Sunday, November 2, 2008

zaeff


nama : Mohd Zaef
Tahun : 1 umar al-khatab
umur : 6 tahun
bakat : mengurut guru2 yang masuk kelas

Saturday, October 25, 2008

graduan

assalamualaikum wbt.. tahniah buat pelajar2 yang baru bergraduat...
kejayaan tanpa ilmu dan amal tidak ke mana...

Thursday, September 11, 2008

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG..satu-satunya sekolah jemaah kita....















ASSALAMUALAIKUM WBT...

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG...!
Pendaftaran dibuka sekarang untuk sesi kemasukan 2009
DarjAh 1-6


PENGENALAN :

SRA SRI AL-UMMAH telah ditubuhkan pada tahun 1992.Dengan berpandukan kepada asas penubuhan sekolah ini yang mahu melihat generasi muda diberi pendidkan Islam secara kosisten, SRA SRI AL-UMMAH menjanjikan pendidkan yang dapat membentuk generasi rabbani yang mulia,berdedikasi dan cemerlang... Ia digerakkan oleh para pendidik yang ikhlas dan bekerja tanpa bermotifkan keuntungan, maka SRA SRI AL-UMMAH terus istiqomah dan komited bersama rakyat untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan bertaqwa..



YURAN :

Pendaftaran : RM 50.00
Tahunan : RM 100.00
Bulanan biasa: RM 130.00
Bulanan Tahfiz : RM 150.00


WAKTU PERSEKOLAHAN

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 3.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi - 11.45 pagi


PENGANGKUTAN
Pengangkutan disediakan bagi kawasan yang berdekatan.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pelajar Lelaki

- Baju kemeja hijau muda dan seluar biru tua
- jubah putih (jumaat)
- kasut dan stokin hitam


Pelajar Perempuan :
- Baju kurung hijau muda dan kain hijau tua
- tudung putih
- jubah hijau tua
- kasut dan stokin hitam


PEPERIKSAAN
UPKK - Ujian Penilaian Kelas KAFA
PSRA - Penilaian Sekolah Rendah Agama
UPSRA - Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

ISTIMEWANYA AL-UMMAH
- solat zohor berjemaah
-makan tengah hari percuma
- makan dalam dulang
- hafaz Al-Quran dan Hadith
- sesi pembelajaran seperti sekolah harian biasa.
- pendidik merupakan lulusan Ijazah daripada dalam dan timur tengah
- terdapat kelas intensif dan kelas tambahan khusus
-pendidik merupakan pendokong gerak kerja Islam...

BERMINAT ??????



Sila hubungi.......
Pejabat 03-92835890
Ustaz Wan Hairul 019-3090987
Ustazah Mahfuzah 013-3305909 / 019-6204707
Cikgu Suhaizan 013-2822011
Cikgu Fatma Zuhra 017-3010103








































Tuesday, September 9, 2008

carilah..pasti jumpa jalannya... cuma nak ke tak nak...

Betul kata seorang sahabat,tarbiyyah itu ada di mana sahaja dan setiap ketika.. Tidak kira apa yang terpaksa dilalui dan dialami,ia boleh dijadikan satu proses peningkatan tahap keimanan, meneguhkan kecintaan kepada Allah swt dan menjadikan kita tegar dalam wadah perjuangan…


Kenapa begitu?

Kita ini,jika jenis yang dah faham perjuangan Nabi SAW, dapat pula hayati apa rasa Nabi SAW ketika berdakwah, apa cabaran Nabi saw ketika Islam mula2 disebarkan dan apa jerit perih Nabi SAW, ditambah pula jenis yang suka menjaga kesempurnan solat, AL-QURAN dibawa ke hulu hilir, punya pula hati yang telus dan gementar dengan ayat-ayat ALLAH SWT, jadi kalau dicampakkan ke mana sahaja, di situlah Islam akan tumbuh segar, berkembang macam bunga2 bila dah kembang….


Segala benda dijadikan tarbiyyah buatnya..org lain rasa biasa je kat tempat tu, tapi baginya ia merupakan satu anugerah tarbiyyah yang tak ternilai untuknya…. Memang jenis yang suka bersyukur dan menghargai…

Sebenarnya, watak di atas saya tujukan buat seorang sahabat yang tidak diberi kesempatan mengenal gerakan Islam di alam kampus tetapi mendapat pentarbiyyahan ketika bekerja di sini, SRA SRI AL-UMMAH….


Dia seorang muslimat, rockers pula tu….mula2 bekerja di sini,memang beg baju pun tak packing dalam almari kerana dah pasang niat cukup 3 hari dia nak cabut… saper nak duk kerja sini dengan gaji yang murah,tapi kitalah guru,kitalah kerani,kitalah warden,tukang kebun,tukang cat bangunan sekolah,tukang kemas stor…semua subjek kena pandai sebab nak ajar budak2…almaklumlah dia tak pernah rasa susah seperti yang dialami dlm gerak kerja Islam kampus… tambahan pula tempat di sini tak macam sekolah, dalam dewan di tingkat bawah itulah perhimpunan pagi,itulah juga tempat solat, juga dewan makan, juga kanteen… kadag2, syiling bocor,habis kelas anak-anak di sini banjir… jadi penolong kanan pun mengarahkan anak-anak lelaki menyapu air keluar,kelas juga terhenti seketika… kadang2, papan putih dah nak roboh,maka anak-anak lelaki pun segera membaikinya…saya sgt kagum…mereka tak perlu disuruh…tak mengeluh pun..nampak je ada benda yang nak rosak segera dibaiki secara BERJEMAAH…. Kdg2 kedengaran mereka menyebut..”kasihan sekolah kita….nanti papan ni jatuh dan kena ustaz-ustazah…. ” bila dah selalu hujan, mereka tak perlu disuruh pun.. pandai2 cari penyapu,penyodok lalu buang segera air yang bertakung….jika ada syiling yang bocor, segera dicarinya bekas untuk menangkung air… masuk je kelas,tengok2 dah selesai…








inilah dewan.. disinilah mereka makan, kanten,solat berjemaah, ijtima' setiap pagi isnin dan program2 utama sekolah.



Sehinggalah tiba satu masa……….



Masa tu ada hari sukan sekolah…bermula dengan tenaga guru yang sgt terhad, takde pekerja, banyak kerja pula, dia mula merasai nikmat Iman@Islam melalui ukhuwwah Islam yang sebenar…ukhuwwah yang tak berkira dari segi wang, sumbang segala tenaga yang ada, selalu diingatkan tentang Al-Quran dan penjagaan diri…


di sinilah dia merasai ketenangan dan kedamaian yang tak terucap melalui kata-kata...hidayah Allah swt rupa-rupanya jatuh semasa dalam program ini...Tidak disangka tarbiyyah Allah swt begini...


