Sunday, March 7, 2010

Dosa ini lebih besar daripada zina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan
terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah merusakkan hidupnya.Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan
cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air
matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya...........telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil.Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," Ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-hantuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.

Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari berlakunya zina ada kau mengetahui bahwa ada dosa yang lebih besar daripada berzina dan membunuh ? "

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?""Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintahTuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertobat dan menyesalali dosanya dengan
sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.

Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.

(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat
lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya,maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.

Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari,sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Wednesday, March 3, 2010

Try la kaedah ini

Suatu hari, seorang sahabat redupkanhati yang sangat disayangi telah dilanda masalah...jadi, sebagai seorg yang telah ditarbiyyah, dia cuba untuk berusaha dan bertanya pendapat dengan beberapa alim ulama ttg perkara tersebut...setelah itu, sahabat redupkanhati ini telah membentangkan tentang kaedah yang dia pelajari dalam usrah kami, Nisa' Negeri...

Katanya, antara kaedah yang boleh dipraktikkan ketika ingin tenangkan hati atau mendapat petunjuk ialah merujuk Al-Quran..
Cuba mulakan kaedah ini dengan membaca Al-Fatihah 1x, 3 Qul, Selawat dalam bilangan ganjil(tak kisah berapa kali), istighfar dan lain2 bacaan kalu perlu...kemudian niat dalam hati apa yang diinginkan( contohnya : nak tenangkanhati, nak dapat petunjuk, nak dapatkan apa sahaja) , buka tafsir Al-Quran secara rambang dan cuba tengok mana2 ayat yang termula2 sekali terpandang..baca dan tengok terjemahannnya...kebanyakan sahabat yang mengamalkannya mendapat apa yang dihajati daripada kaedah ini temasuklah redupkanhati...cuma, janga terlalu taksub dengan cara ini sehingga mengabaikan solat istikharah, doa, solat hajat dan sebagainya..

Jadikanlah cara ini sebagai salah satu hiasan amalan kita...

Pedoman yang redupkanhati ingin kongsikan....kadang2 redupkanhati lupa,tak ingat dan jarang amalkan..kita perlu saling mengingati...jom dengar hiburan hari ini...

“Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh suatu penyakit umat. Para sahabat bertanya: “Apakah pen yakit umat itu? Nabi menjawab:

“1. Kufur nikmat. 2. Sombong. 3. Tamak. 4. Berlumba-lumba. 5. Benci-membenci. 6. Dengki-mendengki sehingga melampaui batas (berlaku kejarn) dan kemudian bunuh mernbunuh.”

(HR. Ibnu Abid Dunya).

Dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan: “Ada tiga perkara, dimana tiap-tiap umat tidak tenlepas daripadanya, iaitu: Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan keluar dan tiga perkara itu? laitu apabila engkau berburuk sangka, janganlah engkau kuatkan buruk sangkamu itu, apabila hasad janganlah berlaku kejam dan apabila engkau berselisih faham, maka janganlah engkau menyakiti.” (HR. Abu Daud).

Monday, March 1, 2010

RM20

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.

Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya... nak tanya apa?"
Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"
Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking.
Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.
Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"
Anak: "Oh... " si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian memandang wajah ayahnya ambil bertanya, "Ayah... .boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?".

Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit ? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni... "

Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyakayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit di bawah bantal itu?" jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Satu cerita pendek yang mampu membuatkan kita berfikir sedalam-dalamnya.....

Wednesday, February 24, 2010

rahsia solat yang khusyuk

buat sahabat2ku dan peringatan buat diriku....semoga kita saling mengingati dalam kebaikan...bertemu denganmu sahabat bukan untuk kesejahteraan di dunia sahaja tetapi untuk pertemuan yang lebih indah di akhirat...
sayang dirimu kerana Allah...terimalah hadiah tazkirah dariku buat muslimah solehah sekalian...

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman


Solat yang khusyuk menjadi idaman bagi setiap orang yang beriman. Nilai solat disisi Allah diukur dengan cara ditunaikan, sejauhmanakah dihadirkan kebesaran Allah dalam solatnya. Setengah ulama’ mensyaratkan khusyuk sebagai nilai diterima atau tidak solat seseorang. Bahkan kalangan mereka menyatakan batal solat orang yang tidak khusyuk daripada awal hinggal akhirnya.


Khusyuk merupakan amalan hati yang disertai dengan perbuatan yang mematuhi segala rukun-rukun dan syarat-syarat kesempurnaannya. Bermula daripada wudhuk, pakaian dan tempat yang suci daripada najis serta menutup aurat dan mengadap kiblat. Demikian juga cara takbiratul Ihram, berdiri, rukuk, I’tidak, sujud dan sebagainya.


Ibnu Abbas pernah berkata: “Solat dua rakaat yang ringan dalam keadaan yang berfikir dan khusyuk lebih baik daripada mendirikan malam dalam keadaan hati yang lalai”. Memperolehi solat yang hebat seperti ini memerlukan mujahadah yang berterusan kerana khusyuk ini bukannya sesuatu yang kekal pada mana-mana manusia. Ianya perlu diikat dengan kukuh dan dijaga dengan bersungguh-sungguh kerana khusyuk hari ini tidak menjanjikannya berulang pada solat yang akan datang. Antara caranya ialah membaca dan mendengar kisah orang yang Berjaya melakukannya sepanjang kehidupan mereka.


