Sunday, March 27, 2011

Bertudung tapi hipokrit

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

- Diera -
JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-
1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-
* Aurat wanita apa sudah jadi?
* Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum
Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi?'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.
Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.
Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.
Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.
4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.
Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Sunday, March 20, 2011

Pujuk la minda bawah sedar itu...

Assalamualaikum dan salam penuh hormat

Seseorang itu pasti mempunyai ego.Janganlah menidakkan kenyataan dan fitrah walaupun ego anda tidak sebesar mana.ada ego yang dapat ditundukkan, ada ego yang tinggi menggunung dan ada juga ego yang kecil/besar.

Apabila seseorang dinasihati terutama anak-anak, pasti berlaku sedikit konflik dalam diri mereka atau menyanggah nasihat tersebut sekiranya tidak sealiran dengan pendapat mereka walaupun sanggahan itu cuma bergema dalam hati.Impaknya, nasihat kurang dituruti, bukan?

Justeru itu, adalah digalakkan para ibu ayah, kakak,abang atau sesiapa sahaja menasihati orang yang hendak dinasihatkan semasa mereka berada dalam minda bawah sedar iaitu ketika tidur.

Ucaplah perkataan yang baik-baik seperti " ibu sayang kamu, solatlah lima waktu sehari" dan jangan sesekali anda menyebut " jangan tinggal solat" kerana minda sukar mentafsir "jangan".jadi, impaknya minda menganalisa "tinggal solat"

Ulangi beberapa kali setiap malam sehingga anda melihat respon mereka seperti gelisah, tersenyum, berbalik-balik dan sebagainya kerana itu tanda minda bawah sedar menyerap info yang diucapkan.

InsyaAllah, berdasarkan pengalaman yang didengari, ianya mempunyai kesan..

-----------------------------------------------------------------

Saturday, March 19, 2011

Betul ka remaja macam ni?

Assalamualaikum

redupkanhati kerap kali mendengar keluhan ajk2 yang telah berusia terhadap pandangan mereka kepada remaja atau awal belia.kalau berurusan dgn remaja atau fresh-graduate, acapkali mereka ini (remaja) mudah merajuk.ditegur sikit, merajuk yang berpanjangan sehinggakan mengganggu gerak kerja.

ada juga redupkanhati memerhatikan remaja ini dianggap tidak matang.tindak tanduk remaja sering kali disanggah dan perlu diperbetulkan oleh golongan yang berumur tidak kira mereka itu ibubapa/senior/ajk yang telah berumur.. kadang2 kelihatan pada riak wajah remaja mereka seakan-akan tidak berpuas hati dan memberontak..namun, ada yang sabar, ada yang buat tidak tahu dan ada yang ambil keputusan tidak mahu terus bekerjasama.

ada juga perancangan yang dibuat oleh remaja kurang dipercayai.ini termasuklah hal perkahwinan mereka, perancangan jangka masa panjang dalam sesuatu organisasi, pilihan kerjaya, pilihan pasangan atau bidang di universiti.

kadang-kadang, ada tindak tanduk remaja salah dan tersasar. mereka dilihat lebih terburu-buru dan kurang berhati-hati.remaja juga dianggap terlalu berani dan agresif dalam cara bergerak kerja dan mengurus.

tetapi, betul ke?

redupkanhati memerhatikan, agak kurang individu yang profesional memihak kepada remaja. remaja ini merupakan satu peringkat usia yang mempunyai banyak kelebihan.antara 5 perkara yang perlu direbut sebagaimana hadith Rasulullas SAW, 4/5 memihak kepada remaja sebenarnya.lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati, kaya sebelum miskin.

suka sgt mendengar dr asmadi menilai remaja. dr asmadi berjaya memujuk remaja.dr asmadi membuka minda remaja betapa remaja merupakan anugerah yang tak ternilai dalam keluarga, agama, bangsa dan negara. walaupun remaja mempunyai pengalaman yang terhad, dan mudah melakukan kesilapan, remaja sepatutnya dibimbing dan dirai.mereka sebenarnya memerlukan perhatian..perhatian yang baik datang daripada orang baik

Tuesday, March 8, 2011

KEM MOTIVASI DI KELANTAN TAHUN 2011




Assalamualaikum...

jangan lewat untuk mendaftarkan diri..jangan lepaskan peluang..dengan harga yang ditawarkan, trainer ust raja izani akan membawa kelainan berbanding slot motivasi sblm ini..

hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut

Wednesday, February 2, 2011

bagusnya punya minda

Para pakar otak dan pembelajaran kini mengakui bahawa otak kita berfungsi dari dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Untuk belajar dengan cemerlang, kita haruslah menggunakan kedua-dua bahagian otak kita. Kerjasama antara otak kiri dan otak kanan disebut sebagai TOTAL LEARNING. Inilah rahsia minda seseorang pelajar yang cemerlang.


Teknik ini menggerakkan otak kiri dan otak kanan serentak. Pelajar dinasihatkan untuk mengamalkan teknik-teknik ini pada setiap masa sebelum mentelaah pelajaran. Teknik-teknik berkesan ini mengambil masa selama lebih kurang 15 minit sahaja.

Monday, January 10, 2011

TraINIng of TRAiner Team BINA Insan

Assalamualaikum.

Syukur pada Allah S.W.T saya bersama ahli Persatuan Pembimbing Insan Kelantan (Team Bina Insan) telah mengorak langkah baru dalam tahun 2011 dengan menganjurkan Kursus Training Of Trainer yang mengkhususkan kepada pembinaan kemahiran dan pemantapan ilmu buat yang berminat serta beriltizam bersama Team Bina Insan kelantan dalam meneruskan agenda membina generasi Soleh Wa Musleh di Kelantan dan seluruh Malaysia .

Berikut adalah butir-butir maklumat awal Kursus TOT :

Tarikh: 3 & 4 Feb 2011 (Khamis & Jumaat) -Cuti Tahun Baru Cina
Lokasi : Rekreasi Hutan Lipur Bukit Bakar Machang,Kelantan
Fii Pengurusan : Bekerja = RM 70 , Pelajar Univ/Lepasan SPM,STPM,STAM = RM 40.
Peralatan perlu dibawa : Sejadah ,kasut sukan,Laptop(jika ada),pendrive dan pengurusan diri
Pendaftaran masuk : 10.30 pagi -11.00 pagi 3 feb 2011

Tarikh tutup Pendaftaran : 15 Jan 2011
Sebarang masalah hubungi : Cikgu Izani 0196145154

Sedikit gambaran awal berkenaan kursus ini, adalah untuk mendedahkan konsep modul,kemahiran serta pendekatan yang dibawa oleh Team Bina Insan.Ia melibatkan 20 % teori dan 80% adalah bersifat praktikal.Antara modul yang dikongsi bersama ialah pengurusan sesuatu program,pengendalian LDK,kemahiran Pengucapan Awam ,pembinaan Modul,Pemikiran Kreatif dan beberapa lagi perkara yang akan dinyatakan semasa program nanti termasuk beberapa modul "kejutan".

InsyaAllah kursus ini akan dikelolakan oleh saya dan penceramah jemputan.Di akhir kursus peserta akan diberi Sijil Penyertaan dan Buah Tangan "Kejutan" .

"Daftar Segera Sebelum 15 Jan 2011"
"Perkongsian Ilmu Tanpa Had ,Melainkan Anda yang Menghadkan Masa & Diri Sendiri"

Tuesday, January 4, 2011

harapan baruku..

Lucu dan mengagumkan..
Itulah perasaanku tatkala membaca semua maklum balas usrah SMS antara "teacher" pulau mutiara ni..mereka sungguh berdikari dan beriltizam tinggi...Zati, Hanan, Aini, lah...commel blaka...

Sudah tentu orang yang pertama membalas sms usrah adalah aini..seorang wanita cerdik yang tak reti duduk diam.ada sahaja idea dan kerja buatnya..ku amati riak wajahnya, bilalah dia nak kahwin...kehkehe....
dia memang happy go lucky.jawapan kepada assignment usrah diberikan cukup kemas dan mantap dan aku langsung tak hairan dengan perkara tersebut...

