Thursday, July 30, 2009


4 GOLONGAN LELAKI YG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.




Wednesday, July 29, 2009

Tuesday, July 28, 2009

Dorong hati untuk mendekati khusyuk

Dorong hati untuk mendekati khusyuk




Apabila hati berpaling kepada selain dari mengingati Allah ketika solat, maka tolonglah hati itu dengan memberi peringatan kepadanya bahawa Allah itu amat mengetahui kedudukan hati ini. Sesungguhnya amat bodoh orang yang bermunajat kepada Allah sedangkan hatinya lalai.

Seorang yang bermunajat dengan Allah bererti ia amat memerlukan sesuatu dari Allah, amat mustahak dan begitu penting, ibarat seseorang mempunyai hajat terhadap seorang lain, oleh kerana hajatnya itu begitu besar dan mustahak maka ia terpaksa bertemu hanya empat mata. Selain itu cara menyampaikan hasratnya itu begitu rahsia, kerana mungkin ia sedang keputusan wang belanja atau keputusan keperluan dapur dan sebagainya, lalu ia ingin berhutang dengan rakannya itu oleh itu ia terpaksa berbisik-bisik supaya tidak diketahui oleh orang lain.








Tentunya lebih hebat lagi pengertian munajat seorang hamba terhadap Allah, kerana yang hendak dipinta dari Allah ketika munajat (solat) itu sudah pasti perkara yang lebih penting dari keperluan duniawi, bahkan yang dipinta dari Allah ialah taufiq, hidayah, iman, rahmat, pengampunan, pimpinan dan bimbingan kepada hatinya agar tidak lalai terhadap Allah.

Tetapi alangkah buruknya hati seseorang yang sedang bermunajat kepada Allah dengan hati yang lalai, adalah mustahil jika seseorang itu benar-benar berhajat kepada Allah ia masih boleh lalai dalam munajatnya dengan Allah. Sedangkan ketika seorang hendak mendapatkan bantuan atau pertolongan dari rakannya, ia sanggup merintih, berbisik-bisik dan merayu dengan suara yang merendah dan bersungguh-sungguh. Maka mustahil ia boleh terlalai kerana ia benar sedang memerlukan bantuan dari sahabatnya itu.

Oleh itu segeralah memberikan pertolongan kepada hati yang lalai ketika bermunajat kepada Allah, dengan mengingatkan ia bahawa bila seseorang itu berhasrat hendak bertemu dengan Allah melalu solat bererti ia amat memrlukan. Pertemuan itu amat penting dan ia mesti dihargai dengan mengajar diri sendiri agar berusaha menghindari sifat lalai itu.

Untuk menjauhkan kelalaian itu dipaksa hati agar ia ingat akan Allah, dengan sentiasa mengawal wajah hati dari berpaling kepada Allah dengan khusyuk. Kerana apabila batin telah khusyuk maka segala perbuatan yang lahir juga akan menjadi khusyuk.

Bila anggota lahir melakukan gerakan yang tidak perlu seperti menyapu muka, mengurut janggut, membelai hujung serban dan sebagainya ini menandakan hatinya tidak khusyuk. Jasad manusia ibarat rakyat, hati adalah pemerintahnya, sudah tentu rakyat akan bekerja menurut arahan permerintahannya. Demian juga sifat khusyuk itu akan mempengaruhi perbuatan yang lahir.

Oleh itu Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:-

"Ya Allah perbaiklah para pemimpin dan orang-orang yang dipimpin." Pemimpin dan orang yang dipimpin itu bukan sahaja bermaksud pemerintah atau raja dan rakyat, tetapi juga pengertian pemimpin dan orang yang itu termasuklah hati dan anggota jasad. Wallahualam.


dipetik dari Tazkirah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sunday, July 26, 2009

cinta sejati


<

strong>

CINTA SEJATI



Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak
dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu,
turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang
taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama
mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-
orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .

Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata
akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.

Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Saturday, July 25, 2009

tahniah firdaus




tahniah...

Buat anak didik, akhi firdaus..

hari khamis(30 july) ni bakal menamatkan hafazan 30 juzu' al-quran di usia 13 tahun..

smg Allah menambhakan kefahaman agama kepadamu...

Wednesday, July 22, 2009

perasaan luar biasa-perkongsian dr fadzilah kamsah

Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... ..
Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

fesyen utk jalan jauh




nak pilih fesyen lagi...?
dah tak boleh dah...
kain sendat2 je...
dipakaikan pula oleh org lain...






jalan jauh
tetapi...
bekalan sedikit...
astaghfirullah...



hati wanita....

antara dua wajah..
yang tersembunyi dan zahir...
wanita yang menjadi inspirasi adalah wanita yang pandai bersembunyi..

hatinya yang ikhlas tiada dipendekarkan..
jiwanya yang membelai tiada dihebohkan...
pengorbannya yang ternilai tiada dibicarakan...

akhlaknya terpuji dan menjadi inspirasi...
yang kumbang datang ditolak tepi...
bukan membenci apatah berhati besi..
tetapi sekadar ingin mewarisi...
tuntun budi si muslimah sejati...
hanya berkasih kepada suami...

sahabat yang beerti




Apa nilai persahabatan jika hanya tahu memuji dan mengiakan...
Apa nilai persahabatn jika hanya banyak memendam rasa...
tidak tahu bagaiamana utk menambah nilai kepada sahabat yang sedang disahabatinya..

Sahabat yang baik ialah
apabila terpandang wajahnya teringat Allah..
bercakap dgnnya menambah ilmu agama
melihat tingkah lakunya teringat mati..

jadilah sahabat yang mngerti dan tahu diertikan...

oleh
SAHABAT

Monday, July 20, 2009

bila bersahabat dgn seorang yang solehah


Seorang sahabat datang menyapa sambil menguntum sebuah senyuman..
Disebalik wajah yang tenang, dia mula mengatur bicara..

"kak sya... bila Allah ingat kat kita?"
Aku tunduk sambil mula berfikir...
jawab seorang sahabat yang kebetulan melewati kami.. " bila kita dilanda ujian itulah tanda Allah mengingati kita..."

Dia tersenyum lalu menambah... " betul... tetapi sebenarnya seorang sufi pernah berbicara yang antara tanda Allah ingat pada kita ialah apabila kita ingat atau terlintas ingatan pada ALLAH.. "

aku menarik wajah kepadanya...kasihku pada sahabat di hadapan ku makin bertambah... seraya hatiku bermonolog... 'kaulah sahabat.. kaulah teman dalam perjuangan ini....'

tangisku bagaimana....?

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Saturday, June 27, 2009





Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api
di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya

memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api

dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as

pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api

neraka iaitu Zabaniah.



Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk
dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.


Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?


Jibril : sebesar kurma...


Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan
cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.


Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...


Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di

dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada
suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah
untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan
supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa
ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah
tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu
terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di
syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70


Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di
atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit
itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut
dan dihantar semula ke neraka.


Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang
sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung
berapi dan lain lain lagi.


PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan
hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana
dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Sunday, June 21, 2009

Generasi hebat al-quran hebat sains

alangkah hebatnya mujahadah mereka... dapat menghabiskan hafalan dalam 1tahun 3 bulan sahaja... betapa kagum mendengar sudah ramai yang bergelar doktor al-hafiz dan doktor al-hafizah... bijak al-quran bijak sains... semoga dapat memahami tafsir al-quran pula... kalaulah pencapaian manusia begini kita sudah kagum dan teruja,apatah lagi kuasa kehebatn Allah yang jauh lebih hebat... Subhanallah..alhamdulillah..ALLAH HUAKBAR...!!!