Tambahan pula anak-anak di sini mendapat pentarbiyyah awal dan tersusun pulak tuh… Mereka hafaz Al-Quran,hadith,jaga aurat dgn sempurna dan solat berjemaah… malu dibuatnya kita sebab tak standing mereka walhal kita adalah para ustaz-ustazah di situ…
Bermula dengan niat nak cabut selepas 3 hari(dia siap countdown lagi..!!!) lama2 dia bertahan…1 bulan…2 bulan… 3 bulan… tawaran yang menarik datang bersilih ganti tapi dia tolak mentah2……… katanya biarlah dia merasai nikmat di sini dulu…
Kadangkala kelihatan dia menahan sebak di dada kerana dia akan keluar darpada biah di sini juga satu hari nanti kerana dia perlu menyambung pelajaran…Dia tidak ingin menjadi aktivis Islam yang rendah sijilnya…dia mahu sambung Ijazah dalam jurusan kejuruteraan… Dia nekad…. Dia akan cari biah Islam dan perjuangan di kampus yang sama ketika dia bekerja di sini…



Ya Allah..perkenankan doa sahabatku…………..



Firman ALLAH SWT :




“…Jika kamu tidak berangkat(untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu…”
AT-TAUBAH : 39






Nota : Jika kita tak nak berada bersama org2 yang mnyeru manusia ke jalan kebenaran ni, maka org lain akan buat… kitalah yang rugi sedangkan Islam tak rugi tanpa kehadiran kita… Tapi jika nak, kena bersedia dgn segala kesukaran yang menguji jiwa dan harta….jangan pula sampai berkata,”… takder aper2 pun aktiviti dalam jemaah..” itu bermakna kita menjadi org yang terpilih pada mula2nya sahaja sedang kita telah kehilangan banyak pengalaman gerak kerja sebab hanya menjadi org yang pasif,bukannya kakitangan gerak kerja Islam..…..

Monday, August 11, 2008

ini medannya


MENTERJEMAHKAN TARBIYYAH MELALUI PERJUANGAN DALAM PRK

Perang Uhud
Perang Khandak
Perang Tabuk
Perang Badar
Perang Hunain
Perang Pilihanraya Kampus?

“Wahai orang-orang beriman!Mengapa apabila dikatakan kepada kamu,..’Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,’kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?Padahal kehidupan di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan di akhirat) hanyalah sedikit”
AT-TAUBAH : 38

Ini Medannya

Ketika meniti jendela pilihanraya kampus saban tahun, pasti tercuit perasaan ini tatkala mengenang kembali suasana itu….maka terbayanglah wajah-wajah calon yang akan bertanding, pencadang, penyokong dan jentera masing-masing yang bertungkus-lumus setiap masa tanpa mengira lagi apa jua risiko yang akan dihadapi. Tatkala itu memang tinggi sungguh tawakkal pada Allah swt dan segala pengharapan disandarkan secara total kepada ALLAH s.w.t.
Boleh dikatakan pilihanraya kampus menjadi bukti kepada kekuatan & pengorbanan masing-masing. Tanpa tajaan, tanpa pengaruh luar dan tanpa jaminan keselamatan penggerak itu sendiri telah menjadikan sahabat-sahabat kita berjuang sungguh-sungguh. Tenaga digembeling sepenuhnya, duit dikumpul habis, masa diperuntukkan betul-betul dan idea diperah sehingga hampir kering.
Sepanjang gerak kerja pilihanraya itu juga lagu-lagu jihad dan rancak dikumandangkan hampir setiap masa untuk merangsang semangat yang luar biasa. Alunan Al-Quran juga diperdengarkan kerana perjuangan yang dilakukan berkait rapat dengan konsep aqidah dan Islam. Jika tujuan selain itu saya pasti gerak kerja sepanjang pilihanraya kampus ini takkan semantap itu. Kerana aqidah lah kita berjuang, kerana kewajibanlah kita bertahan dan kerana Allah itu matlamat akhirlah kita melakukan semua ini. Bukankah begitu?

Apa itu tarbiyyah?

Wahai sahabat-sahabat sekalian….!
Apa yang kalian faham tentang tarbiyyah? “ Ukhti, tarbiyyah itu adalah didikan…Bagaimana nak didik diri ke arah jalan yang diredhai ALLAH s.w.t…” luah seorang teman pada suatu petang..Seorang teman yang lain pula mengatakan bahawa tarbiyyah itu merupakan satu proses didikan yang dikenakan kepada diri kita yakni dengan meletakkan syariat ( undang-undang atau peraturan ) bagi memastikan kita mendapat hasil yang ditetapkan. Apabila soalan ini turut diajukan kepada pelajar-pelajar tahun satu ada di kalangan mereka menyatakan tarbiyyah itu adalah didikan yang mantap untuk melakukan ibadah harian. Melalui ketiga-tiga pendapat ini ternyata persepsi tarbiyyah dikupas agak berbeza mengikut pandangan masing-masing.
Menurut Ust Zaharudin, pakar ekonomi Islam, beliau menyatakan tarbiyah merupakan satu pendekatan sepadu, bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup yang lebih praktis dengan pengamalan Islam yang sering diabaikan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi untuk menghubungkan manusia dengan maha Pencipta, ia juga bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup berkorban bagi memperkasa agama Allah agar ia dirasakan lebih agung dari pegangan dan ajaran ciptaan manusia.
Para ulama’ telah membahagikan konsep tarbiyah kepada beberapa bahagian :
Tarbiyah Ruhiyyah/Nafsiyyah (Pendidikan Kerohanian/Kejiwaan )
Tarbiyah Jasmiyyah (Pendidikan Fizikal)
Tarbiyah Imaniyyah ( Pendidikan Keimanan)
Tarbiyah Aqliyyah (Pendidikan Mental)
Tarbiyah Akhlaqiyyah (Pendidikan Akhlak)
Tarbiyah Fikriyyah (Pendidikan Ketajaman Cara Berfikir)
Tarbiyah Iqtisadiyyah (Pendidikan Kemantapan Ekonomi)
Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain.