"....Aini memilih Uwais dan tokoh zaman sekarang aini pilih ust Abdullah  yang tlg orang islam (peaskit HIV) yang duk di dalam gereja keluar ke tempat lebih selamat...antara sebab aini pilih dia sebb terlalu kagum dengan ketokohan Uwais dan ust abdullah sangat baik dan bertanggungjawab...bla...bla..."

seterusnya hanan segera mengambil bahagian...
"kak sya, hanan kat KL ni tapi hanan bagilah apa yang hanan tahu erk.."dia seterusnya menghuraikan dua tokoh antara dua zaman yang berjuang sehingga menyentap hatinya....hihi..=) hanan oh hanan..rupanya ku dapat agak ada mata, hidung, mulut...orangnya kecil....manis2 solehah gitu..semoga Allah pertemukan kami di suasana yang real, bukan dalam movie yang aini dan zati tunjuk lagi...=)

izzati pula terpaksa membalas mesej ku lambat sedikit kerana urusannya di luar daerah..dia agak pendiam, tetapi sering mengambil port bersama aini untk memeriahkan suasana...wanita kedua yang berjaya mematahkan pensel yang keras dengan hanya sebatang jari telunjuknya yang halus itu..dan aku sudah pasti kaum muslimin sudah tidak dapat duduk diam tatkala dua gadis berjaya mematahkan pensel..mmmm=)
izzati pada pendapatku boleh jadi mcm2...dia seorang yang bagus, sukakan ilmu..tabah dan sabar adalah sifatnya..smg izzati kekal istiqomah dalam jalan tarbiyyah..

fazilah oh fazilah...pertama kali melihat dia senyum, aku pun turut tersenyum..senyum adalah pekerjaannya...tak banyak cakap sewaktu'dating' pertama kami tetapi hanya senyum shj..
dia memilih Abu Bakar sebagai tokoh perjuangan lampau..dan tok guru sbg tokoh zaman skrg..ianya memang sudah ku agak..barangkali dua tokoh ini kelihatan sama dari aspek zhud dan lembut dalm pemerintahan...fazilah seorang yang sudah faham dan hanya perlu di bawa bersama shj..dia bagus dan ada potensi..smg lah menjadi wnaita syurga yang menjadi idaman ramai mujahidin afghanistan..eh silap....mujahidin malaysia....=0

Tuesday, December 28, 2010

terkena

 
assalamualaikum wbt..

ust raja izani telah mengamanahkan satu tugasan motivasi remaja mithali untuk ku garap sebagai modul persembahan buat remaja2 di luar sana...
ku teliti..
benar, ku tahu..
aku telah merangkanya pada tahun lepas..
aku juga telah menyediakan beberapa info tentangnya..
tap aku masih belum berjaya mengamalkan semua isi yang ku sendiri tulis..yang ku susun.
Ya Allah..sukarnya berada di jalan ini..kerana ku membawa hati yang hitam
bersama-samaku adalah dosa2 yang ku pikul..
adakah ku mampu mencoretkan sesuatu buat diriku?
pasti perlu dan mampu dengan izin Allah..
justeru, sekarang ku menulis, menyediakan modul latihan puteri mithali khas buat NUR SYAIRAH tetapi turut dikongsi buat kalian..
nnti kan lah modul ini bersama dengan remaja di luar sana bermula 2011 nnti..

tolonglah...doakan hamba ini berjaya menyiapkannya....
berjaya melakukan taubatnya...
fahamilah..tugas ini tugas kita bersama...
tak dapat dibayangkan jika diri ini tidak terlibat dengan medan dakwah..
pasti ku jauh hanyut bersama kapal yang karam...
pasti ku tak mahu bersahabat dgn quran..
mungkin juga ku tak berada di sisi shbt2 yang solehah seperti kalian...

Buat puteri2 kesayangan Rasulullah SAW...
yang mahu dirinya dipandang Allah..
dipanggil malaikat utk ke syurga..
yang dilambai oleh Rasulullah SAW kerana cahaya wudhuknya..

mari kita belajar feqh wanita,
ciri2 wanita syurga
bagaimana untuk dicintai lelaki yang soleh
dan bagaimana menjadi salah satu asbab kitalah punca lelaki dan keluarga ke syurga

Monday, December 27, 2010

Kesan Tutur Kata Positif


Ada seorang perempuan yang bersuamikan koki, begitu pandainya sang suami memasak sehingga selalu menemukan kelemahan istrinya dalam memasak. Selalu ada komentar tajam dan pedas yang ia lontarkan. Sampai istrinya malas dan berhenti memasak. karena suatu musibah, suaminya meninggal dunia dan perempuan itu menikah lagi dengan karyawan disebuah perusahaan swasta.

Suatu hari istrinya bertanya, 'Pak, bagaimana masakanku?' Sang suami memuji bahwa seumur hidupnya baru kali ini makan makanan yang terenak didunia. Setiap kali hendak berangkat kerja suaminya selalu mengatakan, 'Mama, aku selalu ingin pulang cepat karena mau menikmati masakan mama.'Pujian itu semakin membuat istrinya gemar memasak. Sampai akhirnya membuat restaurant yang terkenal dengan masakan yang enak tiada duanya.

Teman, tutur kata yang positif akan mendorong kita dan memberikan kepercayaan diri. Sudah sepatutnya kita untuk bertutur kata yang baik dan positif untuk memberikan motivasi dan semangat untuk orang-orang yang ada disekeliling kita untuk meraih impian. Kata-kata yang positif adalah anugerah yang terindah yang mampu merubah dunia menjadi lebih lebih baik.

---
Bertutur katalah yang baik atau diam (HR. Muslim).

Monday, December 6, 2010

seminar pembelajaran efektif

TARIKH :13 Disember 2010
MASA: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
TEMPAT: Dewan Seminar Institut Pengurusan Peladang, Machang, Kelantan
PENDAFTARAN: RM70 seorang, Dibuka sehingga 10 Disember 2010
PENYERTAAN: 120 tempat duduk disediakan
Bagi yang berminat boleh hubungi:
En.Izani -0196145154 atau En.Razali 0139619421 atau Syairah 0139870277.
 
Sms pun boleh.

Wednesday, November 24, 2010

makcik itu

Apabila dia bekerja, kerjanya sungguh2...sampah disapu dengan berhati2 sebelum dibuang ke dalam bekas yang lebih besar....dia terus ke longgokan sampah seterusnya....habis semua sampah2 dan daun2 kering telah disapunya..orangnya tunduk sahaja.wajah kurang diangkat ke tatapan umum.ku agak dia daripada keturunan anak mami Pinang..dia sungguh menarik perhatianku kerana baju uniformnya sebagai tukang sapu USM adalah berbaju jurung putih, tudung bulat labuh juga berwarna putih.... dia tidak memakai uniform seperti pekerja lain..tekun dia bekerja....

"Assalamualaikum..kelas quran berjalan seperti biasa pada petang ni-ust latiff"...

begitulah lebih kurang mesej daripada guru quran ku, ust latiff.orgnya muda, ada tanda di dahi, mengajar quran bersungguh2 tanpa minta dibayar...ikhlas hatinya, kecil tuannya.alhamdulillah halaqah quran kami semakin bertambah, tak kira pelajar ataupun makcik2 sekitar...

tiba-tiba...

makcik tu...ku nampak dia.tetap beruniform baju kurung putih..rupa2nya dia ahli kelas ni juga...masyaAllah..asyiknya ku mendengar bacaan qurannya yang baik, fasohah yang betul, meruntun hati..Insaf!

suatu hari, study group kami diadakan di surau Bakti, salah satu kolej di USM...kami masih dlm mood exam...namun, ku tak mampu untuk mengunzurkan diri ke kelas quran, kerana banyak lagi yang ku tak tahu perihal 'temanku' di alam kubur nanti ini.....di surau bakti itu, aku terjumpa mak cik ni lagi...ku perhatikan solatnya...cara rukuknya, cara sujudnya....selepas solat dia tak pernah lupa membaca Al-Quran...wajahnya tak lekang dengan senyuman yang 'humble'...sungguh, nampaknya dia telah menjadi inspirasiku...

suatu hari , dia membawa radio ke kelas quran...nak rekod katanya..ku perhatikan dia..radio tu org dah tak pakain skrg..apatah lagi utk rekod...mungkin dia dari kalangan orang yang kurang berada....bisik hatiku.. Ya Allah, kau telah sentuh hatiku dengan gerak tari tarbiyyahnya.....

dia mungkin tidak tahu yang aku mengkaguminya....biarlah rahsia...namun aku betul2 tersentuh dengan sifat 'qanaah'nya..