Saturday, June 6, 2009


kak long ku....
penawar hatimu terdapat dlm wahyu..
samaada kitabullah mahupun sunnah...
kenikmatan sanubarimu ada dlm keimanan..
kesenangan hatimu ada dlm sembahyang..
keselamatan hatimu bermuara pada keikhlasan dan
ketenangan jiwamu bergantung pada sifat redha..
senyuman yg terukir di bibirmu adalah lukisan kesucian hati..
jilbabmu menjadi pelindung diri....

Wednesday, May 27, 2009

akan ku nanti




SRA AL-UMMAH... dalam kenangan.. kesempatan mencurahkan bakti di sini pasti mencuit hati ini... banyak pentarbiyyah yang dapat baik daripada para pelajar hingga staff2nya...
semoga berpeluang melawat AL-UMMAH lagi...
buat anak2 didik yang selalu phone cikgu..terima kasih...

Saturday, May 9, 2009

Singgahsana untuk Islam

Singgahsana impian untuk Islam...

adalah tempat istirehat para pejuang Islam
tempat ibadah dan penyucian jiwa para hambaNya

tempat ini
adalah tempat bertambahnya cinta manusia kepada Illahi..

jadilah batu-bata untukmenyiapkan singgahsana Islam..!

Wednesday, April 29, 2009












TAWARAN PENGAJIAN - MAAHAD TAHFIZ PUBIMAS AL-AMIN
1. Tahfiz Sepenuh Masa2. Tahfiz Harian / Akademik 3. Tahfiz Harian4. Kelas Iqra' / Nazirah & Tadika5. Kelas Terjemahan Harfiah

1. Tahfiz Sepenuh Masa (TSM)


- Terbuka kepada lelaki dan perempuan- Berumur 10 tahun ke atas/SPS/Lepasan Ijazah- Mengenal serta lancar Bacaan al-Quran- Berminat untuk membaca dan menghafal al-Quran- Pelajar yang tidak mengenal al-Quran akan diberi bimbingan- Asrama yang selesa disediakan
nota : Pemilihan dibuat melalui temuduga.
Silibus- Hafazan al-Quran- Belajar Kitab (Feqah, Tauhid, Hadis dll.)- Tafsir al-Quran- Bahasa Arab- Harfiah- Tajwid dan Taranum- Fardhu Ain dan Amali Solat 5 Waktu

- Terbuka kepada lelaki dan perempuan- 5 hari dalam seminggu- Tiada had umur- Berminat untuk membaca dan menghafal al-Quran
nota : Pemilihan dibuat melalui temuduga.
Silibus- Hafazan al-Quran- Belajar Kitab (Feqah, Tauhid, Hadis dll.)- Tafsir al-Quran- Bahasa Arab- Harfiah- Tajwid dan Taranum- Fardhu Ain dan Amali Solat 5 Waktu- Bimbingan Akademik (UPSR/PMR bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan)- Bahasa Mandarin

2. Tahfiz Harian/Akademik
3. Tahfiz Harian



- Terbuka kepada lelaki dan perempuan- Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah- Mengenal dan lancar bacaan al-Quran- Pelajar Lepasan SPM/Ijazah yang berminat
Silibus- Juz Amma- Surah Pilihan- Sajadah- Yaasin- Ar-Rahman- Al-Waqi'ah- Al-Mulk- Al-Insan dll.- Juzuk 30
nota : Sekiranya pelajar telah tamat hafazan surah pilihan, mereka boleh meneruskan bacaan sehingga 30 juzuk.

- Terbuka kepada lelaki dan perempuan- Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah- Kurang mengenal dan kurang lancar bacaan al-Quran- Untuk Tadika, kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 6 tahun.
Silibus- Iqra' 1 hingga 6- Bacaan al-Quran juzuk 1 - 30- Fardhu Ain dan Amali Solat 5 waktu