Tarbiyyah yang mantap

Di suatu ketika, pernah seorang anak murid saya yang berada di tahap satu(7tahun) mempamerkan tarbiyyah yang telah mencairkan hati ini. Namanya Rabiatul Adawiyah. Duduknya di kelas satu Umar Al-Khatab,kelas yang agak lemah dan menimbulkan banyak ‘dugaan’ kepada semua guru. Jadi apa yang telah saya saksikan ini betul-betul di luar dugaan kerana sangkaan saya anak-anak kelas ini lambat sedikit pemahamannya terhadap solat dan keutamaannya. Nak dijadikan cerita, pada ketika itu dia pening kepala dan menangis tersesak-esak. Jadi saya telah membenarkan dia rehat dan tidur di dalam kelas. Dia juga tidak perlu turun ke dewan untuk solat zohor secara berjemaah. Saya telah ke bilik guru seketika untuk satu urusan dan setelah saya kembali ke kelasnya, kelihatan dia sedang menunaikan solat zohor dengan memakai baju sekolah ( baju sekolah di sini berjubah hijau gelap dan tudung putih) sambil beralaskan lantai kelas ( pelajar- pelajar tidak dibenarkan memakai kasut ke kelas) dan menghadap kiblat. ..”Pandai pula dia mencari arah kiblat walhal tak pernah mereka semua solat dalam kelas…”bisik hati ini. Termenung saya seketika kerana sangkaan saya jauh meleset. Dia ternyata telah membuktikan bahawa susah macam mana pun, sakit macam mana pun, walau di mana pun solat itu perlu didahulukan. Dia tahu pentingnya solat dan yang penting dia takut untuk meninggalkan solat walaupun solat fardhu belum lagi diwajibkan ke atasnya. Subhanallah, Maha Suci Allah..segala puji hanya untuk Alllah swt…
Nah, sahabat-sahabat! Kita bagaimana pula? Ada ke kita sampai ke tahap itu? Dengan kematangan yang ada, dengan ilmu dan pengetahuan yang ada?
Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)
Bagi saya, tarbiyyah itu satu perkara yang boleh membentuk kita menjadi seseorang atau somebody kata orang putih. Macam Rabiatul tadi, tarbiyyah dalam kepentingan solat telah menjadikan dia begitu. Istiqomah dia dalam menunaikan solat telah menjadikan dia cukup serba salah jika meninggalkannya. Cara hidup kita,kefahaman dalam ilmu agama kita, bagaiamana amalan kita dan rupa hati kita ternyata dapat diterjemahkan ke dalam urusan kita seharian.

Tiada jalan mudah

Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (QS. 18:28)Masih ingat kisah Nabi SAW yang kita kasihi dan rindui itu dibaling dengan batu oleh penduduk Thaif yang ternyata benci dengan dakwahnya? Kisah si buta di sebuah pasar yang asyik mengutuk dan mencerca Nabi SAW sedangkan si buta ini tidak menyedari yang selalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya adalah Nabi SAW sendiri? Atau ingatkah lagi kalian semua kisah Nabi SAW dibaling dengan najis oleh seorang wanita yang setiap kali Nabi Muhammad SAW melintasi rumah wanita terbabit, tetapi akhirnya wanita itu tadi jatuh sakit dan Nabi Muhammad SAW jugalah yang pertama sekali menziarahinya? Semua kisah ini telah menjadi bukti betapa teruknya kaum Yahudi membenci Islam dan ajarannya. Itu Nabi SAW sendiri yang dikenali sebagai seorang yang mulia dan Al-Amin tetapi tetap dibenci dan diperlakukan sedemikian rupa oleh golongan kuffar.
Apa yang cuba saya sampaikan di sini ialah sukarnya jalan yang kita pilih sekarang ini. Jalan perjuangan yang hendak mengangkat hanya syariat ALLAH swt yang patut berada di atas. Itu kisah yang sedikit daripada ribuan kisah suka duka NABI saw dan perjuangannya termasuklah dipinggirkan dan ditentang secara hebat oleh bapa saudaranya sendiri. Jika Nabi SAW melalui jalan yang sukar untuk menegakkan Islam, maka apatah lagi kita sbagai ummatnya.

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. (QS. 3:142)

PRK adalah medan tarbiyyah

Pilihanraya kampus adalah satu fasa pemilihan pemimpin untuk menerajui kepimpinan pelajar kampus. Ia dijalankan secara pemilihan undian melibatkan semua pelajar. Sesiapa sahaja layak untuk bertanding selagi mana memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan pihak universiti masing-masing. Lain kampus lain syaratnya.
Sesiapa yang pernah terlibat dengan gerak kerja pilihanraya kampus pasti merasai betapa sukarnya melalui fasa ini. Letih, penat, kesuntukan masa, tertekan, dicabar , diugut dan ujian-ujian lain yang sebaris perit dengannya. Mana tidaknya dengan prosedur sebelum layak bergelar calon sehingga ke hari pengundian adalah berselang-seli dengan kuliah yang agak padat, ujian asas universiti dan rutin harian sebagai pelajar kampus. Bukan sedikit tetapi banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Ujian Bulan Ogos pelajar kampus terutama kepada kelompok pro-mahasiswa seperti inilah. Mereka diuji emosi, perasaan, kesabaran, dan kematangan

Keutuhan ibadah kepada Allah swt telah melahirkan jiwa-jiwa yang kental…
Keyakinan kepada Allah swt telah melahirkan jiwa-jiwa yang rela berkorban…..
Keikhlasan berama kepada Allas swt telah melahirkan jiwa-jiwa yang ada daya tahan….

Sesungguhnya, saya amat menyanjung tinggi dan kagum memerhatikan beberapa orang daripada sahabat-sahabat kita yang ternyata kuat sabarnya untuk bertahan sepanjang melalui saat ini. Mereka langsung tidak mengharapkan balasan dan pujian daripada sesiapa tetapi bukti kecintaan kepada Allas swt telah mereka terjemahkan secara rapi sepanjang tempoh ini.

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 8:66)
Penutup

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..." -Imam Malik-
Perjuangan menegakkan agama Allah dan meninggikan hanya kalamullah ini melalui medan yang perlbagai cara, bukan sahaja kita menumpukan kepada pembentukan diri yang baik, taat rukuk dan sujud kepada ALLAH atau sekadar menjaga keluarga. Jika kita punya kefahaman yang baik tentang penghijrahan NABI SAW dari Mekah ke Madinah tentu kita punya satu hujah yang mantap dan satu kemahuan yang luar biasa untuk berjihad..Tentu sekali perjuangan ini getir, susah dan mencabar... kerana ALLAH SWT telah menyediakan syurga yang manis buat hamba-hambaNya yang gigih di jalan ini..

