 tahun);
8.    Persembahan akan dinilai dari beberapa aspek, iaitu:-

a)    Kreativiti persembahan;
b)   Keaslian karya;
c)    Kerjasama secara kumpulan;
d)   Isu-isu yang relaven dengan beliawanis masakini (mempunyai unsur nasihat yang baik);
e)   Gabungan penggunaan ICT dan sumber manusia dalam setiap persembahan.

9.    Pertandingan akan diadili oleh tiga orang panel hakim secara bersama dan keputusan HAKIM adalah MUKTAMAD.
10. Jumlah penyertaan dihadkan kepada 20 pasuklan sahaja, mengikut mana terdahulu mendaftar.
11. Penganjur berhak menukar syarat-syarat pertandingan dengan notis yang wajar dan sesuai kepada peserta.

Monday, May 9, 2011

Teknik SEFT untuk bantu gelombang energi badan

Assalamualaikum wbt..

stress menyiapkan thesis, pengurusan beberapa program yang belum selesai serta lenguh badan kerana membongkok menyiapkan thesis berjaya melemahkan badan ini, suhu mula meningkat dan fikiran kurang pick up....

sahabat seperjuangan mula mengaplikasikan teknik SEFT  yang kami pelajari dalam mini workshop 6 Mei yang lalu.walaupun hanya memanaskan badan menggunakan teknik itu selama 1 minit, rasa selesa dan bertenaga mula dirasai..terkebil-kebil mata ini..cepatnya....! inilah ilmu yang diilhamkan oleh Allah swt kepada hamba2Nya dalam menyelesaikan pelbagai masalah manusia...

konsep SEFT ini adalah gabungan doa yang CUKUP ikhlas dan teknik rawatan yang telah dikaji pelbagai kaedah dan saban tahun.pada majlis hari lahir (majlis solat hajat operation kak wani  +  majlis hari lahir syairah dan huda) yang diraikan oleh Nisa' Kelantan baru2 ini, saya telah mengaplikasikannya kepada sahabat Nisa' Kelantan yang menderita Tumor  dan seorang lagi mengalami lenguh kaki lutut.Alhamdulillah mereka mula merasai energi mereka sendiri yang diaktifkan melalui teknik SEFT...

ada sesiapa yang nak merasai energi sendiri?JUMPA SAYA

Wednesday, May 4, 2011

Ada apa dengan 6mei ini ?

Assalamualaikum dan salam mahabbah semua...

Tak lama lagi akan tiba hari Ibu sedunia kan?ambillah peluang gunakan saat tersebut untuk menyatakan rasa kasih dan sayang anda buat ibu tercinta....alhamdulillah ibu saya masih ada sehingga ke saat ini dan biarlah dia sempat bermain dengan cucu2nya sebelum ajal menjemput.

yea, 8 mei ini adalah hari lahir saya yang ke-25. sukar untuk digambarkan perasaan yang bercampur baur ketika usia sudah pun diambang akhir remaja...Allah yusallimuna.

apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah seminar 6 mei ini.ianya program SEFT yang amat ditunggu.bagaimana saya cukup teruja melihat Trainer Ust Naime dan Trainer Ust Raja Izani yang cuba memulihkan salah seorang peserta yang ketagih merokok.ianya berkesan dan peserta tersebut terasa loya dan hampir muntah.Begitulah kesan racun yang telah ada dalam tubuhnya.

Saya ingin belajar tentang banyak perkara terutama pengurusan tentang manusia. Ianya mendekatkan saya kepada Allah swt....saya juga dapat mengubah beberapa perkara yang negatif yang masih berbaki dalam diri..
 maklumat lanjut :
http://www.MySEFT.com/nursyairah86

Setiausaha,
Persatuan Pembimbing Insan Kelantan

Tuesday, May 3, 2011

Setiap orang ada potensi diri, caya tak??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sesiapa yang ingin meningkat keupyaan diri, potensi diri, cenderung ke arah motivasi dan terlibat dengan masyarakat, anda sgt digalkkan bersama saya (NUR SYAIRAH BT AB, RANI) dalam program SEFT.
sila layari http:// untuk maklumat lanjut.

selamat meningkatkan keupayaan minda dan potensi diri...