Wednesday, November 10, 2010

Amalan Mengelakkan Santau

Assalamualaikum wbt dan slm sejahtera...

di sini dikongsikan sedikit amaln ringkas untk mengelakkan santau ketika makan.santau ini dihantar melalui angin..ada kalanya ia memang ditujukan khas buat kita dan adakalanya ia 'terkena' pada diri seseorang ketika melalui tempat atau laluan udara yang sedang disantau oleh seseorang...

org yang memiliki ilmu santau ini perlu mengekalkan ilmunya dengan sentiasa menghantar santau...adakalanya santau ini ditujukan khas buat pelanggan kedai makan..kesian nasib pembeli dan pelanggan, kan..


sesungguhnya santau ini boleh dikategorikan sebagai ilmu sihir..kwn2,jangan main2 dgn syirik ini kerana aqidah sudah tidak diterima lagi...sembahyang lah banyak mana, pergilah haji sepuluh kali,kalau sudah syirik(menyekutukan Allah) tiada maknanya lagi,kekalkan di dalam neraka Allah yang penuh siksaan dan tiada rehatnya daripada kesakitan itu....


ust ismail kamus telah berkongsi dgn kita beberapa ilmu santau ini..antaranya semasa makan.berhati2lah..
1. Sebelum berangkat ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak satu kali.
2. Setelah sampai ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak satu kali.
3. Kemudian Baca Ayat Dibawah setelah makanan dan minuman tiba,


Setelah dibaca ayat-ayat resebut, perhatikan bayangan wajah kita di dalam air. Sekiranya terdapat bayangan wajah kita, maka dibolehkan kita meminumnya. Namun sekiranya tidak ada, maka sebaiknya jangan diminum.
Sebelum makan, pusing sedikit pinggan dan baca:


Jika terdapat racun santau, insyaAllah pinggan itu akan pecah dengan izin Allah.
itu perkongsian daripada ust ismil kamus..saya juga ada mengamalkan surah al-mukminun ayat 115-118...pegang di tempat yg sakit, sambil membaca ayat 115-118 surah al-mukminun  ini...
selepas itu, dala satu nafas, ucaplah Allah..Allah..Allah berulang kali sehingga nafas hampir habis kemudian buat isyarat cungkil atau buang di tempat yang sakit.sambil menggemgam tangan seolah2 'benda' itu ada di tangan, bacalah 'Kullu nafsing zaa iqatul maut ( setiap yg hidup pasti akan mati)..

alhmdlh, setelah terkena santau, saya mengamalkannya, Allah izinkan saya sembuh smpai skrg....
Wallahu’alam...

Monday, November 1, 2010

akhirnya!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

PENANTIAN ADALAH SATU PENYIKSAAN..

dulu, terasa jam bergerak sgt lambat utk menanti 8 nov utk proses endoskopi..segera ke hospital dan akhirnya DR LEE diagnos sebagai batu karang dlm hempedu pulak...

shbtku shaq kelihatan cuak sedikit kerana ayahnya meninggal akibat diserang penyakit gastrik..tiba2 ada batu karang..bila doktor masukkan acid utk hancurkan batu karang, memang batu karang hancur tetapi dapat ulcer pulak...sakitnya macamku...setiap malam sakitnya menjadi2....bangun tak hilang, duduk makin sakit, tidur tak lena..maka akhirnya ke hospitallah ku di malam buta...

dlm diam. terfikir juga, takkan batu karang kot..dapat pula appoinment ultrasound...doktor suruh buat segera kerana sakit selama 3 minggu tak surut..terasa minum air gelegak..setiap 2 jam terguling2 dibuatnya..

akhirnya, abah datang dari kelantan..

abah memulakan perubatannya..sebelum tu dia bersoal jawab dgnku..katanya sakit ini bukan gastrik,mungkin terkena makanan yg disantau...

dgn hafalan quranyang mmg dihafal, dgn teknik yang betul dan dgn tawakkal pada Allah, akhirnya setelah selesai sesi pertama, terasa sakit itu seperti diangkat...

seterusnya perubatan dibuat lagi..sehingga badan terasa betul2 ringan...abah mengatakan, sila amalkan surah al-mukminun ayat 115-118..pegang ditempat sakit dan tarik dengan menyebut kalimah Allah secara berulang-ulang dalam satu nafas..setelah itu, buat isyarat genggam, bacah Kullu nafsing zaa iqatul maut utk membunuh syaitan/iblis.anasir jahat...

ALLAHUAKBAR...powernya ayat ini..hebatnya Allah yang mengilhamkan dan yang menyembuhkan...

apa lagi, hanya tinggal seminggu sahaja utkku siapkan assgmnt dan lab report serta slide presentation yang bertimbun semasa sakit...selepas seminggu terus ku final...

kata abah. beramallah dgn ayat ini utk apa tujuan...nak bagi kuat ingatn, mudah belajar, mudah urusan, sakit, dll dengan syarat niatnya baik dan tidak melanggar syariat...

alhamdulillah segala puji bagi Allah
Allahuakbar Allah lah yang Maha Besar

Saturday, October 23, 2010

------------------------

Assalamualaikum...

Fabiayyi aala irobbikuma tukazzibaann

(Ar-Rahman)

Baru ku tahu apa erti sihat sebelum sakit
saat sakitku begini yang bukan seperti dulu
bermulalah episod baru dlm hidup ku

air mata mula berkolah...
pegangan hidup tiada air mata ditumpahkan dihadapan manusia berkali2 ku langgar
sebagai manusia biasa yang apabila mengalami sakit yang tiada sebabnya menyebabkan aku mula berfikir tiada penyembuh melainkan Allah..

sewaktu mula2 sakit,
aku seakan-akan fobia...
diri ini selalu berpaling daripada ubat kimia hospital..
tetapi sekarang,
aku mula mengambil ubat overdose

arahan 2x sehari, ku telan 4x sehari..
mulalah terasa pening...

aku tahu...
hidupku cuma sebentar shj...

aku juga tahu....
sakitku ini akan ada pengakhirannya...

dan aku juga tahu..
aku tidak boleh berputus asa dari rahmatNya...


menanti saat-saat itu,
aku pohon kekuatan dari Allah swt

hanya Allah swt yang MAHA MENGETAHUI

as-samii'u..Allah itu maha mendengar
al-'aliimu.. Allah itu maha mengetahui

Tuesday, October 5, 2010

Cerita teladan : Budak cerdik dan kajiannya

Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditermui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.
Pengembala itu pun bertanya:
“Adakah kau nampak kerbau pak cik yang hilang?”
“Oh, kerbau pak cik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?”Tanya budak itu.
“Ya,ya….” Jawab pak cik itu dengan cepat.
“Rasanya kerbau pak cik itu dah tua…” tambahan budak itu
“Betul, betul, kerbau pak cik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?”
“Kerbau pak cik tempang kaki kanan yang di sebelah hadapan bukan?”
“Betul, betul. Tunjukkan kerbau pak cik itu di mana?”
“Maaf pak cik, saya tak jumpa kerbau pak cik…”kata budak itu .
“Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pak cik. Kerbau pak cik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata. Jangan bergurau, pak ck nak cepat ni….”
“Betul saya tak nampak, pak cik,” balas budak itu lagi.
“Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifat kerbau pak cik?”
Budak itu tersenyum.
“Macam ni…” kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar.
“Tengok umput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pak cik. Ini kesan ragutannya…” budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.
“Ya. Memang ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pak cik? Bukankerbau lain?”
“Cuba pak cik liat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah yang disebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah… ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada lansung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang…”
PENGAJARAN:
Tidak semestinya sesuatu itu perlu dilihat untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah ALLAH, kita tidak perlu melihatNya dengan mata untuk mengakui keagunganNya. CUKUP DENGAN MELIHAT CIPTAANNYA… SUBHANALLAH….