Nabi Ibrahim a.s apabila melakukan solat kedengaran daripada jauh degupan jantungnya dek rasa hebat kebesaran Allah. Saidina Ali r.a apabila masuk waktu solat berubah air mukanya dan menjadi pucat. Manakala Ali Bin Husain apabila dia berwudhuk maka menjadi pucat mukanya. Ahli keluarganya bertanya kenapa? Beliau menjawab: “Tahukah kamu, siapa yang akan aku mengadap?” Seorang ulama’ yang bernama Said at-Tanukhi apabila melakukan solat, air matanya tidak putus-putus mengalir hingga ke janggutnya sampai selesai solatnya.Bagaimana solat kita? Moga Allah memberi kita kekuatan untuk bermujahadah bagi mendapatkan kemanisan ini. Amin

Begini rupanya dosa kita...

Dalam sebuah perjalanan melewati padang pasir yang gersang, Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti sejenak.

“Cari dan kumpulkan ranting-ranting kayu” kata Rasulullah.

Para sahabat heran, bagaimana mengumpulkan ranting kayu di tengah padang pasir?

“Kalau mencari ranting kayu di sini, tentu tidak ada, ya Rasul?” sahut para sahabat.
“Cari dan kumpulkan ranting kayu!” Rasulullah mengulang perintahnya.
“Bagaimana akan kita kumpulkan ranting di padang pasir ini? Padahal pohonnya saja tak tumbuh di sini?”
“Carilah dan kumpulkan ranting kayu” kata Rasulullah sekali lagi.


Para sahabat pun akhirnya mengais-ngais pasir ke sana kemari. Ada satu dua ranting ditemukan dan dikumpulkan. Tak disangka, setelah beberapa lama, ternyata ranting kayu yang terkumpul jumlahnya cukup banyak.
“Wahai sahabat, berkumpullah kemari!” Rasulullah memanggil.


Para sahabat pun menyambutnya dan mendengarkan pesan yang akan disampaikan beliau dengan penuh perhatian.
“Seperti inilah dosa-dosamu setiap hari. Sepertinya terlihat tidak ada, padahal kelak di hadapan ALLAH SWT ternyata terkumpul banyak.”
Para sahabat terhenyak. Kini mereka sadar dan paham dengan maksud Rasulullah.

Tuesday, February 23, 2010

INI KAEDAHNYA...faham dan hafaz Al-Quran buat yang inginkannya...

"Tentu ramai yang ingin tahu teknik termudah untuk FAHAMI 'big picture' Al-Quran & HAFAZ surah idaman SEKALIGUS - tak kira sesibuk manapun anda, 'start' menghafaz
seperti 'pro' sekarang!"

Wednesday, February 17, 2010

Tika Hati wanita yang solehah Berbicara..

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…

With love -Your sister in faith.

HAWA


Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.

Tuesday, February 16, 2010

coretan untuk isteri pejuang

Untuk Isteri-isteri para Pejuang
2009/09/12 di 22:26

Kutuliskan poem ini untuk para aktifis Islam di manapun berada. Jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah. Betapa seluruh hajat hidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allah termasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri. Inilah tren pernikahan yang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a'lam Buat manusia istimewa dalam hidup ini... dan juga isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang

Isteriku.... Apabila kusentuh telapak tanganmu... Saat kuusap dan kurasakan guratannya, Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar.... Dan ketika kupandangi wajahmu.... Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu... Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat.... Ketika kutersentak dari pembaringan di kala fajar kadzib menyingsing... Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.

Isteriku... Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy fun.... Di keramaian dunia ciptaan mereka... Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu.... Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin... Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti... Pelbagai hiasan yang indah... Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian... Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan... Wajah mereka dibaluri pelbagai warna dan jenama... Kau umpama ladang ummah... Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam... Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta maupun mengadu domba... Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama... Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...

Isteriku.... Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku... Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku.... Kau melafazkan satu tuntutan, "Saya siap mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat..." Sambil tersenyum kau menghela nafas dalam-dalam....Aku termangu sendirian... Syarat apakah itu? Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?... Atau honeymoon di Paris ?.. Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar berkata...

Akhirnya... Arghhh... Permintaanmu itu... Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita... Aku tergugu, haru dan bangga... Dengan penuh keyakinan kau berkata.. "Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang kedua ?.... Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?... Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?... Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?.. Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?... Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api.... Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...

Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak.... Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda.... Dan...mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?...

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku... Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu.. Jiwamu kosong dari syurga dunia... Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu.. Bukannya kau yang diubah oleh dunia...

Isteriku.. Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita... Susah senang kita tempuh bersama... Aku terharu dengan segala kebaikanmu... Kau jaga akhlakmu... Kau pelihara maruahmu selaku muslimah... Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung.... Kau jua sanggup mengekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam.... Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuangan ini.... Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan keharuman kemenangan...

Isteriku.. Tangkasnya engkau selaku isteri... Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan tenaga dalam perjuanganku ini.. Kau jaga relasi kita dengan indahnya... Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang.... Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu.... Cekalnya engkau mendidik anak-anak... Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para pejuang Islam... Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah... Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran... Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan...

Isteriku... Barangkali inilah pelajaran dari ustadzah Zainab Al Ghazali... Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia... Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datangSuamimu dan anak-anakmu dengan MAHABBAHAndai ibunda Khadijah Al Kubra masih ada.. Pasti beliau tersenyum bangga karena masih ada srikandi Islam... SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU…

Dosa besar ni.........

