Wednesday, November 25, 2009

tulisan kak muna

Intai dulu antara nampak, kini jadi rindu-rinduan...GAMIS 0809

GAMIS 0809 sudahpun melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, pemilik diri masih memberi keizinan untuk bernafas di bumiNya.

Setahun berlalu sudah pasti mencipta kenangan tersendiri. Umpama mimpi, saya tidak pernah menyangka akan berada di barisan kepimpinan GAMIS. Lucu, dulu banyak mengkritik, kini dikritik. Bila berada dalam kasut, baru memahami.

Masih terbayang-bayang suara sahabiah -sahabiah MT bergurau senda dengan saya. Kak Zafirah, paling banyak menghabiskan masa bersama saya sejak 2 - 3 bulan lepas. Bermula dengan projek KO-SPIN09, sehingga hari muktamar. Bohonglah jika saya katakan kami tidak pernah berselisih pendapat. Sudah nama gerak kerja, tergigit lidah itu pasti kan hadir. Namun, dialah yang paling saya sayang. Dia ada sewaktu saya benar-benar memerlukan. Dialah kakak saya yang sejati dalam perjuangan. Kakak kini di Pahang, meneruskan agenda perjuangan yang tersusun rapi di sana di samping ibunda tercinta. Meneladani Saidatina Khadijah dalam menetapkan matlamat, moga syahid menjadi habuan.

Fida, walaupun muda daripada saya, saya amat menghormati beliau sebagai pemimpin. Saya amat berbangga dapat berbakti bersama-sama beliau dalam kepimpinan ini. Fidah amat tabah dan pendokong yangamat kuat dalam sesi kepimpinan kali ini. Pernah satu tika saya amat down, sehingga kerudung basah dengan airmata kerana satu peristiwa, dia hadir memberi semangat.." Kak, kak mesti kuat. Fida nak lihat senyuman dan kak Muna yang semangat.! Muslimat power!" Usikan beliau membuatkan kegusaran tersebut berkurang semula. Saya berjanji pada diri, sampai bila-bila, saya tidak akan tinggalkan Fida jika dia memerlukan saya suatu hari nanti kelak. Fida pasti akan jadi pimpinan besar, itu keyakinan saya dan saya akan sentiasa menjadi penyokong kuatnya.

Dalam kegilaan bergerak kerja, perlu juga ada seseorang yang membantu kita memuhasabah diri dan pada saya Solehati adalah orangnya. Telusnya, saya amat kagum kemurnian jiwa dan semangat mujahadahnya. Solehati seorang yang kuat bekerja dan tidak suka membazir. Saya sangat suka melihat dia apabila dia makan. Makanan tu jadi sedap pula melihat cara dia makan walhal saya tertipu. Pernah suatu hari saya kurang sihat dan diserang demam panas amat sangat sewaktu bergerak kerja di PUM. Sepatutnya ada meeting penting namun saya terus terlena dalam kain telekung, selepas maghrib. Hampir jam empat pagi, sesudah punya kekuatan, saya terjaga untuk solat Isya'. Saya terdengar seseorang sedang berzikir denga sayunya. Aduh, Soleh , rupanya dirimu juga seolah -olah berjangkit dengan diriku. Sesudah solat Subuh, saya pegang kakinya. Sejuk. Sentuhan minyak bam saya kenakan padanya. Soleh, saat itu, ukhuwwah dengan dirimu terasa amat mendalam. Saya amat takut melihat sahabiah saya sakit.

Di sebalik keseriusan saya, ada juga gila-gilanya. Malah ia amat terserlah sekiranya saya amat penat ataupun, tertekan ataupun bersama adik seorang ini, Pija. Dengan Pija, yang mustahil mampu jadi tidak mustahil. Apabila memandu kereta, jarang sekali Pija duduk di belakang. Pija Futuristik dan penuh semangat kepemudaan. Pernah sekali Pija marah, wajahnya menjadi amat manja dan comel. Kami selalu juga pakai baju sama tema warna tanpa dirancang. Wavelength berfikir sama. Adfa juga gerak kerja GAMIS yang lain arahannya, lain pula kami buat. Namun inilah kenangan yang menyeronokkan.