Tanpa melihat Nabi SAW kita yakin dengan aqidah yang dibawanya..
Tanpa melihat malaikat kiri dan kanan kita yakin yang catatn itu sentiasa dicatatkan
tanpa melihat bagaiaman ibu kita melahirkan kita , kita yakin yang ibu mengharungi sekukaran...
tanpa melihat hari akhirat kita tetap yakin yang kita semua akan ke sana suatu hari nnt...

Saturday, October 2, 2010

jiwang

Assalamualaikum wbt...

Buat sahabatku..
ku tahu deritanya dirimu..
bila mana sebuah perjuangan menuntut barang yang tiada pada dirimu..
iaitu harta dan jiwa...

pernah suatu hari..
dirku mengikutimu ke sebuah pasar..
ianya sudah melewati 12 tengah malam..
ku tanya, knapa perlu membeli pada waktu ini..
kau menjawab, ini shj masa yang ada selepas selesai melakukan tugas2 Islam..
yang masanya tiada kompromi..
jika kita terlewat sudah pasti yang batil berlumba-lumba mengambil hati mad'u kita..

pernah juga suatu ketika..
ketika sedang tidur..
ku terjaga kerana bunyi bising seperti bawang ditumbuk...
ku mengintai jam...
rupa2nya jam 4 pagi..
kau sedang menyiapkan kuih muih utk dijual dikanten sekolah rupanya...

pernah juga suatu ketika..
ku terjaga...
terkejut melihat shbt2 ku yang kusayangi kerana Allah...
sedang mendirikan qiamullai..
ku intai2 dan sah..!
hanya diriku yang belum terjaga..
lantas ku segera berwudhu'...
malu kerana hanya dirku lambat bangun dek beratnya dosa di badan..
sedangkan yang lain sedang sujud dan rukuk..
mengadap Illahi...

pernah juga suatu ketika...
aku kehabisan wang..
lalu ku segera ke halaqah usrah kita..
bertanya kalau ada sesiapa yang sudi pinjamkan wang..
lantas semuanya mengeluarkan dompet 
dan masing2..
menghulurkan kepadaku wang..
terharunya ku kepada kalian..

pernah juga suatu ketika...
sahabtku kehabisan wang utk makanan..
sedangkan wang utk perjuangan islam..
sering diutamakan..
kalian sangat kurus...
tidak cukup zat...
makan sekadarnya...
harta diguna secara cukup berhemah..
kalian juga ada yang bekerja..
kerana kita semua tidak diberi harta utk berjuang..
tetapi diberi jiwa dan ilmu utk meneruskan perjuangan..

pernah juga suatu ketika..
kau menangis...
tetapi masih tersenyum..
kerana dikelilingi masalah keluarga..
namun,kau masih mampu istiqamah dalam perjuangan...


shbt2ku adalah qudwah bagiku...kita dipimpin oleh-Nya sehingga merasakan keindahan tawakkal kepada Allah..... rindu pada shbt2ku yang sering menegurku..sering mengajak ku ke halaqah ilmu..sering memeriksa assignmentku adakah sudah siap atau sebaliknya...kalian juga sering memastikan diriku solat berjemaah..menutup aurat dengan sempurna...

nota yang  dilekatkan kat dinding oleh seorang kakak senior rumah sewa kita sampai sekarang sya ingat..ianya berbunyi begini..:
KALAU BANGUN QIAM, JANGAN QIAM SORANG-SORANG..TLG KEJUT SHBT2 LAIN!!!

bunyinya macam marah tetapi itulah hasil tarbiyyah yang diterima

Terima kasih ya Allah..atas anugerah persahabatan ini...

Wednesday, September 29, 2010

rindu

assalamualaikum..

hari ini tahap kesihatan ku diuji...

selepas pulang dari unit kecemasan USM, segera ke surau untuk bertemu para jemaah yang rindukan solat berjemaah..

ya Allah, berkatilah kami semua.

Tuesday, September 28, 2010

Mari mengaminkan doa saidina Umar

kenapa agaknya sukar mencari orang yang hendak membawa risalah agama?
kenapa agaknya sukar untuk mencari permata-permata Islam yang rela berkorban sebagaimana pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat...?
kenapa agaknya sukar untuk bertemu orang2 yang menyerahkan jiwa dan harta di jalan Allah?
kenapa agaknya semakin ramai yang memandang sepi kepada surau atau masjid berbanding berlumba-lumba untuk memenuhi keperluan diri di dunia...?
mungkin cukup kot sekadar melaksanakan ibadah fardhu seharian seperti solat, puasa, tunaikan zakat atau berbuat baik kepada ibu bapa dikatakan sebagai pembela agama Allah...
mungkin dah dikatakan berkorban jika kita berjihad dalam medan peperiksaan..
sudah memadai rasanya sering bersedeqah di masjid atau kepada orang2 miskin...
nak penuhi keperluan diri pun semput-semput shj inikan pula nak meluangkan masa bersama-sama untuk menggerakkan perjuangan Islam secara berjemaah..

Imam Hassan Al-Banna seorang manusia biasa yang diberi masa oleh Allah swt selama 24 jam..
Beliau juga perlukan rehat, tidur, minum, makan, bersama keluarga dan sebagainya..
Beliau juga mempunyai kewangan yang terbatas untuk menyara keluarga dan di jalan Allah..
kenapa Allah swt sempatkan beliau dalam perjuangan Islam..sehingga akhirnya beliau syahid...
sehingga sekarang, berbahagialah Imam Hassan Al-Banna di tempat istirehatnya kerana sangat ramai orang mendapat kebaikan hasil daripada perjuangannya...setiap detik, pahala danm kebaikan mengalir ke dalam akauan perniagaan akhiratnya....

bagaimana orang2 yang bersusah senang dalam perjuangan Islam dianggap mulia oleh Allah dan Rasulullah saw?
Sesungguhnya, Rasulullah SAW tertunggu2 akan umatnya di akhir zaman yang tidak melihat Baginda, tidak pernah mendengar kata-kata Baginda tetapi mereka yakin akan perjuangan yang di bawa Baginda..bukan sekadar yakin bahkan mereka membuktikan keyakinan mereka lagi dengan cara bersusah payah dlm medan yang ramai tak minat ini, iaitu perjuangan Islam...

Lihatlah mereka.......
 walaupun  penat dan sering ke hulu dan ke hilir, tetapi apabila yakin akan sebuah perjuangan, keperitan ditelan dan diluah semahu-mahunya kepada Illahi apabila saat-saat bersamaNya hinggakan terasa begitu dekat dgn Allah..
di malam hari, suara tersekat2 berbisik kepada Yang Maha Agung akan seksanya melalui sebuah perjuangn...
hinggakan akhirnya tiba rasa damai di hati, rasa tinggi tawakkal kepada Allah dan rasa dibantu setiap ketika..

wahai orang yang tidak yakin....
apa lagi yang kamu tidak yakin kan?
apakah tidak cukup khabar2 gembira yang telah Allah janjikan melalui sebuah perjuangn Islam...?

at-taubah 111

" Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang2 yang beriman bahawa untuk mereka itu SYURGA!!!!mereka berperang di jalan Allah lalu mereka membunuh dan terbunuh..sebagai janji yang benar bagi Allah (yang termaktub) dalam Taurat, Injil dan Qur'an..Siapakah yang lebih menetapi janjinya  dari Allah..??Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar...."

kalau ilmu sebuah perjuangan tidak dicari tetapi ditunggu, memang tak merasalah kesungguhan untuk memahami sebuah perjuangan Islam..
istiqomah lah kita semua, insyaAllah...