Antara perkara-perkara Yang Menyebabkan dosa besar :
1. Syirik jali, kufur dan murtad.
2. Membunuh seseorang tanpa sebab yang sebenar.
3. Zina.4. Liwat.
5. Merogol binatang.
6. Meminum minuman yang memabukkan.
7.. Mencuri dengan kadar yang membolehkan dijatuhkan hukuman potong tangan.
8. Menuduh seseorang yang baik berzina.
9. Menjadi saksi dusta..
10. Merampas harta orang lain dengan tiada sebab yang membenarkanya berbuat demikian.
11. Lari daripada medan peperangan jihad.
12. Makan riba.
13. Memakan harta anak-anak yatim.
14. Mendurhaka kepada ibu bapa.
15. Mendusta ke atas Rasulullah s.a.w.
16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi tanpa apa-apa keuzuran, sedangkan ia patut hadir untuk memberi keterangan.
17. Berbuka puasa Ramadan dengan sengaja, tanpa apa-apa keuzuran.
18. Bersumpah dusta.
19. Mendahulukan solat fardhu sebelum masuk waktunya atau melakukan solat fardhu selepas luput waktunya dengan sengaja tanpa apa-apa keuzuran syarie..
20. Memutuskan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim dengan jiran dan kaum kerabat tanpa sebab-sebab yang di benarkan oleh syarak.
21.. Menipu dalam sukatan timbangan barang, samada mengurang atau melebihkannya.
22. Sengaja meninggalkan solat fardhu tanpa apa-apa keuzuran syarie.
23. Menjatuhkan maruah seseorang Islam yang lain tanpa alasan yang di benarkan oleh syarak.
24. Menyumpah dan mengeji sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
25. Memberi dan menerima rasuah.
26. Menegah lelaki yang halal daripada masuk ketempat tidur isterinya.
27. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam suatu majlis yang di tegah oleh syarak.
28. Mengadu kepada pemerintah atau pihak yang berkuasa supaya mengambil tindakan kepada seseorang tanpa alasan yang sebenarnya.
29. Enggan mengeluarkan zakat.
30. Melupakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang telah di hafalnya.
31.. Membakar haiwan walaupun yang telah mati.
32. Mengamalkan ilmu sihir dan segala bentuk atau kaedah yang bersangkutan dengan khadam bersyarat serta mengajarkanya kepada orang lain.
33. Meninggalkan daripada menyuruh manusia supaya melakukan kebaikan dan tidak mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Padahal ia berkemampuan melakukanperkara tersebut..
34. Isteri enggan melayani suaminya tanpa alasan yang munasabah atau isteri menderhaka kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.
35. Putus asa dengan rahmat Allah.
36. Tidak menghiraukan dengan kemurkaan Allah dengan sentiasa melakukan maksiat dan tidak pernah mengharapkan keampunan daripada Allah.
37. Zihar, iaitu menyerupakan isterinya dengan ibunya sendiri dari segi fizikal.
38. Memakan makanan dan minuman yang diharamkan tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.
39. Memakan bangkai tanpa ada keuzuran syarak.
40. Namimah, iaitu memperlaga-lagakan kedua-dua belah pihak supaya bergaduh.
41. Mengumpat ke atas ahli-ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya dan menghafaz Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Monday, February 15, 2010

BUAT ADIKKU YANG BARU BERJINAK

SELAMAT BERJUANG ADIKKU..
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBIMBING DIRIMU...
KUATKAN HATI, GANDAKAN IBADAH, MURNIKAN NIAT...

PERJUANGAN MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH INI BUKANLAH SUATU PERKARA YG SIA2...TANPA MAKNA...
SEMOGA TERUS THABAT DAN ISTIQOMAH

NUKILAN KHAS BUAT
NUR ANITH BT AB RANI

Wednesday, February 10, 2010

3 benda



oh hati..

kenapa kau berubah...
hilang sudah manisnya satu kelazatan ibadah...
kerana pincang salah satu tarbiyyah,
yang engkau sisihkan setelah lama diamalkan...

oh jiwa...
janganlah meminta tak tentu hala..
kadang-kadang ianya bersifat dunia yang sementara,
ikutkan nafsu badan binasa,
berpandukan Al-Quran selamat selamanya...

oh mata....
halus pandangan itu...
masalah bermula dengan mata...
jika engkau tidak ditundukkan...
akan terjadilah pelbagai perkara...
jika engkau dimanjakan..
dengan indahnya dunia,
hamba yang sepatutnya beribadah itu akan jadi pelupa..
kerana asyik memandang melaluimu...


mataku, jiwaku, hatiku adalah amanah yang perlu ku jaga..suatu hari nanti mereka akan bersuara....
menilai tuannya...bagaimana sepanjang menggunakannnya...

Monday, February 8, 2010

Apa terdetik bila tengok ni...?


apa yang anda terfikir atau terdetik bila tengok gambar ni?siapakah org2 yang pernah anda kenali menyamai aksi ini?

Sunday, February 7, 2010

Sujudlah...inilah saat fikiranmu rendah daripada hatimu...



Assalamualaikum warahmatullah,

Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat
DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.


Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi.
Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.

Hikmah sujud
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
>membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
>membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
>melegakan sakit hernia (burut)
>mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
>melegakan paru-paru daripada ketegangan.
>mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
>kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
>meringankan bahagian pelvis.
>memberi dorongan supaya mudah tidur.
>menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
>pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada,mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .

organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.
JUSTERU, SUJUDLAH PADA ALLAH SWT....

Wednesday, February 3, 2010

SUNGAI DALAM LAUT


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.










HEBATKAN ALLAH SWT...!!TUHAN YANG MENCIPTAKAN SETIAP ISI LANGIT DAN BUMI.......subhanallah...alhamdulillah..allahuakbar...


MENGANTUKNYA!..............
Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua.

Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari.

Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan.

Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air.

Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
keep ur good habit if good....