4. Kelas Iqra/Nazirah & Tadika

5. Kelas Terjemahan Harfiah
- Terbuka kepada Dewasa (lelaki dan perempuan)- Terbuka kepada Remaja (lelaki dan perempuan)- Pengajian berkumpulan
Silibus- Mempelajari sistem terjemahan al-Quran secara harfiah sehingga tamat 30 juzuk atau sehingga mampu untuk menterjemah sendiri.- Asas Bahasa Arab, Tatabahasi al-Quran, Ilmu Nahu dan Soraf.- Memahami ayat al-Quran atau Tafsir dengan jelas.
6. Kelas Amali Solat- Ahad hingga Rabu- Masa selepas maghrib - isya'
7. Kelas Bimbingan Jawi- Setiap Sabtu (8.30 pagi - 10.30 pagi)
8. Kursus Tahunan Cuti Sekolah Akhir Tahun- Pendaftaran dibuka sebulan sebelum bermulanya cuti sekolah akhir tahun- lelaki dan perempuan- berumur 9 hingga 16 tahun.

Hak Cipta Terpelihara © 2002-2009. Pubimas al-Amin.

pusat ilmu hafiz/ah


pusat ilmu untuk pelajar hafiz/ah...
peluang mengajar di sini sambil belajar
assalamualaikum wbt...

seorang guru diperlukan di Maahad Tahfiz Pubimas Al-Amin, Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

subjek yang perlu diajar :

PMR - sains
- english

Tingkatan 1&2 - matematik
- sains
- english

UPSR (BM, SC, BI, MATH)

kekosongan adalah diperlukan segera....

kelebihan menjawat jawatan di sini :
- elaun warden
- makan 5x sehari percuma
- tempat tinggl percuma
- boleh belajar kitab dan berpeluang menghafal Al-Quran
- hanya 2 jam mengajar sehari ( 11am-12pm & 9pm-10om)

saper2 yang kerja sendiri tapi nak minta kerja di sini boleh sebab ngajar hanya 2 jam sehari.

p/s ; harap ada pengganti secepat mungkin..kesian para pelajar yang nak periksa PMR dan UPSR.jangan risau anak2 hafiz dan hafizah kat sini baik2...

segala pertanyaan rujuk ana. syairah 013-9870277
layari : www.pubimas. com

Saturday, April 11, 2009

lupa yang ni kena tobat

LUPA LETAK BUKU KAT MANE TAKPA...LUPA PELAJARAN SIKIT2 TAKPA.. LUPA NAK CONTECT SAUDARA ATAU KAWAN TAKPA..LUPA SIMPAN DUIT KAT MANA TAKPA.. LUPA SAMBUT HARIJADI MAK TAKPA.. TAPI BILA LUPA PADA ALLAH SWT, TIADA GUNA PUN JIKA INGAT SUMENYA DALAM DUNIA INI...

lupa yang ni kena tobat

LUPA LETAK BUKU TAKPA...LUPA PELAJARAN SIKIT2 TAKPA.. LUPA NAK CONTECT SAUDARA ATAU KAWAN TAKPA..LUPA SIMPAN DUIT KAT MANA TAKPA.. LUPA SAMBUT HARIJADI MAK TAKPA.. TAPI BILA LUPA PADA LLAH SWT, TIADA GUNAPUN JIKA INGAT SUMENYA DALAM DUNIA INI...

Sunday, November 2, 2008

zaeff


nama : Mohd Zaef
Tahun : 1 umar al-khatab
umur : 6 tahun
bakat : mengurut guru2 yang masuk kelas

Saturday, October 25, 2008

graduan

assalamualaikum wbt.. tahniah buat pelajar2 yang baru bergraduat...
kejayaan tanpa ilmu dan amal tidak ke mana...

Thursday, September 11, 2008

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG..satu-satunya sekolah jemaah kita....















ASSALAMUALAIKUM WBT...