Saidina Umar selalu berdoa

"Allahummaj'alna minal kholil.."
Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang yang sedikit...

betapa sedikitnya orang2 yang nak masuk syurga tertinggi Allah


Ya Allah, bantu kami untuk istiqomah di jalan ini...ameen

Sunday, September 19, 2010

Kerana Perjuangannya bukan main-main

"Orang yang berjihad kerana ALLAH..
Jiwanya takkan layu..
Jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
Kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH..

Seorang pemburu syahid...
Dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
Takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...
Sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

Biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..
Biarpun dia terasa seolah2 terlau penat...
Biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..
Biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..
Walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
Sujudnya dengan penuh air mata..

Dia seorang perwira...
Pemburu cinta sang Pencipta...
Dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

Kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...
Kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...
Kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...
Dia memilih jalan perjuangan...

Ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
Dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW..
Biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..
Tiada normalnya...
Tiada rehatnya...
Namun apabila bekerja untuk ISLAM...
Seolah2 dia cuti sepanjang masa...
Seolah2 dia rehat setiap ketika...
Kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

Ku kagum pada dirinya...
Menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
Tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
Tetap positif membina kekuatan..
Walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN..."



YA ALLAH...

KUATKAN SAHABAT HAMBA...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA2NYA...

DIA TERLALU BERLAPANG DADA ..

DIA TERLALU MELEBIHKAN MASYARAKAT DAN ISLAM BERBANDING KEPERLUAN DIRINYA

DIA ADALAH SEMUA PEJUANG ISLAM DI MANA SAHAJA....

satu persatu shbt perjuanganku dijemput Illahi..bila giliranku??

takziah kepada keluarga Al-Marhum Nik Hafreez Afiq Mohd Ghazali atas pemergian beliau menghadap Allah yang maha esa . Al-Marhum telah dipanggil menghadap Ilahi pada hari ini, 2 Syawal.

 
Beliau merupakan seorang mahasiswa yang aktif dalam gerakan mahasiswa dan da'wah kampus UIAM Gombak. Al-Marhum mahasiswa Institute of Education jurusan Bahasa Arab pernah ditaklifkan sebagai pimpinan Ma'ruf Club 2008/2009. Seorang aktivis mahasiswa yang lantang dan berkaliber dalam menyuarakan isu-isu mahasiswa.


Selain memegang jawatan di UIAM juga, Al-Marhum terlibat dengan persatuan gerakan mahasiswa Islam Selangor, Ikatan Studi Islam Selangor (ISIS).


Pemergian beliau sangat dirasai oleh masyarakat kampus khususnya UIAM . Pemergian beliau satu kehilangan permata yang sangat bernilai kepada Ma'ruf Club dan Pro-Mahasiswa sendiri. Semoga Allah meletakkan Al-Marhum dalam golongan syahid dan bersama-sama orang yang beriman .


Al-Fatihah .

Monday, August 30, 2010

ya habibullah..(wahai kekasih Allah)...apabila malaikat kejutkan kita di malam hari..

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah" - Tok Guru

Friday, August 27, 2010

oooo..beza tudung kecil dan tudung besar

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...(mana tahu ada non-muslim baca blog yg tak famous ni..=)...)

hari ini terpanggil nak kongsi satu kata2 yang berjaya menyentap hatiku, berjaya membuatkan redupkanhati tidak mengantuk..

pada hari ini, redupkanhati menerima tetamu yang solehah..walaupun dia mempunyai medan dakwah yang berbeza dgn diri ini (isma) namun kami tetap boleh bersahabat baik, saling berkongsi rasa suka duka, saling membantu dan menguatkan diri masing2 kerana sudah pasti kami ingin menjadi umat islam yang hebat..INSYAALLAH

dia tiba-tiba berbicara dalam loghat terengganunya...
"pernah seorang kawan berbicara mengenai tudung dan saiz tudung...beza tudung besar dan tudung kecil bukan ada apa-apa..tak semestinya tudung besar lebih baik dan tudung kecil...tetapi kerana muslimah itu baiklah dia memilih pakai tudung besar...bahkan dia tetap istiqomah dengan labuhan tudungnya..."

celik jea mata ini dibuatnya..berderau darah sebab tak pernah ambik serius tentang saiz2 tudung ni.... shbt tadi tak tahu yang redupkanhati sangat terkesan dgn kata2nya yang ikhlas dan ringkas...redupkanhati sebenarnya tidak pernah terfikir dan terasa beza beza tudung ni apatah lagi berfikir secara logik tentangnya kerana memikirkan ianya adalah perkara remeh dan furu'..namun, ada perkara tertentu yang remehnya tidak boleh dipandang remeh..

tak semua perkara kecil boleh dipandang kecil walaupun dibolehkan kerana sifat orang wara' itu sangat berhati2 dalam hayun langkahnya...

(....rupa2nya. setiap apa yang kita buat dan amalkan, Allah bagi hikmah... patutlah dulu ada benda yang Allah buka hidayah untuk redupkanhati amalkan tanpa tahu hikmahnya..sekadar ingin buat kerana hati terasa tenang..tetapi perkara itu rupa2nya tiang tarbiyyah lebih2 lagi dalam gerakan dakwah...)

mungkin, perumpamaan 'kerana muslimah itu baiklah dia pakai tudung besar' boleh dijadikan hadiah dan doa sahabat2 untuk terus istiqomah dengan saiznya yang sekian.................

patutlah bila ada muslimah yang pakai tudung besar dan labuh buat maksiat atau pekara salah terus dikutuk oleh masyarakat sebab Allah swt nak jaga mereka....last2 kali, sape yang betul2 muslimah akan terus istiqomah dengan pakaian islamnya ..mungkin terkesan dan insaf atas teguran..dan sape2 yang kurang link dengan Allah swt bertindak menukar penampilan agar mereka tidak lagi dikutuk..

Ya Allah..terima kasih..malu kerana kurang bersyukur tetapi Allah tetap hantar hamba2Nya yang solehah kepada ku untuk terus dekat dgnMu.......untuk menjadi peringatan buat diriku yang selalu lupa..

Thursday, August 26, 2010

kecik jah segho.....

mesyuarat hari ini pasal welfare and academic utk pelajar2 fizik usm kampus utama, Minden

sebagai salah seorang yang dilantik oleh Dekan Fakulti, redupkanhati perlu menjalankan amanah sebaiknya...terasa kerdil dikelilingi oleh Profesor2 Fizik, Timbalan Dekan dan sebagainya. Alhamdulillah, satu usaha yang baik telah diambil oleh jabatan Fizik atas penubuhan Persatuan Pensyarah dan Pelajar..

antara perkara yang sangat menyuntik semangat daripada perjumpaan tersebut ialah ucapan salah seorang prrofesor yang sangat dihormati atas pandangannya yang jauh ke depan.Beliau sangat berharap agar pelajar2 Fizik USM mampu mencipta sejarah melakukan satu anjakan inovasi demi memantapkan ilmu dan kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Terasa terharu, sebak, semangat yang berkobar2 atas tawaran yang telah diberikan.InsyaAllah, hasil usaha, doa tawakkal dan kepercayaan, kami cuba mencipta satu inovasi untuk kebaikan sejagat...

Terima kasih kepada para pensyarah kerana memberi ruang kepada kami untuk mewakili pelajar2 lain mengutarakan beberapa permasalahan yang menjadi berat kepada kami di usia separa matang ini. Mungkin dengan serba kekurangan ini kami cuba belajar menghargai dan melakukakan yang terbaik dalam setiap peluang yang ada...