Ketawadhu' an Aini menjadi inspirasi saya. UKM ada sejarahnya tersendiri dengan kehidupan saya. Namun Aini berjaya membuatkan saya melupakan bahawa beliau adalah dari kampus UKM. Senyuman Aini manis sekali namun beliau amat serius sewaktu bermeeting. Saya suka melihat tingkahnya sebelum tertawa sesuatu jenaka dalam meeting.

Elin, pendokong setia SIGMA. Kesungguhan beliau terpamer apabila beliau sempat mengarang lagu SIGMA yang dipostkan ke dalam blog Fida. Saya amat berbangga dengan adik ini. Saya yakin kami memang ditakdirkan bertemu. Baru beberapa kali sudah terasa rapatnya. Inilah ukhuwwah Islamiyyah. Bercinta kerana Allah, memberi kerana ikhlas. Asalnya Elin seorang yang serius juga, namun akhir-akhir ini menjadi gila-gila pula kenapa ya...?hehe

Quasrina dan Ainul dua orang adik ustazah yang setia bermesej dengan saya. Wajah yang terselindung di sebalik purdah tidak menghalang beliau untuk lantang menegakkan kebenaran. Sungguh, saya amat berbangga dengan mereka. Mujahidah gagah di sebalik jiwa yang tabah kan quas.. Yang paling kritikal adalah Asti.Ramai lagi adik-adik sehingga tidak tersebut di sini, apapun, saya amat terharu dengan ukhuwwah yang dihulur. Moga-moga ia berpnjangan ke akhirat.

Adik-adik muslimin juga tidak terkecuali. Amin paling cekal jiwanya dan tidak pernah satu masa pun saya telefon, Al-Quran tidak di tangannya. "Tengah tasmi'... kak" Alangkah, beliau seorang bakal doktor, sudah pasti amat sibuk namun pengorbanan masa sewaktu gerak kerja KOSPIN amat memukau. Naqiu, seorang yang amat lincah, Arif, seorang yang cool, dan adik-adik DQ, kebanyakkannya diam-diam tapi berisi. Kenangan kongres pastinya sesuatu yang tidak akan akak lupakan bersama kalian, apatah lagi PUM ( Persatuan Ulama Malaysia) yang membimbing umpama bapa. Terima kasih Ustaz Azmi dan Ustaz Baharom.

Saya juga tidak akan melupakan MT Muslimin GAMIS. Bagi saya, mereka adalah Rijalullah yang hebat. Saya suka mengusik Yusri yang rajin tidur dalam meeting. Dia marah kami tertawakan dirinya. Namun apa yang beliau tidak tahu, selepas it, kami menginsafi sesama sendiri, keadaan beliau. Kepenatan berjuang tanpa putus asa dan setia berbakti yang terpamer pada wajah yang terpejam itu, benar-benar meruntun hati. Lantas menguatkan azam kami untuk terus bergerak kerja.

Saya mengenali Hilman sewaktu gerak kerja kongres. Sebelum ini, sungguh, nama itu amat asing bagi saya. Kini, tidak lagi. Dialah adik lelaki saya yang amat gila-gila dan sincere. Saya tidak akan lupa kenangan kami petang itu di rumah Wasif, dalam projek menambat hati Dato Wan, Pengarah JAKIM untuk merayu membantu Kongres. Fida tidak henti ketawa dan Idris ( presiden sekarang) yang serius terus bertukar watak. Kami memang mengejutkan Wasif yang agak pemalu. Siap bawa pisang goreng lagi ke rumah beliau. Masih ingat lagi, Hilman complaint tidur je sepanjang perjalanan pergi. Tinggallah dia seorang menjadi driver tidak berbayar terpinga-pinga mencari jalan.

Ustaz Kusyairi memang seorang yang zuhud dan matang. Paling mudah meminta pertolongan beliau sehingga kami segan meminta tolong. Setia bersama isteri, Ustaz Kusyairi memang memiliki ciri-ciri suami pejuang mithali. Tahniah Huda...