Cahaya_Penyair

Tarbiyyah muslimat

MUSLIMAT DAN TARBIYYAHNYA

Secara fizikalnya, batinnya, hatinya, perasaannya, tutur katanya, sentuhannya amat berbeza sama sekali dengan kaum muslimin. Selalu benar muslimah itu dikatakan sebagai sayap kiri perjuangan muslimin ataupun berdiri hebatnya seorang wira ada muslimah di sebaliknya.. Jika kena dengan cara didiknya, betul niatnya, dan beragama pula maka tenanglah dunia ini dan damailah hidup ini kerana di sebalik kejadian seorang wanita telah tersurat yang dia merupakan fitnah kepada dunia..Songsang langkahnya maka ramailah yang terjerat, salah niatnya maka ramailah yang merana..

Lembut bukan bererti lemah

….tangan yang lembut menghayun buaian boleh menggoncang dunia…..
Barangkali muslimat gerakan kampus ( yang belum mempunyai anak sendiri ) belum lagi merasakan bagaimana yang dimaksudkan atau apa keadaannya daripada menghayun buaian kepada menggoncang dunia..Menghayun buaian di sini bukanlah diertikan sebagai ‘post’ babysitter yang mendodoikan si kecil agar segera melelapkan matanya, bukan juga menyusukan atau memberikan si kecil makan tetapi melebihi daripada itu.
Dia dilihat sopan menghayunkan langkah, kadang-kadang sekali-sekala melihat mentari luar. Dia adalah seorang suri dan juga seorang ibu bukan sekadar kepada anak-anak tetapi juga seorang pendidik kepada pemimpin dunia! (Isk, ada kalanya, jangan dilihat zahirnya sahaja, kadang-kadang muslimat yang tegas dan garang yang itulah sebenarnya muslimah yang halus dan lembut…lepas kahwin baru tahu…..! )

1.Didikan untuk muslimah

Muslimat merupakan sayap kiri perjuangan…dia mesti dididik ke arah itu. Tatkala kawan-kawan wanita yang lain berperap di dalam bilik mengulangkaji pelajaran, atau juga ketika mereka selalu pulang ke rumah untuk menjalankan amanah kepada keluarga, atau juga ketika mereka menjadi puteri lilin yang sangat menjaga penampilan diri daripada habuk kotoron,pancaran matahari dan sebagainya, tetapi ini jauh berbeza dengan muslimat kita yang betul-betul berjuang.

Mereka menguis jauh keinginan itu, mereka memendam rasa dalam perkara itu, mereka tidak mengutamakan perkara lain melainkan rasa kuat ingin berjuang dan bersusah payah dan berpenat lelah di belakang perjuangan muslimin. Namun dalam masa yang sama mereka tetap mencari ruang seberapa yang ada untuk urusan itu, bukan kosong semata-mata…

…” ana tak kisah enti, berjuang macam mana pun,di posisi manapun, jadi menyapu sampah pun..kalau tugas menyapu sampah itu boleh menjadi asbab kemenangan Islam ana rela melakukannya…” bisik seorang sahabat muslimat suatu ketika…
Ainul mardhiyyah..seharum kuntuman di taman syurga…
Bisakah dicari di dunia ini sepertinya lagi…?

Sahabat- sahabat muslimat sekalian,

Tahu kisah Ummu ‘Imarah yang mulia itu?Ummu ‘Imarah (Nusaibah) zaman sekarang mungkin anda sekalianlah…Beliau merupakan pejuang muslimah sulung dalam Islam…
Imam Al-Zahabi pernah menyebut : “ Ummu ‘Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah, ikut serta menyaksikan Bait’at Al-‘Aqabah, Perang Uhud, Perang Al-Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah.

Aduhai muslimat, nak cakap hebatnya Ummu ‘Imarah ni beliau bukan sahaja memberikan minuman dan merawat pejuang muslimin yang haus dan yang tercedera ketika perang Uhud tetapi beliau berani menghunus pedang sambil memakai perisai perang untuk menjadi back up tentera muslimin yang ketika itu ramai yang telah syahid dan lari setelah diasak tentera musuh..Ummu ‘Imarah juga telah melindungi nabi kita, Rasulullah SAW daripada pihak musuh sepanjang keadaan genting itu sehinggakan Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “ Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu ‘Imarah berperang di hadapanku” … MasyaAllah..Subhanallah… Segala puji hanya bagi Allah…
Hebat berperang memang Ummu ‘Imarah hebat tetapi beliau juga berusaha untuk mengusai ilmu agama kerana antara ahli ilmu dan ahli ibadah ternyata ahli ilmu lebih ditakuti oleh syaitan kerana mereka bukan golongan yang mudah dihasuti… Mereka beribadah atas dasar ilmu dan kefahaman….Yea, Ummu ‘Imarah juga telah menunjukkan selain mantap di medan peperangan tetapi beliau juga memahami Al-Quran setanding hebatnya beliau ketika berperang..Seperti yang diriwayatkan dalam sebuah kitab yang berjudul ‘nisa’ min ‘asadul nubuwwah hasil tulisan Abu Azka Al-Madani dan Harun Ar-Rasyid Hj Tuskan yang menceritakan tentang peristiwa ini. Suatu ketika Ummu ‘Imarah datang menghadap Rasulullah SAW sambil berkata …’Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat kaum wanita disebut di dalam Al-Quran sebagaimana halnya kaum lelaki’… Maka turunlah firman ALLAH SWT yang bermaksud : ‘Sesungguhnya lelaki muslimin dan perempuan-perempuan muslimah, lelaki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukminah…’(Surah Al-Ahzab : 35 ).
( Mungkin kita perlu katakan kepada muslimat kita yang bertungkus lumus dalam gerak kerja Islam di kampus sebagai muslimah obor perjuangan…ini sebagai ganti kepada ayat tangan yang menghayun buaian itu tadi. Namun pepatah menghayun tadi perlu dipegang sekuat-kuatnya oleh muslimat kerana kita perlu ‘menghayun buaian’ juga suatu hari nanti…InsyaAllah… )

Persediaan

Bonda kepada Imam Al-Ghazaali telah melakukan persediaan sekian tahunnya sebelum melahirkan seorang anak yang menjadi cahaya dalam Islam…itu tidak termasuk lagi amalan sepanjang mengandung yang menjadi bayangan kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.
Duhai muslimah…. Untuk mendapatkan generasi yang memahami agama yang sebenarnya dan menghafaz kalamullah ini juga datangnya daripada ibu yang mengandungkannya. Jika bonda para ilmuan Islam dahulu telah melakukan persediaan melebihi hampir 20 tahun sebelum melahirkan seorang anak cuba kita hitung dengan umur kita sekarang.Sekiranya anda sudah berumur 22 tahun adakah anda patut bersalin ketika berumur 42 tahun?atau sepatutnya anda sudah melakukan persediaan itu seawal usia kanak-kanak yang mumayyiz lagi….? Kita renungkan bersama.

