Monday, June 28, 2010

sahabat pasir mas

selepas pulang dari kerja di USM kelantan, terus ku bersiap2 untuk menuju ke Pasir Mas..beberapa dokumen kerja dakwah pasti tak kutinggal kerana itulah niat dan tujuan ku yang asal ke sana..

Di pertengahan jalan, sempat lagi ku atur satu pertemuan dengan seorang guru pendidikan khas yang berminat untuk mendapatkan Bola Bocce, satu acara sukan Special Olympics kepada kanak ketidakupayaan mental...

setelah itu, kusambung perjalanan sambil kepala giat memikirkan satu pertemuan yang indah..sudah lama tak bersua dengan seorang sahabat...dia adalah permata islam bagiku..walaupun akan bergelar doktor dan dalam proses mengukuhkan hafalan untuk syahadah quran, dia tetap meminta2 kerja dakwah sekiranya khidmatnya diperlukan..bagai mengantuk disorongkan bantal. kuterus membahagi tugas yang ku kira tidaklah terlalu banyak cuma perlu dipikul bersama-sama bagi mempercepat proses urusan kerja dakwah...

sampai sahaja, disambut oleh keluarganya yang peramah.makanan berbuka sudah siap disediakan.kami menikmati hidangan bersama2..

selepas itu, dia mempelawa kami untuk menunaikan sembahyang berjemaah bersama-sama.surau pula berada di dalam perkarangan rumahnya...patutlah!dia dan keluarga tidak leka daripada menunaikan solat berjemaah sentiasa...ayahnya pula mengajar kuliah agama di surau itu..

Allah swt seolah2 mengatur lagi pertemuan kami dengan seorang kawan yang sentiasa mengingatkan kami tentang keindahan bercinta dengan Allah swt...muslimah solehah ini hanya tinggal di belakang rumah sahabat yang menjamu hidangan tadi..dia selalu leka dengan cinta kepada Allah biarpun diganggu dengan banyaknya cinta manusia...2 orang sahabat ini sememangnya sehati sejiwa..semakin lama, mereka semakin rapat..selalu membicarakan hal-hal ketuhanan..selalu memperingat antara satu sama lain..sama-sama menghafal al-quran...sama2 maju dalam bidang ilmu duniawi dan ukhrowi..

aduh....pantang sahaja berbicara mengenai Allah swt, kenabian, tentu mudah untuk keduanya mengalirkan air mata....selalu rasa berdosa..selalu berfikir untuk membantu jemaah dan selalu merendah diri...

Ya Allah. mungkin Engkau makbulkan doaku dengan cara mempertemu akan diriku dengan kedua orang sahabat ini...
terima kasih Ya Allah kerana tidak membiarkan aku lalai...
Tiba2 aku teringat 5 ubat hati yang antaranya selalu berdampingan dengan orang yang soleh dan solehah...

akan ku pegang dan ingati bait2 kata sahabat yang menjamu hidangan tadi :

"Ya Allah...kak, seolah2 apa yang berlaku bukan kekuatan dari ana.. ana masuk ujian untuk menghafal Al-quran..tak lancar pun...bila ust tanya,betul ke nak hafal al-quran ni...ana terus menangis..tak tahu kenapa menangis...terus mereka terima ana...alhamdulillah, Allah swt pinjamkan masa 1 tahun 3 bulan sahaja masa untuk ana dapat mengingati keseluruhan kalamullah ini..seterusnya sambung buat medic.."

Wednesday, June 2, 2010

Kem Sure Solat anjuran Team Bina Insan pada 11-13 jun 2010 di Kelantan...masih kekosongan 10 tempat lagi

Pihak kami masih membuka 10 penyertaan lagi.jika berminat sila hubungi 0139870277 segera

Tentatif

Program Kem Motivasi “Sure Solat”

11 Jun 2010 hingga 13 Jun 2010


11 Jun 2010

3.30 ptg : Pendaftaran peserta
4.00 ptg : Slot “Mengapa Di sini ?”
5.00 ptg : Ice breaking – LDK
6.30 ptg : Makan malam & persiapan diri
7.30 mlm : Solat Maghrib & Kuliyah Maghrib
8.45 mlm : Solat Isyak
9.00 mlm : Slot “Cinta Rasul”
10.30 mlm : Minum malam
10.45 mlm : Slot “Mengapa Saya Muslim”
12.00 mlm : Tidur

12 Jun 2010

5.00 pagi : Qiamullail
5.45 pagi : Solat Subuh
6.20 pagi : Relaksasi
7.00 pagi : Senam bermodul
7.30 pagi : Sarapan pagi & Kemas Diri
8.00 pagi : Slot Solat Dhuha
8.30 pagi : Slot “Mengapa Mesti Solat”
10.30 pagi : Minum pagi
11.00 pagi : Slot Sifat Wuduk Nabi
11.30 pagi : Praktikal Wuduk –LDK
12.00 tgh : Slot “ Matlamat Hidup”
12.45 tgh : Makan tengah hari
1.30 tgh : Solat Zuhur
2.00 ptg : Slot “Sifat Solat Nabi”
4.30 ptg : Minum Petang & Solat Asar
5.00 ptg : Explorace Iman – LDK
6.30 ptg : Makan Malam
7.30 mlm : Solat Maghrib
8.00 mlm : Slot “Cintai Al-Quran”
8.45 mlm : Solat Isyak
9.00 mlm : Slot “Memburu Cinta Agung”
11.00 mlm : Minum malam
11.20 mlm : Refleksi Diri –LDK
12.30 mlm : Tidur


13 Jun 2010

5.00 pagi : Qiamullail
5.45 pagi : Solat Subuh
6.20 pagi : Relaksasi
7.00 pagi : Senam bermodul
7.30 pagi : Sarapan pagi & Kemas Diri
8.00 pagi : Slot Solat Dhuha
8.30 pagi : Mengisi Cuti Secara Berkualiti-LDK
10.30 pagi : Minum pagi
11.00 pagi : Slot “Keluargaku Syurgaku”
12.00 tgh : Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
1.00 tgh : Bersurai.