Mantan-mantan seperjuangan juga tidak dilupakan.Ustaz RO, mantan timbalan presiden kedengaran sepertinya sudah mendapat anak. Belum sempat bertanya khabar. Mr Nice Guy, sememangnya gelaran khas kami, SIGMA, anugerahkan kepada beliau. Hafizuddin Abirierah dan Ridzuan UIA juga dikata menunggu tempoh bergelar bapa. Alhamdullillah. Begitu juga Kak Mala, SIGMA pertama yang mendirikan rumah tangga. Ustaz Syaari suami isteri semakin rancak berjuang dalam medannya tersendiri, semakin laju dan bergaya. Saya tak lupa kenangan dimarahi Us Syaari kerana lembab buat kerja masa mula-mula GAMIS bergerak. Padan muka saya. Terima kasih ustaz, kini ana laju juga. Azali dan Saidatul, membina kerjaya. Kenangan bersama mereka paling tidak dapat lupa ialah sewaktu mereka akhbar mahasiswa yang tidak menjadi. Biarlah buruk tapi saya puas, kami semakin rapat macam adik beradik.Us hidayat, semakin mendalam tarbiahnya.Atiqah, masih lagi memegang takhta menyambung kontrak dalam GAMIS. Cuma kali ini berlainan posisi.

Oh ya, sebelum terlupa, Yusri adalah mantan MT pertama yang bakal "berdua" selepas kami turun pangkat. InsyaAllah yang terbaeek. Yusri power,power,power! Selepas ini, siapa pula ya..

Sahabat- sahabat yang banyak membantu saya di belakang tabir sepanjang dalam GAMIS - Ust Azlan ( murobbi terbaik, terima kasih sangat atas nasihat dan motivasi), Ust Mior ( murobbi terbaik 2 - sokongan yang amat dihargai ), Ust Adi, Ust Hisom ( murobbi dan bapa angkat terbaeekk), Izzah, Firdaus ( thanx for ur wonderful multimedia), Nurul Syaza ( adik terbaeekkk), Malie ABIM, Mar RTM, Ex bos En Sayed Munawar, Suhaili Umar, Ust Faizal dan Ust Taufik - terima kasih kerana bersama-sama tika susah dan senang. Sahabat-sahabat UITM yang mengkritik dan mengajar saya untuk menjadi lebih baik - Akhyar, ( terima kasih kerana beri peluang mengenali GAMIS dulu) , Kucai Penang, Apih Muawiyah, Anwaruddin, gang UITM lain dan adik-adik UPM lain. Tidak terhingga kepda doa sahabat-sahabat baik saya yang setia mendoakan saya sepanjang berkhidmat - kak Nadiah, Ayu tersayang, Tim, Asyah , Sufi dan lain-lain. Adik -adik MT Konsert terutama Wan dan Aisyah, maafkan akak dunia akhirat kerana tidak berjaya mendidik diri menjadi kakak yang baik but antum. Antum banyak mematangkan akak dalam berfikir.Antum terbaeekkk!

Semua sahabat, antumlah kekuatan saya dalam berjuang. Luv U guys!

Apapun terima kasih pada semua ahli GAMIS, yang tidak tersebut dan ramai lagi. Begitu juga sahabat-sahabat jemaah lain. Terima kasih atas teguran dan nasihat yang banyak membimbing.
Moga Allah thabatkan kita di atas jalan ini sehingga ke akhirat kelak...

Jangan layu dalam melangkah,
Biar dihias cacian fitnah,
Mendokong Islam teruskan gagah,
Tingkatkan iman, teruskan sunnah!

Takbeerrr!!


Wednesday, November 18, 2009

KOKKA

HIASAN ORI YANG BLEUM DOPROSES...


CINCIN PERMATA MARJAN


TASBIH YANG AGAK BESAR SAIZNYA..EDISI SGT TERHAD..



TASBIH BERGANTUNGAN DI DINDING KEDAI..