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG...!
Pendaftaran dibuka sekarang untuk sesi kemasukan 2009
DarjAh 1-6


PENGENALAN :

SRA SRI AL-UMMAH telah ditubuhkan pada tahun 1992.Dengan berpandukan kepada asas penubuhan sekolah ini yang mahu melihat generasi muda diberi pendidkan Islam secara kosisten, SRA SRI AL-UMMAH menjanjikan pendidkan yang dapat membentuk generasi rabbani yang mulia,berdedikasi dan cemerlang... Ia digerakkan oleh para pendidik yang ikhlas dan bekerja tanpa bermotifkan keuntungan, maka SRA SRI AL-UMMAH terus istiqomah dan komited bersama rakyat untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan bertaqwa..



YURAN :

Pendaftaran : RM 50.00
Tahunan : RM 100.00
Bulanan biasa: RM 130.00
Bulanan Tahfiz : RM 150.00


WAKTU PERSEKOLAHAN

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 3.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi - 11.45 pagi


PENGANGKUTAN
Pengangkutan disediakan bagi kawasan yang berdekatan.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pelajar Lelaki

- Baju kemeja hijau muda dan seluar biru tua
- jubah putih (jumaat)
- kasut dan stokin hitam


Pelajar Perempuan :
- Baju kurung hijau muda dan kain hijau tua
- tudung putih
- jubah hijau tua
- kasut dan stokin hitam


PEPERIKSAAN
UPKK - Ujian Penilaian Kelas KAFA
PSRA - Penilaian Sekolah Rendah Agama
UPSRA - Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

ISTIMEWANYA AL-UMMAH
- solat zohor berjemaah
-makan tengah hari percuma
- makan dalam dulang
- hafaz Al-Quran dan Hadith
- sesi pembelajaran seperti sekolah harian biasa.
- pendidik merupakan lulusan Ijazah daripada dalam dan timur tengah
- terdapat kelas intensif dan kelas tambahan khusus
-pendidik merupakan pendokong gerak kerja Islam...

BERMINAT ??????



Sila hubungi.......
Pejabat 03-92835890
Ustaz Wan Hairul 019-3090987
Ustazah Mahfuzah 013-3305909 / 019-6204707
Cikgu Suhaizan 013-2822011
Cikgu Fatma Zuhra 017-3010103








































Tuesday, September 9, 2008

carilah..pasti jumpa jalannya... cuma nak ke tak nak...

Betul kata seorang sahabat,tarbiyyah itu ada di mana sahaja dan setiap ketika.. Tidak kira apa yang terpaksa dilalui dan dialami,ia boleh dijadikan satu proses peningkatan tahap keimanan, meneguhkan kecintaan kepada Allah swt dan menjadikan kita tegar dalam wadah perjuangan…


Kenapa begitu?

Kita ini,jika jenis yang dah faham perjuangan Nabi SAW, dapat pula hayati apa rasa Nabi SAW ketika berdakwah, apa cabaran Nabi saw ketika Islam mula2 disebarkan dan apa jerit perih Nabi SAW, ditambah pula jenis yang suka menjaga kesempurnan solat, AL-QURAN dibawa ke hulu hilir, punya pula hati yang telus dan gementar dengan ayat-ayat ALLAH SWT, jadi kalau dicampakkan ke mana sahaja, di situlah Islam akan tumbuh segar, berkembang macam bunga2 bila dah kembang….


Segala benda dijadikan tarbiyyah buatnya..org lain rasa biasa je kat tempat tu, tapi baginya ia merupakan satu anugerah tarbiyyah yang tak ternilai untuknya…. Memang jenis yang suka bersyukur dan menghargai…

Sebenarnya, watak di atas saya tujukan buat seorang sahabat yang tidak diberi kesempatan mengenal gerakan Islam di alam kampus tetapi mendapat pentarbiyyahan ketika bekerja di sini, SRA SRI AL-UMMAH….