Tuesday, February 2, 2010

al-fatihah

al-fatihah buat seorg gerakan islam kampus uitm dungun, mohd tajul kamal yang telah kembali kerahmatullah semalam akibat kemalangan jalan raya...semoga segala amal Asy-syahid diterima Allah...amin.

Saturday, January 30, 2010

Tidurlah
Tidurlah
Wahai Ummat Islam
Tidurlah wahai Umat Islam
Tidurlah wahai Umat Islam
Tidurlah
Pejam mata
Tidur minda
Tidurlah wahai Ummat Islam
Tidurlah
Pejam mata
Tidur minda
Ku kisahkan ,ku tuliskan
Wahai Umat Islam
Ku kisahkan ,ku tuliskan
Wahai Umat Islam
Jika kau tidur lena
kau kan kasihkan dunia
Bersifat fatamorgana
Di perhambakan manusia
Bangkitlah
Wahai Ummat Islam
kau akan berjaya
Bangkaitlah
Wahai Umat Islam
Kau akan berjaya
Bebaskanlah minda mu
Bersama rohmu
Bebaskanlah minda mu
Bersama rohmu
Bebaskanlah mindamu
Umat Islam
Tidurlah
Umat Islam
Jangan jaga

Tuesday, January 26, 2010

sedetik sabarmu berharga

assalamualaikum wbt...

sayu sungguh melihat kesungguhan seorang muslimin yang ingin meminang dan menikahi seorang muslimah yang bakal menjadi sayap kiri perjuangannya...dirinya penuh dengan hiasan rasa bertuhan dan meletakkan tawakkal kepada Allah setinggi-tingginya..
namun tak semuanya indah dengan perancangan..adakalanya Allah ingin menguji keteguhan itu...

Muslimat itu berbisik kepada ku betapa terharunya dia terhadap segala pengorbanan dan usaha muslimin itu untuk menjaga keberkatan hubungan tersebut...sunguh2 dijaga..matanya, percakapannya...tindakannya...demi sebuah keberkatan...hubungan yang berkat walaupun sukar akan mendapat rahmat Allah...

Muslimat itu pula walaupun diuji dengan fana dunia, namun sentiasa ditundukkan pada Rabbnya...hatinya merintih sayu kala malam menjelma..bahkan kulihat padanya tidak sabar2 menanti malam menjelma..untuk meredkan resah hati pada Kekasih abadinya...

tunggulah..bersabarlah sahabatku...akan ketemu jua dengan saat yang halal itu.. semoga Allah mengganjari segala pengorbanan dan kesetiaan itu..demi meninggikan syariat Allah berbanding nafsu...

Selamat Bermujahadah...Berdoalah agar kalian sentiasa selamat...=) Wanita acuan al-quran untuk lelaki acuan al-quran....

TM & B

Monday, January 25, 2010

indah sebuah pertemuan

sahabat2 yang dikasihi kerana Allah, teruskan perjuangan...
SEmoga kita semua saling mendapat kekuatan dan keupayaan dalam meneruskan amanah Rasulullah SAW...

rindu pada Rasulullah SAW.... apabila membaca dan mengkaji sirah kehidupan Baginda, terasa diri ini ingin merasai akrab dengan Baginda...mencontohi suka duka berjuang demi kepentingan Tauhid di bumi ini sebelum ajal datang menjemput...

Baginda sangat qanaah dan berhati mulia tetapi tegas dalam isu agama...
Ya Rasulullah SAW...indahnya jika dapat terus menemuimu di sana kelak tanpa perlu menunggu lama dalam neraka...
Indahnya jika diri ini berada dalam barisan tentera mujahidin sewaktu padang mahsyar..di depan barisan itu sudah tentulah dirimu yang memimpin kami...

semoga setiap akhlak Nabi SAW dapat dicontohi sedaya upaya agar hidup yang amat sekejap di bumi ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin...

juang

assalamualaikum wbt...

perjuangan mesti diteruskan walau apa jua badai datang melanda...

Sunday, January 24, 2010

sebuah pemergiaan

terasa sangat hambar........
kurang bersemangat........
merindui sebuah pemergiaan yang diertikan sebagai syahid........
namun terasa diri sangat kerdil.......
berbanding pahlawan syuhada yang lain........

adakah mimpi itu akan menjadi kenyataan?
adakah aku bersedia........?


yang menanti sebuah 'pemergian'
syairah

Sunday, January 10, 2010

Al-fatihah buat sahabat seperjuangan yang telah pergi subuh tadi...

Assalamualaikum

al-fatihah buat dua org sahabat seperjuangan yang cukup ana terasa ikatan rabitahnya walaupun tidak kenal rapat..kedua2nya shbt UPSI yang terlibat dalam satu kemalangan subuh pada isnin, 11/01/2010..

Mohd Faizol Bin Sukor
Mohd Fadhiri Bin Ariffin
Semoga Allah mencucuri rahmat atas keduanya dan ditempatkan bersama org2 yang soleh...ameen...
bila agaknya giliran kita...?adakah kita bersedia...?

Deklamasi puitis dari anak didik yang soleh,HADI SAHNON

Give thanks to Allah,
for the moon and the starsprays in all day full,
what is and what wastake hold of your imandont givin to shaitanoh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir
Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater,
he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the starsprays in all day full,
what is and what wastake hold of your imandont givin to shaitanoh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir
Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater,
he is a sistainer and he is the one who has power

hadi sahnon semasa tamrin sra al-ummah...