Saturday, November 14, 2009

mimpi yang indah



tiba2, di suatu yg hening, termimpikan tok guru dan di sisinya ust nik abduh.. aduh...tok guru kelihatan muda dan ust nik abduh tersenyum sahaja...tok guru seakan2 berpesan dan menasihatiku dlm beberapa perkara...ku duduk di sisinya...tak ku hiraukan org di sekeliling... Ya Allah...dekatilah akan aku kepada hamba2-Mu yang soleh-solehah..agar aku sentiasa mengambil pedoman hidup dan pengajaran di sebalik setiap langkah mereka... sesungguhnya, sahabat yang baik ialah apabila kita melihatnya teringat Allah, mendengar kata2nya menambah ilmu agama dan melihat gerak gerinya teringat mati...

Friday, November 13, 2009

SURAH AL-WAQI'AH - petua utk sayap kiri perjuangan

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan.

Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

khasiat Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

jom kita amalkan...=)

Thursday, November 12, 2009

ucapan pengantin

assalamualiakum..
sebagai menyampaikan amanat sahabat...

http://www.mywedding.com/khadijahadlan/stories.html

Tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU buat shbt matrik ana, Ust Adlan..smg Allah merahmati kalian..

Tuesday, November 10, 2009

Allah suka yang kuat dan sihat...!

ASSALAMUALIAKUM WBT..

A
llah suka mukmin yang sihat dan kuat!!! dalam meneliti projek utk master ni, terfikir juga nak serius dlm sukan..alang2 dah aktif dan pernah jadi atlet dulu, baik di manfaatkan dalam arena sukan dan kecergasan pulak.... paling terkesima bila tengok pemain bola sepak dalam piala malaysia baru2 ni tiada sorang pun yang menutup aurat sempurna start daripada pemain hingga pengadil melainkan penjaga gol....GOLLL!!!

isk..sedey sangat..bukan kerana kelantan negeri tercinta kalah tetapi faktor aurat dan juga penyokong yang meninggalkan stadium begitu shj..seolah2, bila menang baru support dan sayang tapi kalah dah tak endah..bagi redupkanhati, adalah lebih baik kalau kita terus bagi sokongan moral dan kata2 perangsang..sekurang2nya redupkanhati tengok pemain kelantan dah serang bertubi2..abih gheng doh,kan...

takpe2...jgn sedey...kalau tutup aurat,dapat juga pahala dan di kira ibadah..kalau dah macam ni, dah la kalah ..tak tau apa yg dapat..hanya Allah yg lebih layak menilai hamba2-Nya...

dengar citer, Tok Guru nak bagi hadiah pakej umrah kepada pemain....kalu betul,baguslah...semoga Allah bukakan pintu hati agar agama yg utama....

betul tak wahai shbt2 di luar sana..?

redupkanhati kadang2 terfikir, betapa tidak adil kalau kita(duat) hanya mengarahkan tutup aurat, main kena sembahyang..tapi tak ramai yg masuk dlm dunia mereka...
kanak2 main sukan..ni masa kat peringat..bagus betul ajk kg ni...buat prgram..

adakah kita tahu apa yang mereka rasai dan lalui?boleh ke terima bulat2 apa yg disuruh...
bila redupkanhati join program sains senaman dan sukan di usm, baru terasa sket bagaimana life mereka tanpa org yang kuat pegangan agama...sembahyang ke mana...urusan pentadbiran ke mana..halal ke...makan minum jaga ke...

dlm banyak2 atlet yang kami buat kajian, redupkanhati baru jumpa sorang yang pakai tigh sampai tututp lututnya(lelaki yea..=)...)...mcm mane yg lain...? ops..... dah tahu,kan...

redupkanhati macam dah ada azam dan matlamat dalam arena master dan sukan ni tapi biarlah bukan sebagai perkongsian lagi sebab redupkanhati lebih suka sesuatu perkongsian yang dikira sebagai contoh tu adalah sudah menjadi amalan redupkanhati..bmbang Allah uji apa yang kita sering gembur2kan..
ni topi nisa'..utk aktiviti out door..kalu nak jaga mentari biar tak hangus muka elok belilah..murah jea..design cantik2...kukuh dan puas hati..RM18 jerk..dgn Nisa' yea...

wallhu'alam...