Wanita yang Faqih dan Al-Hafizah

Antara wanita yang mulia yang banyak menghafaz hadith NABI SAW ialah Ummu ‘Athiah. Hafalannya cukup bagus dan beliau sering berusaha untuk mendalami ilmu agama. Imam Nawawi telah berkata bahawa telah diriwayatkan dari Ummu ‘Athiah hadith yang diriwayatkannya daripada Rasulullah SAW adalah sebanyak 40 hadith. Enam hadith yang sama telah diriwayatkan bersama Bukhari dan Muslim dalam buku mereka. Satu hadith yang tidak sama masing-masing diriwayatkan mereka berdua 1

Ayuh akhowat sekalian…

tidak pernah mendapat pentarbiyyah sekolah agama atau latar belakang keluarga yang bukan islamik bukan sebab untuk kalian dan diri ini daripada tidak faqih tentang ilmu agama..dan usahlah sekali-sekali perkara ini menjadikan kita bersifat rendah diri untuk bersuara atau membidas pendapat orang lain sekiranya perlu. Malu? ye. Mungkin betul tetapi jika niat kalian untuk mencari redha Sang Pencipta pasti akan terpecahlah tembok itu.

Sehari selembar benang…lama-lama jadi kain..Sehari hafaz satu ayat lama-lama lengkap satu surah..InsyaALLAH boleh.

Mendalami ilmu keduniaan bagi menyempurnakan tarbiyyah fardhiah sangat-sangat dituntut dalam Islam.Walaupun ia jatuh kepada sunat muakkad mengikut sesetengah pendapat, namun mencari ilmu agama itu wajib. Sebelum kita pandai sembahyang sudah tentu kita menuntut ilmu tentangnya.Sebelum kita pandai buat blog,tentu kita belajar mengenainya…bahkan sebelum kita ke Petaling Jaya dari arah Serdang tentu menuntut kita bertanyakan orang arah tujunya walaupun papan tanda jelas ‘berterbangan’ dipandangan mata. Ilmu ini banyak seperti ilmu akademik, ilmu falak, ilmu agama, ilmu perubatan, ilmu kemanusiaan dan sebagainya. Antara contoh ilmu akademik yang dapat dinyatakan di sini ialah fizik,kimia,biologi, matematik dan sebagainya..
Apa salahnya mencari ilmu tanpa henti.Datang ke majlis ilmu sebanyak mungkin dan sesempat mungkin.Fitnah jika keluar rumah sudah tidak berlaku pada zaman sekarang bahkan ramai muslimat keluar rumah untuk melaksanakan kewajiban dan memenuhi tuntutan. Mereka dilihat keluar untuk bekerja, menuntut ilmu, ke pasar, rumah saudara bahkan ke masjid atau surau secara berjemaah. Di masjid, surau, fakulti, pondok, usrah, blog atau buku.. Ye,buku. Pelbagaikanlah buku dan sumber rujukan. Sebolehnya bukan kita sekadar membaca buku tetapi menelaah..bukan sekadar memahami tetapi menjiwai..dan bukan sekadar mengingati bait-baitnya yang indah tetapi mengupas. Jika dapat, mintalah para murobbi mengupasnya..

Terkenang pula kepada arwah kak Shafa yang kuat menghafaz Al-Quran…..

Penutup

Lembut tuturmu tegas membela agama..
Gagah berani tiada tandingnya..
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian…
Menyintainya adalah suatu ‘ibadah..
Puteri kesayangan Rasulullah …

Muslimah gerakan hari ini bukan tak hebat, bukan tak kuat, bukan tak mantap tetapi kita tak cukup menguatkan antara satu sama lain lagi... Ramai antara kalian yang tinggi mujahadahnya, unggul dalam bait al-muslimnya, maju mendepani masalah ummahnya, tinggi pengorbanannya..Namun berapa ramai yang mampu bertahan dan istiqomah sehingga ke hujung nyawa. Berapa ramai pula yang mampu melahirkan dan mendidik generasi pembela agama? Untuk melahirkan muslimah yang tegar tarbiyyah, kuat kakinya dalam perjuangan, tabahnya melalui saat-saat kesunyian dan cekal memikul amanah sayap kiri perjuangan sedangkan kita mempunytai had – hadnya, batasannya dan terciptanya kita daripada tulang rusuk kiri kaum adam memerlukan muhasabah dan persediaan yang cukup rapi dan perbincangan yang matang. Memang wanita dikenali sebagai golongan yang halus hatinya, teliti pemikirannya dan sarat dengan emosi malah cepat mengalir air matanya tatkala berhadapan situasi yang menyentuh hati tetapi katakanlah kepada diri yang kita akan banyak menangis di tikar sejadah…tak mudah untuk tersungkur lemah tetapi cepat sujud mengharap kekuatan hanya daripada-NYA…


Demi Allah Yang Maha Esa,
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah
untuk menuju cinta-Mu,
Menitis air mata, tatkala merindu,
Menitis air mata, tatkala semakin menjauh,
Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar
tanpa pengkhianatan,
Kerana ku tetap yakini,
Allah menyatakan "Wajiblah cintaku kepada oran-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"

Nukilan :
CAHAYA_PENYAIR

Nota : cara penyampaian ini mungkin tak berapa kemas dan isi kurang jelas.Namun akan diubah baik tak berapa lama lagi.Terdapat beberapa maklumat yang kurang pasti kesahihannya.harap dapat teguran bersama.
Nota kaki ;
1 Tahzab Al-Asma wal-Lughat(2/364)

Saturday, July 26, 2008

jalan tarbiyyah

JALAN TARBIYYAH....

orang yang berjihad kerana ALLAH..

jiwanya takkan layu.

jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...

kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt..

seorang pemburu syahid...

dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...

takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...

sedangkan buruannya adalah hari akhirat..



biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..

biarpun dia terasa seolh2 terlau penat...

biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..

biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..


NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..

walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..

sujudnya dengan penuh air mata..