Saturday, January 9, 2010

hei..kamu telah pilih dunia...! samb 1

1.kalau sembahyang subuh dah terlewat tapi masih lagi menggeliat, malas2 dan menguap tak tentu pasal..

(ni mesti meeting habis lambat dan rehat utk badan tidak ada...jadi, badan tuntut balik hak dia...maka, terkorbanlah ibadah dan ketaatan kepada Allah..kekuatan pun takde...Tahajjud cinta apatah lagi..)



2.berbual dengan seorang yang bukan mahram baginya dengan berlebih-lebihan tanpa rasa takut dan bimbang adakah dia telah melampaui batas dalam ikhtilat yang dibenarkan dalam syarak...



( berbual di sini adalah tanpa keperluan yang dinyatakan dalam islam..hendaklah diingat bahawa islam melonggarkan ikhtilat dalam beberapa hal keadaan shj.belajar/menuntut ilmu, perubatan, berjual beli, jihad,tengok masa tunang dan ll..)



3. mudah marah-marah dan berhasad pada org lain...



(kekuatan zikrullah telah mulai pudar dalam dirinya..hati ini ada ruang yang kosong.jika tak penuhkan dengan agama, maka syaitan akan penuhkan dengan sifat2 keduniaan, kelaghaan dan kehinaan)...



bersambung...........



gambar ini adalah gambar sebuah kelab malam terbakar di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Thailand...Ya Allah...janganlah Kau akhirkan hayatku sebegini aib...na'uzubillah...

Wednesday, January 6, 2010

hei...kamu dah pilih dunia



Bagaimana nak tahu yang kita dah lalai...?

pola tarbiyyah semakin menurun..?

tanda2 kita makin jauh dgn ikhlas dlm perjuangan?

kita ada masalah hati...?

NNATIKAN KEMUNCULAN KUPASAN INI DALAM ENTRI YANG SETERUSNYA

Tuesday, January 5, 2010

Alam lain

Bila kita belajar tentang dunia jin dan makhluk halus, ia adalah utk diri kita sendiri rupanya.
kenangan semasa berada di tahfiz dan handle beberapa kes histeria dan rasukan ini menyebabkan redupkanhati insaf dalam beberapa perkara :

1. sebelum memulakan sesuatu, lembutkan lidah menyebut Bismillah...
(penumpang yang tidak diperlukan boleh menumpang hasil berkat org yang tak baca bismillah)
2. Jaga kebersihan.sampah kena buang sokmo
3. Jangan biarkan pakaian penuh bergantungan tanpa sistematik
4. mulut jangan celupar
5. Jangan ego, bangga diri atau terlalu penakut
6. kekuatan nawaitu yang ikhlas kerana Allah adalah gabungan kepada ayat2 Al-Quran utk bertambah menjadi power( apabila di baca kepada si fulan )

Saturday, January 2, 2010

Nisa' Mempromosikan Indahnya Islam....

assalamualaikum wbt..

Ya Allah..agak penat.baru balik daripada kl...pagi tadi redupkanhati bersama2 pengarah nisa' kelantan memegang amanah daripada Nisa' negeri ke k.l bagi menghadiri mesyuarat Nisa' pusat...

seawal 7.30 pagi dah sampai ke airport..almaklumlah, takut terlepas flight..namun, kuasa Allah mengatasi segalanya...KAMI TERLEPAS FLIGHT juga....inilah kali pertama pengarah dan redupkanhati terlepas flight...
walaupun pengarah nisa' kelantan, pn Ilvira selalu mengembara ke serata dunia....
dan inilah pertama kali kami menaiki firefly...

memang rezeki bukan milik kami pagi tu...termenung memikirkannya..di manakah silapnya..
flight yang dijangka berlepas 8.55 pagi akhirnya kehilangan 6 org penumpang termasuk kami berdua....biarlah..bisik redupkanhati pada pengarah kami..mungkin kita kurang bersedeqah..

lantas kami menunggu di kaunter firefly kalau2 ada flight kemudian...namun hampa..paling awal 4 petang..

setelah itu,kami berpusing2 di kawasan airport..kami memaklumkan kepada s/u nisa' m'sia dan pengarahnya, DR ROSNI..kami mencadangkan agar dibuat video cam menerusi ym..tapi sudah pasti ianya tidak memuaskan hati lantaran perbincngan kali ni amat penting..

setelah saling berpandangan, kami menuju ke kaunter AirAsia....
lalu berlakulah proses mengutip sisa2 duit utk terus mendapatkan tiket...itulah..mungkin kami kurang bersedeqah..dan ianya menjadi pengajaran buat kami...sedangkan pada masa itu, mesyuarat telah pun bermula di kl sedangkan kami masih di kota bharu...paling awal 11.45pagi bertolak dan mesyuarat bermula jam 10 hingga 4.30 ptg..

aduh...terlepas slot pagi...

namun kami tetap berikhtiar utk mendapatkan inputnya nnti..

setelah terbang di awan biru, selamatlah kami smpai di lcct..dismbut oleh suami DR rosni DAN ANAK2NYA...

inilah anak2 dr rosni..hadi dan syahidi..anak murid redupkanhati juga dahulu...gelaran 'ustazah' diberikan kepada redupkanhati meskipun redupkanhati tidaklah mengajar subjek agama di situ..

walaupun hanya 4 jam di kuala lumpur,namun agak berbaloi kerana mendapat input yang sangat penting untk dakwah di bumi kelantan nanti..berpaksikan Islam, berorientasikan dakwah islamiyyah dan menjadikan Nisa' sebagai wadah.. nantikan beberapa aktiviti2 menarik yang kita akan pestakan bersama2...

terima kasih kepada dr rosni kerana menumpangkan kami balik ke kelantan smbil2 menghantar anak sulungnya, syahidi ke MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFFIN di tumpat, kelantan..
syahidi nnti kena betul2 jaga akhlak, ibadah, akademik..kena hafaz Al-Quran...seronok redupkanhati dengar yang maahad tu sepatutnya nak buat graduasi sampai form 5 tapi terpaksa di awalkan kerana dah form2 pun habis dah hafaz Al-Quran...siap boleh tulis lagi tulisan Al-Quran menjadi sebuah kitab...