Monday, August 23, 2010

siru a'la barakatillah

assalamualaikum wbt..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang..

kali ni, rasa teringin nak tulis tentang langkah2 kecil yang telah dimulai oleh beberapa hamba Allah yang merujuk kepada redupkanhati untuk berubah...melalui beberapa nota,mesej dan email yang dikirimkan..antaranya berbunyi :

'bagaimana nak belajar baca al-quran.."
"betulkah dosa orang yang tak pakai tudung ni berat?seperti muka babi apabila dibangkitkan kelak..?"
" rasa nak jadi macam org baru..."

dan beberapa lagi yang tidak dapat dipaparkan di sini kerana hal2 peribadi.itupun redupkanhati telah ubah sedkit ayat di atas agar amanah dapat dijaga apabila ada pengadu yang datang bersua...

bersyukurlah kerana kita masih diberi taufiq bukan sekadar hidayah oleh Allah swt untuk belajar dan memahami agama...

bukan susah nak jadi soleh dan solehah..yang susah apabila kita tak nak..maka apabila kemahuan tidak mahu itu melebihi perkara baik, kemungkinan juga kita tidak akan istiqomah...

orang yang baik skrg tak semesti senantiasa akan baik..kerana banyak cabaran menanti di luar sana.. dan orang yang kelihatan zahirnya kurang baik tak semestinya berlarutan kerana mungkin mereka akan menjadi seperti kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana memberi minuman kepada anjing yang haus...

apa yang penting di sini, jaga diri daripada perlakuan dosa besar agar hati kita mudah dibentuk..kemudian, tolonglah berguru dan carilah guru jika takde kerana guru yang berilmu dan betul akan membimbing kita.ianya memudahkan urusan dan matlamat kita yang ingin merubah itu tadi..tak mudah dan tak mungkin kita dapat membimbing diri kita sendiri...

semoga beramal dengan amal yang sahih dan istiqomah..
ALLAH MENYAYANGI DIRIMU..yakin.

Tuesday, August 17, 2010

Akulah ibu kepada anak2ku

Bapa borek ana rintik...begitulah kiasan untuk mewakili bagaimana ayah atau ibu, begitulah anak2nya...

redupkanhati tidak berapa arif dan belum berminat untuk menulis tentang ayah kerana diri ini adalah  bakal ibu dan bukannya ayah!itu sudah tentu kan..namun, apa yang terkesan di hati ini tatkala meneliti salah satu laman yang membuatkan redupkanhati tersedar yang diri ini akan terlewat dan akan menyesal jika masih belum memulakannya..memulakan tarbiyyah diri sendiri sebelum mentarbiyyah anak2..http://www.abuumar.50megs.com.custom2.html


redupkanhati bertambah terpegun apabila mengetahui persediaan yang telah dilengkapkan ibu kepada imam ghazali..bertahun2 persediaan dilakukan sebelum lahirnya seorang imam yang menjadi penyebar agama di muka bumi ini..bukan itu shj bahkan hasil buku dan penulisannya amat membantu umat Islam dalam menyelesaikan beberapa isu yang asas..

bagaimana seorang anak boleh terkesan dengan ibu?naqibah redupkanhati ada mengutarakan perihal ibu yang suka tahajjud malam dan hasilnya anak kepada ibu terbabit sangat cenderung untuk solat walaupun baru berumur 2 tahun...bahkan anak itu suka kepada perkara2 yang bersih dan senang dididik...

redupkanhati juga gemar memerhatikan ibu saudara sendiri yang mempunyai anak2 yang ramai lelaki tetapi mampu mendisiplinkan kesemuanya..bahkan anaknya yang berumur 5 tahun sudah boleh sembahyang seolah2 seperti seorang yang telah baligh...tak perlu dipaksa2, mereka semua ringan untuk membentangkan tikar sejadah lalu solat sambil diimami oleh ayahnya...

RH juga hiba dan sebak apabila merenung kesederhanaan dan kerendahan hati ibu madhihah pelajar pintar spm 2008 yang berasal dari Kelantan... madhihah seorang anak yang mempunyai hati budi yang tinggi kerana beliau sering merendahkan diri yakni tidak ego dan sombong...ibunya kelihatan cukup tabah, redha dan tidak mengeluh terhadap kesukaran2 yang telah ditempuhi bertahun2..mungkin itu juga Allah swt telah menghadiahkan ibubapanya seorang anak yang pintar, suka solat dan baik budi pekerti...cubalah baca bukunya, pasti hati anda yang ego akan dicairkan...sangat mudah untukair mata keluar tanpa dipaksa2...

adakah seorang ibu yang sering ke kelab malam boleh mempunyai anak yang yang mampu menjadi imam di masjid2?

adakah juga seorang ibu yang yang lalai solat boleh mengidamkan anak2 yang mendengar kata?

adakah ibu yang tidak mahu mengaji quran boleh mempunyai anak2 yang suka membaca Al-quran?



sama-sama kita renungkan..=)

Thursday, August 12, 2010

kepalaku mengembang

dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing siam
dua tiga boleh kucari
mana nak sama solat malam

pisang emas dimakan bersama ubat
pahitnya tak terasa sudah
hutang dengan Allah boleh bertaubat
hutang dengan mnausia kena bayar jua


malu pilu sudu gelembu'lipat-lipat cicah budu


hehe
pening buat soalan fizik sinaran

semoga Allah selamatkan perjalanan kak nur
semoga Allah selamatkan hidup kak nur sepanjang di melbourne...
semoga Allah kuatkan kak nur membantu suami untuk menguruskan keluarga sepanjang suami belajar...
semoaga Allah tetap hubungkan kita walaupun kita dipisahkan oleh laut yang beribu nautika jauhnya.. kita memang jauh di mata tetapi dekat di dalam hati ini...tetap dalam doa ini...
takkan kami lupakan pengorbanan kak nur mendidik kami...nak kami jadi golongan penegak yang haq dan pencegah yang batil secara islam..

nak kami jadi seorang anak yang solehah..isteri yang bijak bestari..ibu yang hebat dalam mendidik anak2...

segala pengalaman, suka duka yang kita kongsikan, ilmu yang dicurahkan agar tetap kami abadikan...

betapa sedihnya kami bertujuh atas perpisahan ini tatkala kami sedang asyik menadah ilmu yang dapat membimbing kami..tapi kami percaya guru bukanlah seorang...

tetapi untuk berjumpa seorang guru macam kak nur amatlah sedikit...

Ya Allah, selamatkanlah guruku.

Saturday, August 7, 2010

salam perpisahan


kak nur bersama 2 orang anaknya yang comel serta sahabt2 baiknya...


semoga Allah selamatkan perjalanan kak nur...
semoga Allah selamatkan hidup kak nur sepanjang di melbourne...
semoga Allah kuatkan kak nur membantu suami untuk menguruskan keluarga sepanjang suami belajar...

semoaga Allah tetap hubungkan kita walaupun kita dipisahkan oleh laut yang beribu nautika jauhnya.. kita memang jauh di mata tetapi dekat di dalam hati ini...tetap dalam doa ini...

takkan kami lupakan pengorbanan kak nur mendidik kami...nak kami jadi golongan penegak yang haq dan pencegah yang batil secara islam..

nak kami jadi seorang anak yang solehah..isteri yang bijak bestari..ibu yang hebat dalam mendidik anak2...
segala pengalaman, suka duka yang kita kongsikan, ilmu yang dicurahkan agar tetap kami abadikan...
betapa sedihnya kami bertujuh atas perpisahan ini tatkala kami sedang asyik menadah ilmu yang dapat membimbing kami..tapi kami percaya guru bukanlah seorang...
tetapi untuk berjumpa seorang guru macam kak nur amatlah sedikit...


Ya Allah, selamatkanlah guruku.

Monday, July 19, 2010

Hati orang yang selalu sembahyang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Orang yang selalu sembahyang apabila masuk waktu akan sering gelisah apabila tuntutannya tidak dapat dilaksanakan segera...apabila dia ke shopping mall atau ke tempat lain yang menuntut dia solat di luar rumah, akan segera ditunaikan..debaran di hati kian memuncak apabila waktu solat semakin habis tetapi dia tidak dapat solat lagi...

sesiapa yang mengalami situasi ini,bersyukurlah..di saat hati anda berbisik-bisik "SEGERA SOLAT!!SEGERA SOLAT!!" ianya rupa-rupanya adalah satu petanda yang baik..

Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadith :

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati." Bukhari & Muslim

sama juga apabila anda terlewat bangun subuh...apabila nampak langit semakin cerah terucap dibibir anda " MasyaAllah..ya Allah!!subuh aku!!"
tanda ini sangat baik..anda memang normal kerana fitrah manusia perlukan ibadah untuk menenangkan hatinya..satu tuntutan yang biasa ( wajib) kepada Pencipta kita..apa salahnya si Dia memerlukan 5 kali waktu mesra dengan kita....waktu yang khusus Dia dan kita....

selepas anda menunaikan tuntutan itu, maka akan terpancarlah ketenangan di wajah anda kerana berasa sangat lega dapat menunaikan tuntutan ini..
segala kerja yang dibuat sebelum solat sangat kalut dan tidak bermakna tetapi jika anda telah solat, anda berasa sangat tenang dan selesa untuk melakukan kerja2 seterusnya..jika anda ada mengalami situasi ini, TAHNIAH...!!anda diselamatkan...anda selamat kerana rasa tenang dalam kebaikan dan rasa keji dalam keburukan..bukan sekadar anda mengalami perasaan itu tetapi anda turut melakukannya...

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28

Maksudnya : ” Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati. “

bagaimana jika anda tak rasa apa2?tak rasa gelisah pun kerana tak solat lagi....tak rasa gelisahnya apabila dah pukul 4 petang tapi zohor tak solat lagi..anda pun bukan menuju ke surau untuk solat pada 4 petang itu tetapi still meneruskan kerja2 lain...

jawapannnya :
cuba test kat dada, ada dengar degup tak??
cuba test kat nadi berdenyut lagi tak...
cuba tarik nafas panjang2, masih boleh bercakap lagi?
cuba tengok kaki masih berpijak pada bumi tak?

kalau semua ya dan anda masih tidak terasa gelisah tak solat, anda tidak adil pada diri anda...anda menzalimi diri anda...
anda sedang buat perkara2 yang akan membuatkan anda rugi sepanjang hayat di akhirat...
anda juga menganiya orang2 yang anda sayang kerana tingkah laku anda telah membimbing mereka ke api neraka jahannam....

kita akan rasa susah kalau kita tak biasa buat..

solatlah kerana ia tuntutan yang memenuhi fitrah anda sebagaimana anda perlu ke tandas setiap hari,perlu tidur setiap hari..perlu makan dan minum setiap hari...

Ya Allah ya Tuhanku..jadikanlah aku, keluargaku dan keturunanku di kalangan orang2 yang mendirikan solat...ameeen

p/s: nukilan ini dibuat semasa rasa gelisah..semasa teringat kat ADIK2 SEKOLAH CONVENT PULAU TIKUS,PENANG

KAK SYAIRAH

Saturday, July 10, 2010

Saidina Ali karamullahu wajhah telah menjelaskan 10 kelebihan orang yg berilmu

Pewaris para nabi
sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh abu Daud dan Tarmizi, " orang-orang yg berilmu adalah pewaris para nabi"
hadis riwayat Imam muslim drp Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah saw, " sesiapa yg berusaha utk menutut ilmu pengetahuan, Allah akan menganugerahkannya jalan ke syurga"


Pengawal yg setia
Saidina Ali berkata, "kita terpaksa menjaga harta kekayaan yg ada pada kita. semantara ilmu pula bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita"

Banyak kawan
Kata Ali," para hartawan mempunyai ramai musuh, sama ada yg dikenali atau tidak. Sedangkan org yg berilmu mempunyai ramai kawan"
Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah saw, riwayat Abu Naim drp Anas r.a, "ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kpd raja"

Ilmu tidak boleh dicuri
ilmu hanya akan hilang dgn cara kematian. Sabda Rasulullah saw dlm hadis riwayat Imam Bukhari dan muslim, " bahawa Allah swt tidak akan mencabut ilmu drp manusia yg dianugerahkanNya. Tetapi ilmu itu akan pergi dgn perginya (meninggal dunia) orang-orang yg berilmu itu"

Tidak pernah habis
tidak seperti harta yg akan habis semakin hari ia digunakan. apabila diajukan soalan kpd yg cerdik pandai, "apakah barang yg boleh disimpan lama?"

jawab mereka, " iaitu barang2 yg apabila kapal kamu tenggelam, maka ia akan berenang bersama kamu, iaitu ilmu yg kamu miliki"

Menyinari jiwa
Lukman alHakim berkata kpd anaknya, "wahai anakku, duduklah bersama org yg berilmu (ulama). Sesunguhnya Allah swt menghidupkan hati dgn nur hikmah (sinar ilmu) spt menghidupkan bumi dgn hujan dari langit"

Penjelasan RAsulullah saw yg diriwayatkan oleh AtTabrani drp Abu Hurairah, " sesorang yg berilmu adlh lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)


Tiada terbatas
Sentiasa bertambah

Taat kpd Allah swt
firman Allah, surah Al-Fathir, ayat 28, " sesungguhnya yg takut kpd Allah di kalangan hamba-hambanya hanyalah ahli-ahli ilmu"
sabda Rasulullah saw yg diriwaytkan oleh Ibnu abdil Birri, " orang yg berilmu itu merupakan kepercayaan Allah di muka bumi"


Akhirnya ingatlah pesanan Rasulullah saw ini, "sesungguhnya amal yg sedikit tetapi disertai dgn ilmu tentang Allah adalah bermafaaat. Sedangkan amal yg banyak yg disertai dgn kejahilan tentang Allah tidak akan bermanfaat"

Friday, July 9, 2010

muhasabah ambo arini..

muhasabah hari ini...

arini kurang berzikir...kenapa selalu tak ingat zikir?sebab kita kurang amalkan...
apabila jalan raya sendat dengan keta, aku hampir mengeluh..nasib baik teguran kak long (gewe masa di kmpp) sentiasa terngiang2...walaupun ianya berlaku pada tahun 2006..

"ya Allah...panasnya................"pernah diriku mengeluh begini
"syairah, bukan sifat orang beriman asyik mengeluh gini...!"tegas kak long...
aku terdiam dan tersenyum siput padanya..malu.lupa plak syaitan berderu2 datang kat kita kalau asyik mengeluh..mana la letak taqwa dan keimanan diriku ni...

semasa mula2 sampai di Penang, anakndak telah ingatkan..."sya, jangan terkejut..kat sini memang banyak orang hon"....bersahaja sungguh anakndak mengingatkan diriku..mugkin dia tahu diriku susah untuk hon dan tak suka dihon...

mmmm..betullah...hari pertama bunyi hon bertali arus...takut dan terbungkam dibuatnya..
"kenapa yea......?" getus hatiku..mungkin diorang tension tu..tak pun tak habis serabut di office tiba2 kat jalan raya pula orang lain buat hal...ni yang nak balik kelantan ni..

bila mengadu kat kakak homesick,kakak gelak dan terus calll.."eh cik ngah..dah tua bangka..nak homesick ape lagi..."

homesick diriku lain..bukan nak tidur kat ketiak mak..tapi rindu suasana tarbiyyah di qlate..rindu pada halaqah usrah,pengajian al-quran...tambah2 pula terkejut hon keta yang panjang jea bunyinya..kalau dari psikologi, penghon keta tu memang nak lepas tension tu...(ilmu pembimbing rakan sebaya mase sekolah dulu)..

jadi, satu muhasabah buat diriku yang selalu lupa..berzikir selalu..
mengeluh cepat zikirnya menyusul lambat...

Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Thursday, July 8, 2010

Amanat naqibahku...

petang ni redupkanhati belajar banyak perkara...Kata-kata dan nasihat yang meniti di bibir naqibahku akan  sentiasa disematkan dalam fikiran dan hati...Sekejap sahaja dapat meneguk ilmu kak nur dalam halaqah emas kita..halaqah kerinduan kita pada Yang Esa...

Pesan naqibahku..:

1. Biar ramai membenci diriku janganlah sesedih diriku tidak diredhai Allah swt...Cukuplah redha Allah swt yang membahagiakan jiwa kita..

2.Berpeganglah pada istikharah diri sendiri..jangan mudah untuk mengharapkan istikharah dari orang lain..