Dia seorang perwira...

pemburu cinta sang Pencipta...

dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...

kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...

kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...

dia memilih jalan perjuangan...

ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....

dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...



biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..

tiada normalnya...

tiada rehatnya...

namun apabila bekerja untuk ISLAM...

seolah2 dia cuti sepanjang masa...

seolah2 dia rehat setiap ketika...

kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...



ku kagum pada dirinya...

menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...

tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...

tetap positif membina kekuatan..

walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...



YA ALLAH...

KUATKAN SAHABATKU...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA2NYA...

DIA TERLALU BERLAPANG DADA DENGAN SAHABT..

DIA TERLALU MELEBIHKAN MASYARAKAT DAN ISLAM BERBANDING KEPERLUAN DIRINYA...



DIA ADALAH SEMUA PEJUANG ISLAM DI MANA SAHAJA....


Monday, July 14, 2008

renuangan hari ini...

Dari Muhammad Bin Abdullah...Asy Ayibli berkata :

".....Jika engkau mahukan kemesraan dgn ALLAH SWT, maka engkau mesti garang terhadap dirimu... kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dgn ALLAH SWT, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-NYA....."

:::::::::::::::::HUKUM ISLAM JUGA::::::::::::::::




HUKUM PEMBUKTIAN DALAM ISLAM

Ahkam al-bayyinat( hukum pembuktian) sama seperti hukum-hukum Islam yang lain, merupakan hukum syara' yang digali dari dalil-dalil yang bersifat rinci. Pembuktian diperlukan dalam kes muamalat dan juga peradilan.

Syeikh Ahmad ad-Da'ur dalam Ahkaam al-Bayyinat mendefiniskan bukti(bayyinat) adalah semua hal yang boleh membuktikan sesebuah dakwaan.

Bukti dalam Islam hanya ada 4 jenis,tidak lebih dari itu, iaitu:-
a) pengakuan
b) sumpah
c) kesaksian
d) dokumen bertulis yang meyakin

Saya sekadar mengulas berkenaan sumpah sahaja disini.

Imam Baihaqi dengan isnad yang shahih dari Nabi saw:
"Bukti itu wajib bagi orang yang mendakwa, dan sumpah itu wajib bagi orang yang mengingkarinya"

"Sumpah itu wajib didasarkan kepada niat orang yang meminta" (HR Muslim)

Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu `Amru:
"Ada lelaki Arab mendatangi Nabi saw, kemudian ia berkata," Ya Rasulullah, apa saja dosa besar itu? Baginda menjawab, " Menyekutukan Allah, membunuh jiwa tanpa hak, membohongi seorang mukmin, lari dari medan perang dan sumpah palsu".

Ini menjadi bukti bahawa sumpah tidak boleh dilakukan kecuali didasarkan bukti yang meyakinkan. Dan perkara yang menjadi pokok pangkal adalah Allah mewajibkan kita berhukum dengan hukum Allah, bukan hukur secular kemudian cuba mengambil pembuktian Islam. Perundangan dan pembuktian Islam datang sebagai sebuah pakej tak boleh dipisahkan.

Allah berfirman:
"Maka hukumlah mereka dengan apa yang datang dari Allah" (Al Maidah:48)

Dalam nas-nas yang lain Allah menyatakan mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah samada kafir, zalim atau fasiq.

Oleh itu saya menyeru saudara-saudara sekelian, bahawa apa pun kes termasuk kes tuduhan terhadap DSAI ini WAJIB dihukum dengan hukum Allah. Mana-mana cadangan yang hanya menyarankan ia mengambil pembutian Islam walhal peradilannya masih kufur jelas merupakan perlanggaran terhadap hukum Allah.

Para mufti sepatutnya mendakwah pemerintah untuk kembali kepada Islam secara menyeluruh. Bukan sebaliknya memberi cadangan yang mengelirukan ummat sebegini.


Persoalannya: sampai bila baru nak guna hukum ALLAH SWT...mari sama2 menyeru ke arahnya.... mesti boleh...=)

Sunday, July 13, 2008

Sindahnya ciptaan Tuhan.....=)



seorang sahabat pernah mengingatkan,jangan lalai daripada mengucapkan subhanallah apabila menyaksikan keindahan ciptaan Allah swt...

"sesaat terpegun dan berfikir ttg ciptaan ALLAH swt lebih baik daripada solat sunat yang banyak...." bisik pula seorang teman...

Tuesday, July 8, 2008

doa minta jauh daripada penyakit..


makan dalam talam...



hidangan lazat lagi berkat...

nabi SAW pernah bersabda :

makan untuk 2 org itu mencukupi bagi 3 orang,makan untuk 3 orang mencukupi bagi 4 orang...

usrahku yang best...



sambungan usrahku...

kak ina,kak shi dan kak siti memberitahu bahawa tok guru Nik Abdul Aziz telah pun memberikan cadanagn agar penyelesaian kes liwat ini diselesaikan melalui jalan Islam..

masa inilah kita nak membuktikan bahawa Islam itulah adalah penyelesaiannya...selagi hukum islam itu tidak dilaksanakan maka selagi itulah bumi ini tidak akan aman..Mungkin Allah swt nak tunjukkan sebab tak guna sistem Dialah kita semua menjadi macamani..

"tengok....masih tak selesai2 lagi..dulu dah ada satu kes liwat ni..sekarang timbul lagi..sesungguhnya kaedah kita sebagai orang yang dcipta tidak dapat menyelesaikan masalah berbanding sistem yang Pencipta buat..."

usrahku...


dari sambungan...

setelah majlis dimulakan dengan surah al-fatihah..

"kak fizah,kita teruskan dengan tadarrus dulu yea.."kak siti mengingatkan..masih berseri2 wajahnya,almaklumlah seri pengantin tidak habis lagi...

"ustazah suruh kita baca ayat ape,kak fizah?"tanya kak siti lagi..

"surah an-nur ayat 4 dan 5..."balas kak fizah bersahaja...

lalu masing2 mengalunkan kalamullah itu secara bergilir-gilir sambil dibetulkan bacaan oleh kak ina,pemantau ekonomi Nisa'...seterusnya kak Ina membaca maksud surah An-Nur daripada ayat 1-17...

kak siti,selaku orang yang 'arif dalam tafsir Al-Quran segera menghuraikan satu-persatu ayat yang kami perdendangkan sbentar tadi...tiba-tiba ku merasakan sangat tenang ketika itu...dengan berhati-hati dan penuh keilmuan,kak siti mengupas maksud ayat tersebut..