Dia seorang muslimat, rockers pula tu….mula2 bekerja di sini,memang beg baju pun tak packing dalam almari kerana dah pasang niat cukup 3 hari dia nak cabut… saper nak duk kerja sini dengan gaji yang murah,tapi kitalah guru,kitalah kerani,kitalah warden,tukang kebun,tukang cat bangunan sekolah,tukang kemas stor…semua subjek kena pandai sebab nak ajar budak2…almaklumlah dia tak pernah rasa susah seperti yang dialami dlm gerak kerja Islam kampus… tambahan pula tempat di sini tak macam sekolah, dalam dewan di tingkat bawah itulah perhimpunan pagi,itulah juga tempat solat, juga dewan makan, juga kanteen… kadag2, syiling bocor,habis kelas anak-anak di sini banjir… jadi penolong kanan pun mengarahkan anak-anak lelaki menyapu air keluar,kelas juga terhenti seketika… kadang2, papan putih dah nak roboh,maka anak-anak lelaki pun segera membaikinya…saya sgt kagum…mereka tak perlu disuruh…tak mengeluh pun..nampak je ada benda yang nak rosak segera dibaiki secara BERJEMAAH…. Kdg2 kedengaran mereka menyebut..”kasihan sekolah kita….nanti papan ni jatuh dan kena ustaz-ustazah…. ” bila dah selalu hujan, mereka tak perlu disuruh pun.. pandai2 cari penyapu,penyodok lalu buang segera air yang bertakung….jika ada syiling yang bocor, segera dicarinya bekas untuk menangkung air… masuk je kelas,tengok2 dah selesai…








inilah dewan.. disinilah mereka makan, kanten,solat berjemaah, ijtima' setiap pagi isnin dan program2 utama sekolah.



Sehinggalah tiba satu masa……….



Masa tu ada hari sukan sekolah…bermula dengan tenaga guru yang sgt terhad, takde pekerja, banyak kerja pula, dia mula merasai nikmat Iman@Islam melalui ukhuwwah Islam yang sebenar…ukhuwwah yang tak berkira dari segi wang, sumbang segala tenaga yang ada, selalu diingatkan tentang Al-Quran dan penjagaan diri…


di sinilah dia merasai ketenangan dan kedamaian yang tak terucap melalui kata-kata...hidayah Allah swt rupa-rupanya jatuh semasa dalam program ini...Tidak disangka tarbiyyah Allah swt begini...


Tambahan pula anak-anak di sini mendapat pentarbiyyah awal dan tersusun pulak tuh… Mereka hafaz Al-Quran,hadith,jaga aurat dgn sempurna dan solat berjemaah… malu dibuatnya kita sebab tak standing mereka walhal kita adalah para ustaz-ustazah di situ…
Bermula dengan niat nak cabut selepas 3 hari(dia siap countdown lagi..!!!) lama2 dia bertahan…1 bulan…2 bulan… 3 bulan… tawaran yang menarik datang bersilih ganti tapi dia tolak mentah2……… katanya biarlah dia merasai nikmat di sini dulu…
Kadangkala kelihatan dia menahan sebak di dada kerana dia akan keluar darpada biah di sini juga satu hari nanti kerana dia perlu menyambung pelajaran…Dia tidak ingin menjadi aktivis Islam yang rendah sijilnya…dia mahu sambung Ijazah dalam jurusan kejuruteraan… Dia nekad…. Dia akan cari biah Islam dan perjuangan di kampus yang sama ketika dia bekerja di sini…



Ya Allah..perkenankan doa sahabatku…………..



Firman ALLAH SWT :




“…Jika kamu tidak berangkat(untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu…”
AT-TAUBAH : 39






Nota : Jika kita tak nak berada bersama org2 yang mnyeru manusia ke jalan kebenaran ni, maka org lain akan buat… kitalah yang rugi sedangkan Islam tak rugi tanpa kehadiran kita… Tapi jika nak, kena bersedia dgn segala kesukaran yang menguji jiwa dan harta….jangan pula sampai berkata,”… takder aper2 pun aktiviti dalam jemaah..” itu bermakna kita menjadi org yang terpilih pada mula2nya sahaja sedang kita telah kehilangan banyak pengalaman gerak kerja sebab hanya menjadi org yang pasif,bukannya kakitangan gerak kerja Islam..…..