3. Kak Nur membuka Al-Quran, surah ke -28( al-Qasas) ayat yang ke 83...
lancar dan fasih sahaja Kak Nur menghuraikan ayat2 itu..
"Itulah kampung akhirat,kami adakan untuk orang2 yang tiada menghendaki sombong dimuka bumi dan tiada pula membuat bencana.akibat yang baik untuk orang2 yang bertaqwa..."

sebagai orang mempelajari dan dilingkungi ilmu sains.sememangnya redupkanhati memerlukan bimbingan, pantauan dan nasihat orang2 yang alim agar redupkanhati bukan sekadar menjadi hamba ibadah....
kita perlukan guru yang thiqah..biah yang solehah dan pasangan yang soleh...

sama-sama mencari keberkatan dalam hidup...kita hanya singgah dunia...pengembaraan yang sebenar adalah ke akhirat..bukankah begitu, sahabat2 ku?

Wednesday, July 7, 2010

alhamdulillah...
Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang....
Usai sahaja ku menyatakan kerinduan pada naqibahku, tiba2 Kak Nur datang USM Penang saat ini..baru sahaja sampai atas satu tujuan lain..

petang ni boleh jumpa kak Nur kat Vistana Hotel...=)

terubatlah kerinduanku...
sampai juga melodi rinduku padanya..
Terima kasih ya Allah swt kerana menghantar kak nur ke sini..
walaupun seketika..=)

control2..jangan nangis tak tentu pasal yea Cik Sya...=)

kalau boleh biarlah tangis ini adalah air mata yang mampu memadamkan api neraka yang ingin memakan ku di hari kebangkitan nnt...airmata inilah yang Jibrail a.s katakan pada NABI SAW air mata org2 yang takutkanj Allah, mengingati Allah swt...

kak nur, sya rindu pada kak nur dan tarbiyyah kak nur..................................

Bila si dia suka pada Tok Guru Nik Aziz

"awak orang tok guru ke?"
tanya kak thien bersahaja..aku pada mulanya terkedu juga..baru sahaja berjumpa terus rancak berbicara pasal tok guru...dia kristian sarawak..jurusan sains politik..dah PHD dah pun...

"saya suka tok guru..he is very gentleman..." luah kak thien sambil tersenyum...
dia lantas menyatakan yang Tok Guru sangat istimewa..
"ada ura2 kata kalau PR dan politik lain bergabung, mereka tawarkan Tok Guru Nik AZIZ sebagai PM..saya tak terkejut..bahkan saya akan menyokong....he can do it..dia ada karisma..saya selalu memperhatikan cara beliau mengemukakan idea dan pendapat...kes Elizabeth Wong aritu..sungguh memeranjatkan saya..dia tak seperti ulamak lain.."
"walaupun dia ditawarkan sebagai ketua kepada badan politik yang akan bergabung nnti, tetapi dia tolak..saya lihat, dia seolah-olah ada satu wawasan yang dia ingin sampaikan..."
aku tersenyum..betullah tu kak thien..Tok Guru dan kami memang ada wawasan..nak membenarkan apa yang ada di dalam Al-Quran iaitu Islam dijadikan cara hidup dan Islam memimpin manusia...namun sayangnya kata2 ini hanya bergema dalam kotak hatiku....=)

Kak thien sangat rancak berbicara mengenai Tok Guru...
"aiyooo..saya sangat sedih kalau itu Tok Guru akan meninggal..."
eh....terkejut entah kali ke berapa saya dibuatnya...
"saya sangat sayang Tok Guru...dia sangat bagus..tak macam ulama lain..asyik punish..punish....
they forget to love people..Tok Guru sangat caring...."luah kak thien..

ku lihat ada airmatanya sudah bertakung di kelopak matanya...aduuuhh..
aku lagi lah sedih..dah la org kelantan..dibesarkan dalam suasana dipimpin oleh Tok Guru...aku sebak dan cuba menahan air mata daripada keluar..isk dahsyat juga kak thien ni...betullah kata beberapa sahabat Nisa' Kelantan..
org2 Cina dan Siam anggap Tok Guru Nik Aziz sebagai Tok Guru mereka juga...sekarang baru aku dapat rasa..

semasa dalam usrah,kami selalu muhasabah dan berbincang tentang cara pemimpin dinaikkan dan bagaimana nak menaikkn kepimpinan berkualiti...

jawatan jangan diminta..apatah lagi direbut2...
lihatlah tok guru..beberapa kali pemimpin besar datang pujuk terima jawatan..dan Tok Guru beberapa kali menolak dengan merendah diri..akhirnya, Tok Guru terima setelah beberapa lawatan orang atasan datang dan memujuk Tok Guru...gelaran tok guru pun masyarakat yang panggil..sebelum jadi MB lagi gelaran itu dah ada..

setelah menjadi Menteri Besar pun Tok Guru takut melihat ramainya orang mengikutinya...dia sangat menjga hati dan taqarrub pada Allah swt....
itulah, Tok Guru tak rasa dengan kehebatnnya memimpin...bila kita rasa tak kuat, kita akan minta dengan Allah swt..insyaAllah Allah swt akan menolong kita dengan kekuasaanNya...jika kita rasa kita dah kuat, maka kekuatan kita yang sedikit itulah yang akan digunakan..

cuba perhatikan ayat2 power Tok Guru..beliau tak cakap banyak..kita yang kena faham banyak..banyak kata2 Tok Guru yang menyatukan hati2 pejuang di bawah....mereka akan ambik dan guna kata2 Tok Guru...setiap kali usrah Nisa', pastikan sahabat2 akan ingatkan kami tentang tarbiyyah dan perjuangan melalui pesanan Tok Guru...sungguh mendalam dan menyentuh hati..


Muhasabah buat diriku yang selalu lupa....

Naqibahku

"idola kak nur adalah aisyah r.a".............
luahkak nur..naqibah kesayanganku...lulusan jordan dan merupakan pemegang amanah lujnah tarbiyyah semasa di jordan...kak nur sgt berhati2 dalam membawa usrah kami... kak nur wanita cekal..membesarkan anak2 dalam 2 dunia serentak...agama dan sains...dia orang hebat bidang agama manakala suaminya orang bijak perubatan....

berpurdah tidak menyukarkan kak nur utk sentiasa berdampingan dengan suami dalam membantu suami menyemarakkan agenda dakwah...

disebabkan kak nur memilih aisyah r.a sebagai idola, diriku sangat tertarik untuk lebih mengenali lebih mendalam sama ada tersirat mahupun tersurat siapa asiyah r.a sebenarnya..

aku tahu apa yang perkara utama yang menyebabkan kak nur memilih asiyah ra.....
aku amat tekun memerhatikan kehidupan kak nur, suaminya dan anak2nya...

suatu hari kak nur menyapa anak lelaki sulungnya..
'ABANG NAK MATI SYAHID TAK'?
tanya kak nur setelah anak2nya menonton satu peperangan islam..

'NAK!!'
balas anaknya walaupun baru sahaja baligh ( kalau tak silapku)

aku tak hairan...tarbiyyah kak nur kepada keturunannnya sebelum dia berkahwin lagi...
dia adalah tema kepada janinnya...dia juga adalah bayangan benih yang suci...
tarbiyyah kak nur kulihat cukup kemas...
dia tegas apabila berdepan dengan prinsip Allah swt..
jika Allah swt berkenan yang itu, dia akan buat itu..
jika Allah swt redha yang ini, maka yang inilah pilihannya...

bersih wajahnya sebersih hatinya..
Allah swt pelihara kak nur daripada menambahkan kotak dosanya..
Allah swt pelihara kak nur daripada mengumpat..
dan Allah swt juga pelihara kak nur daripada mendekati org2 yang salah...

ya Allah swt..aku akan menjadi saksi kebaikan kak nur dan pengorbanannya dalam usaha mentarbiyyah kami..usahanya mendidik kami..sehingga kami terasa yakinnya dalam perjuangan menuju kepada Allah swt yang kekal abadi..rahmatilah naqibahku....aminnn