"surah ke 4 ini bermaksud macam ni..wallaziina yarmuunal muhsonat ni maksudnya Dan orang2 yang menuduh perempuan2 yang baik(berzina)...muhsonat tu maksudnya yang yang menjaga dirilah...yang baik...tiba2 dituduh berzina...lepastu tidak didatangkan 4 saksi pula...tengok ayat yang setrusnya tu..biarba'ati...jadi Allah kata fajliduuhum thamaaniina jaldah...maka dealah mereka lapan puluh kali...dan kesaksian mereka ni tak diterima selama-lamanya...mereka itulah org2 yang fasiq...."
"fasiq...fasiq2 ni bukan main2...jauh bezanya dengan orang mukmin..."
"Ya Allah...bukan main2 kan kak siti.." kak hajar pula bersuara.."


"yea..memanglah..tu tak habis lagi tu...Allah kata lagi..tengok ayat ke5 tu...kecuali mereka yang bertaubat setelah itu dan membaiki dirinya..maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..." ton suara kak siti agak mendayu saat ayat ke5 itu sambil bibirnya menguntum senyum...itulah...Allah swt sangat Penyanyang terhadap hamba2-Nya yang mukmin... buat dosa yang dosa itulah jatuhnya murka Allah kepada kita kita tetapi jika kita bertaubat segera Allah memaafkan kita...

sambung kak siti lagi...

"tengok tu ayat ke-6..Dan org2 yang menuduh isteri2nya(berzina),padahal mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain mereka sendiri,maka kesaksian masing2 org itu ialah 4x sumpah dgn nama Allah,bahawa sesggnya dia termasuk org2 yang berkata benar..jadi sahabat2,nak tuduh org zina ni bukan senang2..maruah tu...Islam cukup pantang bab2 maruah..Kena datangkan 4 saksi..4 saksi tu pula kena betul2 yang tengok adegan tu..."hujah kak siti..

"yea...kalau sekadar tengok berdua dalam rumah hujah tak kuat nak cakap dia boleh jadi saksi kan.."kata kak Hus..

"tu kes khalwat pulak tu.."tiba2 kak adyani bersuara..tugas sebagai S/u nisa' kelantan tidak menghalang kak Adyani utk komit dengan usrah...

sambung kak siti.."jika takde 4 saksi,kena bersumpah..4x sumpah dan sumpah ke5 kena nyatakan yang Allah akan melaknat diri dia sekiranya dia berkata dusta..."

"bukan ke 5x sumpah?"celah kak Shi..

tiba2 kak Ina mengangkat tangan.."maaf kak siti,saya nak menambah.jika salah tolong betulkan yea..semua sekali lah termasuk sahabat2 usrah..macam ni..memang5x..4x sumpah dan pihak isteri kena nafi kalau dia nak nafikan yang dia berzina..sekiranya dia tak nafi,kiranya dia mengaku dia berzina...tapi sekiranya dia nafi,tu yang jadi 4x sumpah tu.. dan yang ke5 tu bersumpah juga tapi kena nyatakan dengan jelas bahawa aku akan dilaknat oleh Allah sekiranya aku berbohong..pada masa inilah kita kena yakin dengan laknat ALLAh tu,kuasa ALLAH..kalau pada masa tu juga Allah nak tunjukkan kuasanya,boleh jadi terbakar ke apa ke kalau dia bercakap bohong..."

Di dalam amalan Islam, sumpah ini adalah dalam bentuk bayyinah. Iaitu apabila seseorang dikenakan pertuduhan dalam Mahkamah Syariah dengan sesuatu tuduhan (saperti suami menuduh isteri berzina) maka menurut syariat iaitu usul fiqh bahawa beban bukti ke atas yang mendakwa..manakala bersumpah untuk yang kena tuduh. Ini adalah sebahagian daripada sistem keterangan dalam syariat Islam.Contohnya apabila seorang isteri dituduh berzina oleh suaminya dan dia tiada saksi untuk membela diri..maka dia boleh bersumpah isti'azah menafikannya; yg jika dia bersumpah maka Mahkamah akan meminta suaminya turut bersumpah. Sekiranya suaminya bersumpah menegakkan dakwaannya, maka Mahkamah akan neutralise kes. Si isteri akam dibebaskan dari tuduhan zina dan suami akan dibebaskan dari tuduhan qazaf (menuduh tanpa saksi). Tetapi kalau suami enggan bersumpah, maka isteri itu akan dibebaskan tetapi suami mungkin dikenakan tuduhan qazaf.

" tu yang kena buat di khalayak ramai agar semua boleh ambik pengajaran..." kak adyani pula bersuara...

"MasyaALLAH....tepat sekali..."getus kak Hus...orangnya agak ceria dan suka berceloteh...sambil2 tu Kak Hus sempat lagi sengih-sengih nakalnya...itulah ajk Nisa'...sentiasa menghiburkan...

"yealah..sangat tepat dengan isu semasa sekarang..kita tidak boleh ketinggalan dalam hal ehwal semasa kerana kita semua da'e.." sambung kak Shi..."kali ni serius kak Shi bersuara.."dan ku lihat semua ahli usrah malam tu berkerut memikirkan kes liwat yang menggegarkan iklim politk malaysia...Ya Allah...berlah petunjuk kepada semua tentang kebenarannya...
seolah-olah itulah doa yang di baca dalam minda masin-masing2..bersambung.......








kak fizah...macam mane nak gi usrah malam ni?nak tumpang kak za ke nak pergi dulu...cetusku selang bebrapa jam sebelum usrah kami bermula pada malam itu...yea,inilah usrh pertama NIsa' kelantan yang akan ku hadiri setelah dilantik menjadi ajk Nisa' negeri baru- baru ini...

"akak rasa kita pergi dulu...sebabnya akak yang arrange usrah ni,kalau datang lambat pula macam tak patut sangat..."balas kak fiza...dan aku merasakan ianya satu keputusan yang tepat..

"sya yang bawa keta kak wani yea..."pinta kak fizah,dengan gaya meminta belas....

