Thursday, June 30, 2011

Allah itu Maha Tidak Logik!

Assalamualaikum

pernah tak kita kesempitan wang yang amat,kemudian Allah datangkan kepada kita rezeki yang tidak disangka-sangka?Tak Logik kan Allah...?

pernah tak kita ada masalah yang rumit dan tiba-tiba apabila baca Al-Quran, seolah-olah Allah menjawab segala kebuntuan kita.selepas itu masalah yang rumit itu pun beredar begitu sahaja..! Tak logik kan Allah...?

pernah tak kita sering mendoakan sesuatu, tiba-tiba tanpa disangka atau tanpa sedar, Allah telah memakbulkan permintaan kita...tak logik kan Allah..?

pernah tak kita kita minta dua, tapi Allah bagi tiga perkara?perkara tersebut pula adalah perkara yang agak mustahil bagi kita..kita doa kepada Allah untuk dianugerahkan suami yang beriman, sihat dan baik tetapi Allah bagi suami yang beriman, sihat, baik dan kaya pulak tu..

Allah adalah MAHA BESAR dan MAHA BERKUASA.Dia berhak menjadikan sesuatu dan mengadakan apa yang tiada.pada fikiran kita sebagai manusia, isk....!Tak logik lah..tapi Allah kan HEBAT!

daripada empat impian yang pernah diimpikan, Allah telah memakbulkan 3 daripadanya...SUNGGUH! tak disedari...alhamdulillah.

Sunday, June 5, 2011

saya bijak!

Assalamualaikum wbt

setiap hamba pasti diuji oleh Tuannya untuk mengetahui kesetiaan yang diucapkan. Masalah akan bertukar menjadi cabaran dan cabaran akan bertukar menjadi peluang SEKIRANYA hamba tersebut bijak dan berilmu..
jika hari ini anda selesa dan berasa kesian orang lain diuji, jangan seronok sangat kerana suatu hari nanti kita tidak tahu bagaimana keadaan kita ketika diuji.IMAN adalah harta kekayaan yang sedang dikumpul untuk sebuah negara iaitu negara AKHIRAT.

SAYA BIJAK JIKA BERAMAL KERANA ALLAH...! (^-^)

Saturday, June 4, 2011

Orang yang tidak ada apa-apa tidak boleh memberi apa-apa

Assalamualaikum...

Hebatnya Allah..ni baru ciptaan Allah...hasil ciptaan Allah pun dah hebat...! Allah tentu jauh lagi hebat...

Ternyata saya bangga mengenali Prof Muhayya Muhammad dan adiknya Kak Mastura Muhammad (mantan pengarah nisa' Malaysia).Mereka ternyata mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam bidang falsafah, sains dan hamba yang sentiasa mencari jalan untuk mendekatkkan diri kepada Allah, bahkan mereka tak nak solehah sorang-sorang, mereka juga nak semua orang soleh dan solehah...

Bicara Prof Muhayya, "Orang yang tidak bahagia tidak boleh nak bahagiakan orang lain".
Yea, betul dan tepat sekali kata-katanya. Bagaimana seorang suami yang tidak bahagia dengan diri sendiri boleh membahagiakan isterinya dan begitulah sebaliknya.

Saya kira, ianya juga bertepatan dengan orang yg tidak ada apa-apa tidak boleh memberi apa-apa.skopnya lebih luas dan dapat disesuaikan dengan pelbagai keadaan. jangan kita menganggap orang yang tidak ada apa-apa ini dari sudut harta.memang org zaman sekarang agak fobia dengan harta, apa sahaja dikaitkan dengan harta.bahkan tuntutan kerjaya pun sebab nak harta bukan untuk memudahkan perjuangan Islam.

Saya cukup terkesan dengan ulasan seorang petugas di kulia tok guru. dia mengatakan mempunyai pelbagai pengalaman menarik ketika memungut derma.ada terjumpa cincin, jam, duit 5sen dan lain-lain.kadang2 orang kampung yang menderm tidak ada harta melainkan apa yang ada di tubuhnya.
itulah sedekah yang mirip Saidina Abu Bakar..Beliau menderma hampir kesemua hartanya waluapun sedikit daripada salah seorang shbt Rasulullah yang kaya namun Rasulullah SAW menggemari derma Abu Bakar kerana beliau menderma dalam keadaan kurang berharta daripada sahabt yang kaya tadi.

Teringat saya tentang seorang teman. Dia datangnya daripada keluarga sederhana dan sudah tidak mempunyai ayah.ibunya hanya kerja lepasan SPM dan mempunyai aadik-beradik yang ramai, belum bekerja semuanya.

apa yang saya suka pada teman ini adalah sikapnya.sikapnya sentiasa memberi walaupun dia serba kekurangan.mudah untuk diminta tolong, tidak lokek masa jika diajak berprogram dan menguruskan program, jika diminta khidmat akan segera dihulurkan waluapun dia tidak tahu sangat tentang perkara tersebut. dia mudah dan simple.berada disisinya terasa dimudahkan dan ringan.

walaupu  dia tidak mempunyai rupa paras yang cantik, dia sentiasa beriltizam untuk menjadikan diri sebagai 'hadiah' buat suami kelak..dia mahu menjadi isteri terbaik sekadar yang dia mampu. dia mahu memudahkan urusan suami dan tidak akan meminta jika Islam tidak menuntut akan hal tersebut.bagiku, suaminya nnti senang mempunyai isteri sepertinya kerana dirinya terdidik dalam biah solehah, beragama, berpendidikan tinggi dan memudahkan urusan orang.

namun, berapa ramai muslimin yang tidak memandang rupa paras paras?adakah tidak mempunyai rupa paras adalah dikategorikan sebagai wanita yang tidak mempunyai apa-apa?