Sunday, November 27, 2011

HANYA DIA

hanya ALLAH SWT...
Apabila seseorang banyak mengadu kepada manusia,maka sedikitlah pengaduannya kepada ALLAH,lantaran telah dilepaskan kekecewaan dan pengaduannya kepada manusia...,maka dimanakah ALLAH swt dalam hatinya...?
Semakin banyak pengaduan,masalah dan kekecewaan yang ingin dikongsi dengan ALLAH SWT,maka semakin banyak masa akan diperuntukkan bersama ALLAH SWT...
inilah antara punca orang beriman bangun di tengah malam... kerana pengaduannya yang hakiki sebetulnya untuk ALLAH swt...

Friday, November 11, 2011

Kem Cuti Sekolah 2011 di Kelantan

BORANG PENDAFTARAN PESERTA KEM ANAK SOLEH/SOLEHAH 2011 DI KELANTAN

Assalamualaikum wbt

Kem Anak Soleh & Solehah anjuran Darul Atiq Consultant Enterprise & Madrasah Darul Atiq,Al-Aitam pasir Puteh bakal berlangsung pada 19-23 November ini (2011) bertempat di Darul Quran, Labok, Kelantan bersempena dengan cuti sekolah yang bakal tiba.

Terbuka untuk kanak-kanak dan remaja yang berumur 9-16 tahun, pelbagai modul dan pengisian yang InsyaAllah berkualiti telah disusun oleh dua orang trainer motivasi dan pembimbing dalam bidang motivasi remaja dan agama iaitu YM Raja Izani Raja Ismail serta Ust Hj Nazry ( CEO Madrasatul Quran Darul Atiq, Al-Aitam Pasir Puteh Kelantan serta penceramah undangan RTM)

Yuran yang dikenakan sepanjang lima hari program ini berlangsung ialah sebanyak RM250 merangkumi makanan, tempat tinggal, modul serta pengurusan.

Maklumat lanjut : YM Raja Izani 019-6145154 atau Ust Hj Nazry 019-9376754

www.salammotivasi.blogspot.com

 slot ini istimewa kerana memberi ruang kepada peserta menyusun memori dan data minda semasa minda di bawah tidak sedar

 semasa berprogram di MRSM Tumpat, Kelantan baru-baru ini




 walaupun wudhuk hanya sunat, inilah perkara wajib utk memastikan solat kita sah..wudhuk yang sempurna menghasilkan tindakan yang baik dalam solat

Ruh yang baik, akal yang sihat, akhlak yang terpuji mampu menghasilkan prestasi hidup yang berkualiti .Aspek akademik turut diberi penekanan