"ok...=)" balasku...

setelah kuih muih dan peralatan makanan dimasukkan ke dalam kereta,kami bergegas ke tempat usrah yang kami sendiri pun tidak pasti sangat lokasinya di mana..aduhai...inilah muslimat,peta geografi dalam otaknya agak sempit...padahal ku rasa dah banyak timba pengalaman meredah jalan-jalan di kuala lumpur...yea,gerakan islam banyak mengajarku berdikari..semakin banyak gerak kerja Islam semakin tinggi tawakkal kita pada ALLAH...

dan..tak lama kemudian,kami pun sampai sedikit awal daripada masanya...itupun setelah puas menelefon kak za....aku pasti kak za akan sampai tak lama lagi...mmm..rasa bahagia bersama mereka kerana semuanya jenis yang menjaga masa dan bangun awal pagi..sehari jika tidak kedengaran alunan Al-Quran atau bangun lambat tentu bermasalah....

setelah menunaikan Isyak berjemaah,kedengaran kak fizah bercakap-cakap melalui telefon...

"oh ye kea...takpelah ustazah..tak dapat datang..ada hal kan..xpe,nak buat macam mane..InsyaALLAH,kami teruskan.."bisiknya...kak fizah memang begitu,bercakap sekadar orang dapat mendengar suaranya sahaja...cukup menjaga...siapalah 'penjaga insuran seumur hidupnya' nanti...senyumku sendirian melihat gelagat kak fizah,tenang sahaja orangnya...

"baiklah sahabat2..kita terpaksa memulakan dahulu kerana ustazah tidak dapat bersama kita pada malam ini...ustazah ada hal yang tidak dapat dielakkan..." celah kak fizah memecahkan suasana ketika itu...

bersambung...

Sunday, July 6, 2008

mari mengenal tokoh ulama' dunia...

Syeikh Ustaz Dr Muhammad Fathi Yakan



Syeikh NuruddinAlmarbu Albanjari Almakki...





habib ali jufri bersama syeikh ramadhan


Dr Ramadhan al-buti




As Syahid Syeikh Muhammad Yassin rahimahullah














Wednesday, July 2, 2008

syukurillah....


alhamdulillah...

harini ALLAH bagi sihat...
bagi hidup...
dalam islam pulak tu..

masih lagi merasai nikmat makanan..
nikmat penglihatan...
nikmat bersahabat...

kita ni,kadang2 kurang bersyukur..
mane taknya,tanda kita bersyukur kita buat apa yang ALLAH suka,apa yang ALLAH redha..
adik2ku di luar sana...yang mana masih di sekolah,yang kat matrik atau yang masih menuntut di kampus,mari kita sujud malam ni..
nyatakan rasa syukur kita pada ALLAH swt...

ramai yang tanya saya..macam mane nak rasa dekat dgn ALLAH..kenapa tiba2 rasa tak sedap hati,rasa jauh daripda ALLAH...syabas jika merasa begini..kera seorang sufi pernah berbisik..
'tanda ALLAH mengingati kita antaranya ialah apabila kita teringatkan ALLAH..'

mari hayati 5 ubat hati :
1.solat malam
2.selalu berpuasa ( sunat)
3.zikir
4.BERGAUL DENGAN ORANG SOLEH...
5.membaca AL-QURAN....

Sunday, June 29, 2008

tahniah buat pelajar baru!

assalamualaikum wbt...

tahniah dan syabas kepada adik2 pelajar baru yang telah mendaftarkan diri ke mana2 institusi pengajian tidak kira awam,swasta atau kolej...semangat adik2 untuk meneruskan pelajaran dan mendapatkan ilmu haruslah dikekalkan tetapi AWAS...!!adik2 akan diuji banyak dalam fasa ini..dengan cinta kampus,masalah kewangan(akan ada part time nanti),gejala sosial dan politik kampus... usah diguna pakai minda orang lain tetapi guna dan hargailah fikiran adik2 sendiri...
SELAMAT MAJU JAYA dalam menggapai impian untuk masa depan.....=)

Wednesday, June 18, 2008

kita kurang bersyukur!

assalamualaikum wbt...

kenangan praktikal di HUSM kubang kerian..harini ikut doktor gi wad 5

Posisi 1 :
Patient di sini telah banyak mentarbiyyah diri ini...mereka selalu bertanya tentang dunia akhir zaman padahal mereka beradad dalam kategori "gangguan jiwa"

posisi 2 :
Kerjaya sebagai doktor sungguh banyak pahala kerana kebergantungan pada ALLAH cukup tinggi dan kefahaman dan keyakinan kepada ALLAH semakin utuh kerana setiap hari mereka berdepan dengan pelbagai ujian kehidupan manusia yang datang mengadap mereka...

posisi 3 :
kita tidak boleh menjangkakan kehidupan beberapa tahun akan datang kerana telah terbukti di hadapan saya...patient di sini ada golongan educated...

posisi 4 :
'Cikgu dulu mengajar ke?'
yea...jawabnya...
'pastu macammane boleh di hantar ke sini?'
jawabnya suami hantar...
..dia kemudiannya berlalu dengan membawa beg tangan dan memakai gincu merah sambil bercakap2 sendirian....

Ya ALLAH ..terasa nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku..masih sihat 'akal....

Tuesday, June 17, 2008

semangat yang hilang...ku cari pulang...

assalamaulaikum...
kadang2 tarbiyyah tu bukan terletak pada majlis2 agama,ukhuwah,fikrah dan perjuangan semata2 tetapi apa jua yang mendatang kelainan di hati terhadap ALLAH swt....ianya mendidik hati,ruh,fikiran dan minda agar sentiasa memandang sesuatu perkara dengan pandangan ALLAH swt...

Monday, June 16, 2008

Saya mesti positif!


Pernah cuba dan mencuba tapi tak dapat?Selalu tak study bagai nak rak tapi habuk pun kena vacum?tak pun pernah tak rasa down yang teramat sangat sampai dah tak nak boleh citer...balik-balik tido je lagi senang?

ADUISH.....

kalau hari-hari ini macam ini,sape nak jadi syairah?tak pun nak jadi sofea(jika anda bernama sofea..) tak pun saper nak jadi Bukhori(jika anda bernama bukhori yang hebat tu..)

percaya tak kalau saya katakan anda berhak mengalami semua itu tetapi bukan untuk selamanya....anda sebagai manusia..saye pun sebagai manusia...tak pernah buat silap bererti tak pernah buat aper2....

JOM....bangkit balik...jangan mals lagi dah.....=)

Friday, June 6, 2008

senyum dulu

assalamualaikum dan salam sejahtera...




chik,senyum sket....perliku pada adik yang sangat masam ketika itu..bagaimana nak menggembirakan adik yea...tahun ni dia spm...sebagai seorang perwakilan pelajar dia mesti cemerlang...tambahan lagi dia asyik sibuk dengan silat gayong...yea..kami sama2 aktif dalam silat gayong utk mempelajari ilmu mempertahankan diri...InsyaALLAH.