Tuesday, October 2, 2012

Lambaian Kaabah Yang Mulia


Pemandangan Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah di sebelah luar......insyaAllah akan kutiba lagi di sini






Mengajar si kecil untuk kenal Allah swt dahulu sebelum mengenal perkara lain di dunia ini


Tidak terucap dengan kata-kata..inilah saat yang amat bahagia dan mengharukan..
 
 

Assalamualaikum wbt


berpuasa di Mekah bukanlah harapan walaupun ianya satu impian..Namun, takdir Allah swt itu amat unik dan mendebarkan..setiap hari kita akan optimis kerana tidak dapat menjangkakan apa yang telah Allah swt takdirkan buat kehidupan kita, namun usaha dan ikhtiar itu wajib buat orang yang beriman

beberapa minggu sebelum ke Mekah, diri ini dilanda ujian hidup,tahun ini merupakan tahun ke-3 diri kehilangan keseimbangan dan kerasional untuk bertindak dan beremosi.segalanya terasa sukar dan perit, melihat orang bahagia, hati pun turut ingin bahagia..kerap kali saya memandang potret wajah orang yang ceria dan senyum yang menguntum lebar,dengan harapan hati akan tercuit untuk senyum juga. namun ianya tidak sama, bukan...!

melihat jam, seakan-akan memandang jam yang tidak punya bateri. melihat kalendar, seakan melihat satu tarikh yang sama. mengaku diri begitu kaku?hati terpaut pilu dan minda sejuk membeku. beginilah barangkali perasaan orang yang tinggi emosi berbanding iman di hati.yea, iman kita naik dan turun.sekejap di atas dan sekejao di bawah.awas jika terlalu kerap di bawah.sesuatu harus dilakukan!

"Ya Allah,
kurniakanlah daku ketenangan hati.doronglah aku untuk memilih jalan yang benar iaitu jalan orang-orang yang bertaubat.."

sendu dalam hidup.itulah yang dialami.setelah sekian lama berharap dan berusaha, akhirnya Allah swt mendengar rintihan hati ini..menerima jemputan Allah swt ke Baitullah, Mekah Al-Mukarramah ketika duit dalam bank hanya berbaki RM28 merupakan suatu seruan yang tidak logik.Itulah Allah swt, tidak logik pada pemikiran kita namun Dia Maha Berkuasa atas segalanya..
Terima kasih ya Allah, menjemputku untuk membersihkan hati dan jiwa yang kotor ini sewaktu Ramadhan, sepuluh malam yang terakhir di sana.melihat Kaabah yang mulia menyebabkan diri ini lupa akan segala kesengsaraan selama ini..terpegun dan hati sangat gementar. air mata mencurah-curah kerana terlalu hiba, rasa kerdil berbanding yang Maha Esa....

Pengalaman menderma RMX dan mendapat balasan derma RMXX merupakan tanda kebesaranMu.. walaupun berjuta ummah melakukan Umrah, namun Allah swt sentiasa memelihara diriku daripada ditimpa kecelakaan dan sesat walaupun bergerak sendiri dan pertama kali ke sana...Jemaah perempuan juga ramai yang menghulurkan tangan untuk membantu dan menemaniku ke Masjidil Haram dan memunaikan umrah...=)


Daripada amatan saya, pengalaman berpuasa di Mekah jauh lebih meriah dan menarik berbanding Menyambut Hari Raya di sana..




Menerima jemputan berbuka puasa di rumah kawan abah.Inilah masakan masayarakat Arab.Bilik tetamu lelaki dan tetamu wanita diasingkan

Batuta Travel, pilihan kami=)


Marilah sama-sama menanam azam untuk menunaikan umrah dan Haji walaupun sekali. Sesungguhnya, anda akan merasai pengalaman yang indah sepanjang di sana



Nur Syairah Ab Rani
Darul Atiq Consultancy