Sunday, November 8, 2009

temasya sukan kelantan..



tarikh : 13-14 nov 2009
tempat : padang jubli perak, stadium dan sekitar bandar kota bharu kelantan
tema : sukan pengikat kasih sayang....

terdapat banyak acara menarik seperti konvoi berbasikal, hantu raya ( cakjing), galah panjang, sepak takraw bulatan, gasing pangkah, kaki gajah, sumpit, bolasepak bawah 16 tahun, bowling wanita, mewarna..

terdapat juga persembahan hebat2 iaitu daripada pancaragam sekolah, persembahan rebana dan kerkok, persembahan org asli..

hadiah yg disediakan juga lumayan..iaitu daripada rm100-RM1500

jom sama2 berkasih sayang kerana Allah dan melalui cara yang betul...!

sayang itu jangan dihadkan utk pasangan sahaja terutama yang masih belum berkahwin...jika anda menghayati sayang dalam Islam, ana akan teruja utk melaluinya...

SUKAN JUGA SATU IBADAH..PASTIKAN ANDA MENUTUP AURAT DAN NIAT KERANA ALLAH SWT....!!!!

Wednesday, November 4, 2009

Wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan.Wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat qana'ah, iaitu berasa cukup dengan yang mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Sifat inilah yang dikatakan oleh ahli tasawuf dengan kekayaan yang hakiki.

Monday, November 2, 2009

sambungan - Cinta Allah Fitrah Insan

Oleh: Mohd Razlan Abdul Razak

Hati ini dikategorikan oleh Ulama Sufi kepada 4 peringkat, iaitu :

1. Hati yang lalai kepada Allah.
2. Hati yang ingat kepada Allah.
3. Hati yang asyik dengan Allah.
4. Hati yang makrifat kepada Allah.

Pada hari ini, kebanyakan ulama, para pendakwah atau orang awam memiliki hati yang berada pada tahap pertama, iaitu hati yang lalai dengan Allah SWT. Ini dapat dilihat dalam kehidupan mereka yang tidak menunjukkan mereka cinta kepada Allah, bersungguh dalam ibadah dan mujahadah serta sentiasa memelihara diri daripada perkara-perkara yang haram, syubhah dan makruh.

Mereka juga tidak berhati-hati dalam perkataan, penglihatan serta pendengaran yang akibatnya hati mereka bertambah keras dan rosak.Berapa ramai ulama yang bercakap tentang takut kepada Allah tetapi sanggup menyembunyikan kebenaran kerana takutkan manusia.

Mereka juga dunukilkan oleh Allah sebagai orang yang menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan duniawi. Ada juga di kalangan para pendakwah yang bercakap tentang ayat-ayat Allah tetapi kadang-kala mereka “menjual” ayat-ayat Allah demi mendapatkan keuntungan, kemasyhuran, pengikut yang ramai serta pujian dari manusia lain. Mereka sebenarnya orang-orang yang mati hatinya daripada perasaan cintakan Allah.

Manakala orang awam, kehidupan mereka dibelenggu oleh kesibukan mencari harta, pangkat dan mencintai kaum keluarga diatas hawa nafsu sehingga melalaikan mereka daripada Allah SWT.Manusia wajib mencintai Allah. Ia adalah perkara fitrah kerana asal roh manusia datang dari Allah.

Ketika di alam arwah, manusia telah mengaku bahawa Allah adalah tuhan mereka dan tiada yang lain dalam cintanya, zikirnya, ingatannya, pujaannya, semuanya adalah untuk Allah SWT semata-mata. Mereka sudah berilmu dan mengenal Allah dengan pengenalan yang hakiki. Apabila manusia itu lari dari fitrah dan tidak menghalakan roh dan hati mereka untuk mencintai Allah, mereka sebenarnya meronta-ronta untuk kembali kepada Allah, untuk mengenal Allah, mencintai Allah atau Rabbnya kerana itulah fitrahnya.Namun kehidupan dunia yang hanya membawa halangan dan rintangan kepada diri seseorang untuk terbang ke hadrat Ilahi telah menyebabkannya menderita kerana mencintai dunia yang bukan fitrahnya.

Ketahuilah, sesiapa yang cuba menentang fitrah dengan tidak mencintai Allah, sebaliknya mencintai dunia atau yang lain, ia akan menderita.Ramai manusia yang mempunyai atau memiliki kekayaan tetapi sedikit yang memiliki kebahagiaan. Kebahagiaan itu hanyalah apabila roh atau hati kembali kepada Allah.