APA ITU SEFT?
SEFT merupakan teknik pengembangan diri yang menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, emosi, fikiran, sikap, motivasi, tingkah laku, dan ‘peak performance’ secara cepat, mudah & universal.
Gabungan 14 teknik terapi yang termasuk dalam SEFT adalah:

1. NLP – Neuro Linguistic Programming
2. Behavioral Therapy
3. Psychoanalisa
4. Logotherapy
5. EMDR – Eye Movement Desensitization Reprocessing
6. Sedona Method
7. Ericksonian Hypnosis
8. Sugesty & Affirmation
9. Visualization
10. Provocative Therapy
11. Transcedental Relaxation & Meditation
12. Gestalt Therapy
13. Energy Therapy
14. Powerful Prayer

 
SEFT dapat digunakan untuk:

• Mengatasi pelbagai masalah fizikal dan emosi dalam waktu 5-50 minit
• Meningkatkan prestasi dan hasil kerja dengan "SEFT for Peak Performance"
• Meningkatkan keberuntungan dengan "The Luck Factor"
• Meraih apa yang kita inginkan dengan "Deep SEFT"
• Mencapai "Total Success" dengan "The Holistic Person Empowerment System"
• Meraih kedamaian hati dengan "Personal Peace Procedure"
• Meraih kebahagiaan dengan "LoGOS Spirit"


 
MENGAPA SEFT SANGAT EFEKTIF?
Di antara 14 teknik yang digabungkan dalam SEFT, ada dua teknik utama yang mendasari SEFT iaitu ENERGY PSYCHOLOGY dan SPIRITUALITY. Berikut penjelasan ilmiah tentang dua teknik utama tersebut.

The Science Of Energy Psychology
Energy Psychology adalah bidang ilmu yang relatif baru. Walaupun embrionya yang berupa prinsip-prinsip Energy Healing telah dipraktikkan oleh para doktor Cina kuno lebih dari 5000 tahun yang lalu, tetapi Energy Psychology baru dikenali meluas sejak penemuan pada tahun 1980-an. Pada waktu itu Energy Psychology masih menjadi barang mewah yang hanya dapat dipelajari oleh terapis berkantong tebal.

Pada pertengahan tahun 1990-an Energy Psychology yang diwakili oleh Gary Craig dengan EFT-nya ( Gary Craig disebut sebagai the Ambassador of Energy Psychology) telah menjadi perhatian orang awam, dan digunakan secara luas di Amerika dan Eropah. Menurut Dr. David Freinstein:

 
“Energy psychology applies principles and techniques for working with the body's physical energies to facilitate desired changes in emotions, thought, and behavior”
Pengaruh sistem energi tubuh terhadap dimensi “emosi” inilah yang diteliti oleh Dr. Roger Callahan. Setelah penemuan pertamanya yang tanpa disengaja bersama client-nya Mary, Dr. Callahan bereksperimentasi dengan teknik baru ini.

 
Eksperimen ini dilakukan dengan tanpa menggunakan jarum (seperti dalam acupuncture) ataupun menekan secara berlebihan (seperti dalam acupressure), tetapi hanya dengan menggunakan ketukan ringan dengan hujung jari (tapping) pada daerah tubuh tertentu. Dengan eksperimen ini, Dr. Callahan telah banyak membantu pesakitnya sembuh dari berbagai masalah psikologi dengan sangat cepat (dalam hitungan minit).
Dengan penemuan ini akhirnya disimpulkan bahwa:
“Penyebab segala macam emosi negatif adalah terganggunya sistem energi tubuh" Gary Craig menyebut kesimpulannya ini “The Discovery Statement”.

 
The Science Of Prayer & Spirituality
Secara tradisional, science dan spirituality lebih sering bententangan daripada sebenar. Kajian pertama tentang peranan spiritualiti terhadap kesihatan dilakukan pada tahun 1872 oleh Francis Galton, saudara sepupu dari bapa teori evolusi, Charles Darwin. Kajian klasik ini akhirnya berkesimpulan bahawa doa tidak berpengaruh pada umur orang yang berdoa maupun yang didoakan. Tetapi, ini adalah teori yang sudah ketinggalan zaman, kerana menurut pakar kajian kontemporer tentang doa dan spiritualiti, Bob Barth, penelitian ini tidak menggunakan standard ilmiah penelitian moden.