HEBAT AGAMA HEBAT SAINS...

Antara program2 NISA' KELANTAN susunkan buat permata2 hati ISLAM ialah :

1.Jambori Nisa' pada 11,12,13 mac 2010..tempat dimaklumkan kemudian..

best sgt..memang adventure...ala2 camping.masak sendiri.tido dlm khemah..ada aktiviti fizikal dan mental..biasanya kalau buat jambori mesti ramai ayng berminat sampai kami kena pertimbangkan banyak permohonan..jadi kena confirm awal2 yea..umur dlm 15-30 tahun utk perempuan shj..

2. Konsert Nisa'..bertemakan konsep AURA UNGGU...

akhir bulan januari atau awal feb 2010 ni dijangka bertanding peringkat kawasan dulu..

19hb mac 2010 adalah rehearsal konsert nisa' peringkat Negeri 20hb mac 2010 adalah pertandingan KONSERT NISA' peringkat Negeri Kelantan

hadiahnya sgt lumayan..rugi..masuklah.kami berhempas pulas cari tajaan...memnag kalau peringkat negeri hadiah pertama sampai RM1000...kalau peringkat Kebangsaan pada bulan April nnti dijangka RM3000

Konsert Nisa' ni ada dua bahagian iaitu solo dan berkumpulan..bebas nak nyanyi lagu apa asalkan bukan heavy mental, rock, berunsur lucah, sensitif..nnti kami upload iklannya yea..

3. Pertandingan Pidato peringkat Negeri pada 3 julai 2010
ni pun melalui peringkat kawasan dahulu baru peringkat negeri...
hadiah juga agak lumayan..

4. Kembara Anak Muda..

ni macam program anak angkat laa...

best..kita buat ikut Dun..kan Kelantan ada 45 Dun...
jadi sila rujuk Dun masing2 lepas ni yea.. tiada tarikh ditetapkan lagi tapi paperwork dah naik..

5. Nisa' Small Kindness..

10 april 2010 - Hospital K. Krai
8mei 2010 - Hospital Tumpat
12 Jun 2010 - Hospital Pasir Mas
7 Julai 2010 - Hospital Gua Musang
11 Sept 2010 - Hospital K. Bharu
09 Okt 2010 - Hospital HUSM
13 nOV 2010 - Hospital Machang
11 Dis 2010 - Hospital Pasir Puteh..

Nisa' Small Kindness ni nak dedahkan Jundi2 Nisa' ni dengan bantuan kemanusiaan dan kali ni kami pilih Hospital utk dilawati..sedih sgt sebab dapat berita Golongan Budhaa selalu buat dan mereka bagi macam2 kepada patient..patient ni akan rasa terhibur bila ada org ziarah, kan...
Islam lah patut No. 1 dalam misi kebajikan ni, kan...so, harap sgt shbt2 Nisa' kat luar sana tu join kami..

sekarang juga kami dalam proses menunggu kata putus nasib Rumah Perlindungan Wanita kelantan yang cuba diusahakan oleh Nisa' Kelantan untk menjaga kebajikan wanita2 yang mengalami masalah sosial, hamil anak luar nikah, tiada tempat perlindungan..
tempat dah ada, rumah dah ada cuma kena perbaiki sikit..kosnya agak tinggi utk buat pengubah suian..jadi, sesiapa yang ingin menyumbang (tangan kanan memberi tetapi tangan kiri tidak mengetahui) bolehla terus hunbungi nisa' kelantan yea....=)

di bawah ni redupkanhati sertakan gambar2 rumahnya semasa lawatan Nisa' Kelantan ke tapak rumah ini yang disedeqahkan oleh seorang hamba Allah..dia sedeqah rumah dan tanah sekali..HEbat sungguh keikhlasan dan hubunga dia dgn Allah swt padahal bila redupkanhati tengok tuannya, sederhana sahaja..mungkin dia nekad nak kaya di akhirat..sebab harta sebenar kita adalah harta yang berjaya kita 'hantar' ke sana nanti..


Nisa' Kelantan sedaya upaya menyajikan santapan rohani yang terbaik buat anak2 kelantan.justeru, kami sangat mengharapkan bantuan, pandangan dan sumbangan daripada org ramai meskipun kami berhempas pulas mencari penaja..huhu..susah juga yea nak cari tajaan skrg...di manakah wahai sang pemurah2 hati sekalian...=)


hotline Nisa' : 019-9898207

Friday, January 1, 2010

Usaha + Ikhtiar + Tawakkal...rupa2nya jika kita benar2 kerana Allah, Allah bagi lebih daripada apa yang kita sangkakan...

yakin dengan diri sendiri...

Sesungguhnya, kita adalah apa yang kita fikirkan dan Allah bersama sangkaan kita..