>>Ibarat seekor ikan yang dilepaskan kembali ke lautan atau nseekor burung yang tinggal di dalam sangkar emas kemudian dibukakan sangkar hingga ia kembali mendapat kebebasan. Walaupun tinggal di dalam sangkar emas, hakikatnya burung itu tidak mendapat kebebasan. Begitu juga dengan roh. Jangan biarkan roh kamu terkurung di dalam sangkar emas (dunia dan hawa nafsu), walaupun ia kelihatan cantik tetapi ia bukan kebahagiaan hakiki.

Ramai manusia menyangka apabila mereka kembali kepada Allah, mereka akan terpenjara dan hidup terkongkong kerana dikawal oleh peraturan-peraturan Allah. Sedangkan ianya merupakan satu kunci untuk roh bebas terbang kepada Allah SWT. Apabila mereka menjauhkan diri atau melanggar peraturan-peraturan Allah dan menurut akal mereka, sebenarnya mereka menguncikan diri mereka di dalam sangkar. Inilah hakikat kehidupan manusia. Sehinggalah mereka dapat melihat ketika menghadapi sakaratul maut, baru mereka akan sedar. Ketika itu, ia sudah tidak berguna lagi.

Apabila seseorang itu mencintai harta, maka dia akan menjadi hamba kepada harta. Kalau dia mencintai pangkat, dia akan menjadi hamba kepada pangkat itu.

Begitu juga, mencintai kaum keluarga, sanak saudara atau lain-lainnya, maka jadilah dirinya hamba kepada apa yang dicintainya. Sebaliknya, sesiapa yang mencintai Allah, dia akan bermujahadah dengan hawa nafsunya dan membebaskan diri dari belenggu yang mengikat rohaninya untuk mencintai Allah.

Hanya kekasih Allah-lah memiliki hati yang mencintai-Nya, sentiasa mengingati-Nya, mencintai akhirat dan menangis kerana takut kepada-Nya. Pecah tumit kakinya kerana berdiri di malam hari menghadap Allah dengan rasa kehambaan. Perasaan kecintaan dan kehambaan yang tinggi kepada Allah menyebabkannya mengambil kehidupan dunia dengan amat sederhana.

Islam telah berjaya menguasai dunia dan menjadi model kepada kehidupan manusia. Islam telah menjadi kuasa yang amat ditakuti dan disegani kerana bukan sahaja menjadi contoh dalam aspek kerohanian tetapi juga dari segi akhlak peribadi dan pendidikan anak-anak.

Rumahtangga orang Mukmin tertumpu kepada tujuan mencari cinta Allah. Suami menjadi pemimpin isteri, manakala isteri menjadi penasihat kepada suami dan mendidik anak-anak.

Malah Islam telah berjaya melahirkan generasi contoh dalam pengurusan kehidupan manusia seperti dalam urusan ekonomi, politik, pentadbiran negara, intelektual, sosial dan sebagainya. Generasi ini menterjemahkan Islam yang syumul secara praktikal dan membincarakan permasalahan kehidupan manusia seperti kesucian diri dari hadas kecil hingga kepada kesucian pentadbiran negara dan dunia.

Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk melahirkan kembali generasi contoh yang hebat ini melainkan mengikuti kembali jalan-jalan mereka, peribadi, akhlak, ibadah, mujahadah dan pengorbanan jihad mereka.

Mereka telah dididik oleh Rasulullah SAW dengan keimanan makrifatullah, keimanan yang hakiki. Diwajibkan ke atas mereka melakukan Qiamullail untuk melahirkan kecintaan kepada Allah, hati yang hidup dengan Allah. Mereka ditarbiyah dengan sentiasa membaca Al-Quran dan menghadiri majlis-majlis tazkirah untuk melahirkan dan menguatkan perasaan cinta kepada Allah. Kecintaan mereka ialah kecintaan kepada hati yang dzauq dan tubuh badan yang sihat. Segalanya berpunca dari hati sebab itu hati mestilah diutamakan dalam pendidikan manusia.