kenapa agaknya sukar mencari orang yang hendak membawa risalah agama?
kenapa agaknya sukar untuk mencari permata-permata Islam yang rela berkorban sebagaimana pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat...?
kenapa agaknya sukar untuk bertemu orang2 yang menyerahkan jiwa dan harta di jalan Allah?
kenapa agaknya semakin ramai yang memandang sepi kepada surau atau masjid berbanding berlumba-lumba untuk memenuhi keperluan diri di dunia...?
mungkin cukup kot sekadar melaksanakan ibadah fardhu seharian seperti solat, puasa, tunaikan zakat atau berbuat baik kepada ibu bapa dikatakan sebagai pembela agama Allah...
mungkin dah dikatakan berkorban jika kita berjihad dalam medan peperiksaan..
sudah memadai rasanya sering bersedeqah di masjid atau kepada orang2 miskin...
nak penuhi keperluan diri pun semput-semput shj inikan pula nak meluangkan masa bersama-sama untuk menggerakkan perjuangan Islam secara berjemaah..
Imam Hassan Al-Banna seorang manusia biasa yang diberi masa oleh Allah swt selama 24 jam..
Beliau juga perlukan rehat, tidur, minum, makan, bersama keluarga dan sebagainya..
Beliau juga mempunyai kewangan yang terbatas untuk menyara keluarga dan di jalan Allah..
kenapa Allah swt sempatkan beliau dalam perjuangan Islam..sehingga akhirnya beliau syahid...
sehingga sekarang, berbahagialah Imam Hassan Al-Banna di tempat istirehatnya kerana sangat ramai orang mendapat kebaikan hasil daripada perjuangannya...setiap detik, pahala danm kebaikan mengalir ke dalam akauan perniagaan akhiratnya....
bagaimana orang2 yang bersusah senang dalam perjuangan Islam dianggap mulia oleh Allah dan Rasulullah saw?
Sesungguhnya, Rasulullah SAW tertunggu2 akan umatnya di akhir zaman yang tidak melihat Baginda, tidak pernah mendengar kata-kata Baginda tetapi mereka yakin akan perjuangan yang di bawa Baginda..bukan sekadar yakin bahkan mereka membuktikan keyakinan mereka lagi dengan cara bersusah payah dlm medan yang ramai tak minat ini, iaitu perjuangan Islam...
Lihatlah mereka.......
walaupun penat dan sering ke hulu dan ke hilir, tetapi apabila yakin akan sebuah perjuangan, keperitan ditelan dan diluah semahu-mahunya kepada Illahi apabila saat-saat bersamaNya hinggakan terasa begitu dekat dgn Allah..
di malam hari, suara tersekat2 berbisik kepada Yang Maha Agung akan seksanya melalui sebuah perjuangn...
hinggakan akhirnya tiba rasa damai di hati, rasa tinggi tawakkal kepada Allah dan rasa dibantu setiap ketika..
wahai orang yang tidak yakin....
apa lagi yang kamu tidak yakin kan?
apakah tidak cukup khabar2 gembira yang telah Allah janjikan melalui sebuah perjuangn Islam...?
at-taubah 111
" Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang2 yang beriman bahawa untuk mereka itu SYURGA!!!!mereka berperang di jalan Allah lalu mereka membunuh dan terbunuh..sebagai janji yang benar bagi Allah (yang termaktub) dalam Taurat, Injil dan Qur'an..Siapakah yang lebih menetapi janjinya dari Allah..??Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar...."
kalau ilmu sebuah perjuangan tidak dicari tetapi ditunggu, memang tak merasalah kesungguhan untuk memahami sebuah perjuangan Islam..
istiqomah lah kita semua, insyaAllah...
Saidina Umar selalu berdoa
"Allahummaj'alna minal kholil.."
Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang yang sedikit...
betapa sedikitnya orang2 yang nak masuk syurga tertinggi Allah
Ya Allah, bantu kami untuk istiqomah di jalan ini...ameen