Dulu pernah diri ini berikhtiar 2009 is my lucky year..alhamdulillah..berkat usaha banyak yang diterima..

dapat keta, dapat kerja di tempat idaman, dapat tubuh syarikat sendiri, dapat join group motivasi, dapat masuk tahfiz, dapat join jemaah kelantan, dapat berkenalan dengan seorang sahabat sejati yang amat indah akhlaknya...

jadi, tertanamalah azam bukan hanya 2009 is my lucky year but every year..
kena tunjukkan Islam itu HEBAT..bukan kita yang HEBAT.. tetapi Allah lah yang jauh lebih HEBAT..

Wednesday, December 30, 2009

Mencari Partner Rumah sewa Muslimah SHJ

>Belakang Petronas, Demit(dekat dgn HUSM)
>Setingkat, ada air-cond, dapur, katil, kerusi, almari.....
>Sewa Bulanan insyaAllah dalam lingkungan RM100 shj..

KEUTAMAAN KEPADA SHBT2 YANG NAK BERGIAT AKTIF DGN NISA' KELANTAN

0139870277

Saturday, December 26, 2009

wacana

assalamualaikum wbt..

sekadar perkongsian tentang video Wacana Perdana di Kelantan Trade Centre...
selamat menimba ilmu

http://khadim-alquran.blogspot.com/

biarkan ku pinjam teladan tabahnya hatimu

assalamualaikum wbt...

suatu ketika, rindu pada seorang sahabat2 membuak2...
Rindu kerana dia seorang teladan muslimah solehah...
tabahnya dia ketika menyesuluri liku2 hidup yang sukar utk org lain mengerti walaupun mereka tahu..

Ku lihat....
Dirinya sungguh indah..kesan wudhuk pada wajahnya benar2 berkesan..
santun kakinya diayun melangkah...
tertib bibirnya berbicara...
satu demi satu perkataan menerjah keluar daripada percakapannya...Bimbang mendatangkan dosa yang mungkin disedari atau tidak..
setiap kali cuti yang terluang pasti dirinya meng'uzlah'kan diri di pusat pengajian pondok..

Biarpun bergelar muslimat, tetapi sahabatku ini sungguh kuat diuji dgn fitnah dunia dan sihir.
mungkin dirinya cukup ayu dan cantik... Mendebarkan hati setiap anak mata yang memandang..
Tetapi sungguh katanya, biarpun banyak mehnah datang hatinya cukup bersih mahu mengingati Allah dan menjadikan Allah itu matlamat cintanya...
sudah lama kuperhatikan dirinya..setiap kali berbicara tentang Allah, pasti terpejam matanya dan terukir senyuman pada wajahnya..mungkin mengingati indahnya di saat sunyi antara dia dan Allah...

Kali teakhir ku lihat dirinya sebelum kami berpisah ialah ketika ku datang menziarahi keluarganya yg kuat terkena sihir..
pantang lalai pasti mudah sihir itu terkena...Tergaman aku mendengar bicara seorg ust mengenai dirinya.."Mereka hanya boleh ganggu luaran sahaja tetapi hati tidak kerana pemilik hati ini cukup kuat ikatannya dgn Allah..."

Seraya berkali2 meminta maaf kerana tidak dapat menjemputku naik ke rumah tetapi hanya bersila di tangga, dia masih tersenyum tetapi air mata tetap laju mengalir..berkali2 bibirnya mengucapkan syukur pada Allah atas lawatanku dan meminta maaf kerana tidak dapat melayan tetamu..dia tetap memandang kami dgn penuh kasih sayang...

Alangkah baiknya dia...

dari luar, ku terdengar bacaan Al-Quran diputarkan menghiasi ruang rumahnya..
Semoga Allah sentiasamu, SAHABATKU...

Sungguh, tabahnya hatimu.

Wednesday, December 23, 2009

indah



Kagumnya..
bila nak jadi tetamu Allah ye...
harap2 dapat menjejakkan kaki bersama suami nanti di sini
Doa yg baik2 ukt keturunan..
InsyaAllah.........

Tuesday, December 22, 2009

lupa

LUPA LETAK BUKU TAKPA...LUPA PELAJARAN SIKIT2 TAKPA.. LUPA NAK CONTECT SAUDARA ATAU KAWAN TAKPA..LUPA SIMPAN DUIT KAT MANA TAKPA.. LUPA SAMBUT HARIJADI MAK TAKPA.. TAPI BILA LUPA PADA LLAH SWT, TIADA GUNAPUN JIKA INGAT SUMENYA DALAM DUNIA INI...

Tuesday, December 15, 2009

Kem Solat dan Pengurusan Jenazah 2009


Tarikh:
25 – 27 Disember 2009 (Jumaat – Ahad)

Tempat:
Masjid As-syakirin, Gombak

MAKLUMAT PROGRAM
Program ini memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan akidah dan bahaya syirik. Selain itu, program ini mendedakan peserta secara teori dan praktikal solat serta pengurusan jenazah mengikut conton nabi s.a.w. Peserta juga akan di dedahkan dengan adab-adab yang di ajarkan nabi dalam kehidupan seharian seperti makan, tidur, dan sebagainya.

PENDAFTARAN
Yuran peserta = RM80.00 seorang
35 orang peserta lelaki ( 12-18 tahun)
35 orang peserta perempuan( 12-18 tahun)
Barangan yang perlu dibawa- pakaian untuk belajar, solat, bersukan dan tidur. Bantal, selimut, toto (tilam tidak disediakan), peralatan mandi dan alat tulis. Alat tulis.
Tidak digalakkan membawa barang berharga untuk mengelakkan kecurian.

MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau ingin membuat pendaftaran, bolehlah menghubungi wakil pihak kami melalui saudara fathi (pendaftaran peserta lelaki) di talian 0193652864 atau saudari ummil ulfah (pendaftaran peserta perempuan) di talian 0133087012. Terima Kasih atas kerjasama anda.