The Office of Prayer Research, satu lembaga yang didirikan The Parliament of The World's Religions pada bulan Julai 2004 telah mendokumentasikan dan me-review lebih dari 500 kajian tentang doa sejak penelitian Francis Galton di tahun 1872. Hasilnya, terdapat banyak bukti ilmiah yang mengatakan bahawa doa dan spiritualiti memang berpengaruh terhadap kesihatan, berikut terjemahan kutipan dari tiga topik ceramah Dr. Larry Dossey, MD. :

Dalam sejarah dunia kedokteran, penyakit dilihat sebagai masalah “fisik”. Timbulnya penyakit disebabkan oleh tidak berfungsinya atom, molekul, sel, atau organ tubuh, secara normal. Tubuh, fikiran dan jiwa dilihat sebagai sesuatu yang terpisah.
Tetapi, bukti-bukti ilmiah, mengatakan bahawa bahkan pada penyakit yang umum sekalipun, kondisi fikiran, emosi, sikap, kesedaran, dan doa-doa yang dipanjatkan oleh atau untuk pesakit sangat berpengaruh bagi kesembuhannya.

Kesimpulan ini bukan berdasarkan spekulasi filosofis, bukan pula berdasarkan sesuatu yang bersifat mistik, atau keyakinan religius, tetapi telah dibuktikan dalam prosedur penelitian ilmiah yang menjadi jambatan antara dunia sains dan spiritual.
Larry Dossey MD., adalah seorang doktor perubatan dalam yang melakukan penelitian ekstensif tentang kesan doa terhadap kesembuhan pesakit. Penelitian yang sempat menggoncang dunia kedoktoran barat ini dijelaskan secara terperinci dan meyakinkan dalam bukunya The Healing Words: The Power of Prayer and The Practice of Medicine.

 
Inti pesanan yang ingin disampaikan oleh doktor Dossey adalah bahawa doa dan spiritualiti, terbukti dalam penelitian ilmiah, ternyata memiliki kekuatan yang sama besar dengan pengubatan dan pembedahan.
Sejak bukunya ini diterbitkan pada tahun 1994, kuliah “Peranan Doa dan Religius dalam Penyembuhan” diajarkan di 80 fakulti kedoktoran di Amerika.

 
Spiritual Power + Energy Psychology
Berdasarkan bukti-bukti ilmiah tentang keampuhan Energy Psychology serta doa dan spiritualiti dalam penyembuhan, maka penggabungan 2 kekuatan ini menjadi apa yang dinamakan SEFT. Efek dahsyat dari penggabungan dua kekuatan ini disebut Amplifiying Effect (efek yang melipatganda)

 
MENGAPA SEFT UNIK?
• Efektif, mampu meyelesaikan pelbagai masalah fizikal dan emosi, bahkan untuk beberapa masalah yang tidak ada harapan lagi oleh doktor.
• Ilmiah, telah dibuktikan oleh puluhan penelitian dan digunakan oleh lebih daripada 100000 orang di seluruh dunia.
• Mudah, semua orang, bahkan kanak-kanak dan orang yang telah lanjut usia boleh melakukannya.
• Cepat, hanya memerlukankan masa 5 – 50 minit. Kebiasaannya sudah dapat terasa tahap keberkesanan dalam masa lebih kurang 15 minit.
• Aman, tanpa kesan sampingan, kerana tidak menggunakan ubat-ubatan, alat-alat khusus, atau teknik yang berisiko.
• Murah, sekali belajar dapat digunakan selamanya.
• Memberdayakan, tidak bergantung kepada terapis, setiap orang boleh melakukannya sendiri bahkan boleh membantu orang lain.
• Universal, dapat digunakan untuk pelbagai masalah dan dapat dipraktikkan oleh semua tidak kira apapun latar balakang orang tersebut.
• Compatible, dapat digabungkan dengan teknik-teknik lain dan dapat meningkatkan keberkesanan teknik-teknik tersebut.
SEFT® ditemukan oleh Ahmad Faiz Zainuddin dan kini dikembangkan oleh LoGOS Institute. Kini LoGOS Institute telah bekerjasama dengan Pro Mind Solutions untuk mengembangkan SEFT di Malaysia.


PENERAPAN SEFT DALAM PELBAGAI BIDANG
1. Individu – Pengembangan diri, menyelesaikan pelbagai masalah emosi, fizikal mahupun spiritual dalam masa yang pantas (kiraan minit)
2. Keluarga – Hubungan suami isteri, dan mengasuh anak-anak & Funtastic Family
3. Sekolah / IPT – Untuk guru-guru, pensyarah, pelajar & mahasiswa menyelesaikan permasalahan mereka
4. Organisasi – Peningkatan prestasi pekerja, menguruskan konflik & stress, Team Work & Leadership
5. Perniagaan – Entrepreneurship, Sales & Peak Performance
6. Olahraga & Seni – Membentuk Mental Juara
7. Training, Coaching, Kaunseling & Terapi – Teknik yang simple & mudah digunakan oleh semua orang