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Bank Islam atas nama

Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon ( akaun khas program):
14-162-02-014192- 0 (Bank Islam)


Perhatian :
Kepada peserta yang membuat bayaran yuran melalui akaun bank islam, di harap dapat memaklumkan kepada pihak kami dengan lebih awal untuk kelancaran pengurusan dan salinan slip pembayaran beserta boring ini hendaklah di bawa pada hari pendaftaran.
Alamat tempat program : Masjid as-syakirin, Batu 5 1/2 Jalan Gombak, Taman Gombak Jaya, 53000 Kuala Lumpur
(Berdekatan Balai Polis Gombak)

Tarikh Tutup Pendaftaran: Isnin 21 Disember 2009
Klik di sini untuk memuat turun borang penyertaan
http://intisonline. files.wordpress. com/2009/ 12/kem-solat- n-jenazah. pdf


TENTATIF PROGRAM

.25 Disember 2009, Jumaat
03.00 pm : Pendaftaran
04.00 pm : Taklimat program kepada peserta
04.30 pm : Solat Asar
05.00 pm : Ice-breaking
06.00 pm : Khidmat Diri
06.30 pm : Makan malam
07.00 pm : Solat Maghrib
07.30 pm : Kuliah Akidah
08.30 pm : Solat Isya̢۪
09.00 pm : LDK 1- Thaharah
10.30 pm : Minum malam
11.00 pm : Zikir dan doa tidur
11.15 pm : Tidur

26 Disember 2009, Sabtu
04.45 am : Bangun dan khidmat diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Halaqah al-Quran
07.00 am : Riadhah
07.45 am : Sarapan
08.00 am : Khidmat Diri
08.15 am : LDK 2- Solat
09.30 am : Rehat
10.00 am : LDK 3- solat dan solat jenazah
11.15 am : LDK 4- Adab-adab seharian
12.00 pm : Rehat
12.30 pm : Makan tengahar
i12.45 pm : Khidmat diri
01.15 pm : Solat Zuhur
02.00 pm : LDK 5- mandi jenazah dan kafan
04.00 pm : Rehat dan minum petang
04.20 pm : Solat Asar
05.00 pm : Riadhah
06.00 pm : Khidmat diri
06.30 pm : Makan malam
07.00 pm : Solat Maghrib
07.30 pm : Kuliah- Anak Soleh
08.30 pm : Solat Isya̢۪
09.00 pm : LDK 6- adab-adab seharian
09.20 pm : Presentation adab-adab seharian
10.30 pm : Minum malam
11.00 pm : Zikir dan Adab Tidur
11.15 pm : Tidur

27 Disember 2009, Ahad
04.45 am : Bangun dan khidmat diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Muraja̢۪ah
07.30 am : CURHAT (Curahan Hati)
07.45 am : Khidmat diri
08.00 am : Minum pagi
08.30 am : Test 1 (Praktikal Wudhu, solat dan solat jenazah)
09.30 am : Rehat
10.00 am : Game jenazah
11.30 am : Ujian bertulis
12.00 pm : Rehat
12.30 pm : Makan tengahari
12.45 pm : Khidmat diri
01.15 pm : Solat Zuhur
02.00 pm : Majlis penutup
02.30 pm : Penyerahan kad laporan
03.30 pm : Bersurai

fikiranku

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna(Az-Zumar ayat 9)

Monday, December 14, 2009




'kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..


Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T


Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad, (Al-Ghazali)"


Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..." -Imam Malik-


Kalau kita berada di alam tabii yg indah,
kita tdk terasa keindahannya,
bukan ertinya alam ini tdk indah,
tp jiwa kitalah yg tdk indah..

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.





Kesedihan itu lumrah.
Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetapi menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.



Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM,
tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan Agama menjadi sendi.


Pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup Dan kalau tidak berpenjaganya,binasalah hayat. Krn org yang terhormat itu,.. Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.





Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..

Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan........


"People wil forget what you said,
people will forget you did,
but people will never forget how you made them feel..."


Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness..


Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,

Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...


Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi
Ilmu penyuluh hati yg bersih,


Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...


Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit Namun dapat menjadi petunjuk


Keselamatan sesaorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya


Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan


Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk


Malu daripada lelaki adalah bai
Tetapi daripada perempuan lebih baik


Adil bagi setiap orang adalah baik,
Tetapi daripada pemerintah lebih baik


Taubat daripada pemuda adalah baik
Tetapi daripada orang tua lebih baik


Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik"


Tunjangkan resah mu di dada solat, Himpunk' peritmu digenggaman doa, Tutupi kekecewaan dgn taqwa, Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati". Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan... >>

permata ayah bonda







tanyalah diri kita adakah kita ini merupakan permata ayah bonda?








janganlah pula kita menyusahkan ibu bapa waluapun mereka rela...

berdoalah utk mereka kerana kelak kita juga akan didoa oleh anak-anak kita.....
persiapan utk menjadi permata kepada anak-anak nnti adalah tabiat yang baik, akhlak yang mulia , keimanan yang teguh kepada Allah boleh menghasilkan benih yang baik utk generasi akan datang...marilah bersama berusaha

Saturday, December 5, 2009

Doaku



Allah menyembunyikan saat dimakbulkan doa pd hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa sepanjang harinya. Allah menyembunyikan masa mati supaya kita sentiasa beramal ibadat dan mentaati Allah sepanjang waktu. Maka perbanyakkan amalan moga kita akan tergolong dikalangan hamba yg bersyukur