
dari sambungan...
setelah majlis dimulakan dengan surah al-fatihah..
"kak fizah,kita teruskan dengan tadarrus dulu yea.."kak siti mengingatkan..masih berseri2 wajahnya,almaklumlah seri pengantin tidak habis lagi...
"ustazah suruh kita baca ayat ape,kak fizah?"tanya kak siti lagi..
"surah an-nur ayat 4 dan 5..."balas kak fizah bersahaja...
lalu masing2 mengalunkan kalamullah itu secara bergilir-gilir sambil dibetulkan bacaan oleh kak ina,pemantau ekonomi Nisa'...seterusnya kak Ina membaca maksud surah An-Nur daripada ayat 1-17...
kak siti,selaku orang yang 'arif dalam tafsir Al-Quran segera menghuraikan satu-persatu ayat yang kami perdendangkan sbentar tadi...tiba-tiba ku merasakan sangat tenang ketika itu...dengan berhati-hati dan penuh keilmuan,kak siti mengupas maksud ayat tersebut..
"surah ke 4 ini bermaksud macam ni..
wallaziina yarmuunal muhsonat ni maksudnya Dan orang2 yang menuduh perempuan2 yang baik(berzina)...muhsonat tu maksudnya yang yang menjaga dirilah...yang baik...tiba2 dituduh berzina...lepastu tidak didatangkan 4 saksi pula...tengok ayat yang setrusnya tu..
biarba'ati...jadi Allah kata
fajliduuhum thamaaniina jaldah...maka dealah mereka lapan puluh kali...dan kesaksian mereka ni tak diterima selama-lamanya...mereka itulah org2 yang fasiq...."
"fasiq...fasiq2 ni bukan main2...jauh bezanya dengan orang mukmin..."
"Ya Allah...bukan main2 kan kak siti.." kak hajar pula bersuara.."
"yea..memanglah..tu tak habis lagi tu...Allah kata lagi..tengok ayat ke5 tu...kecuali mereka yang bertaubat setelah itu dan membaiki dirinya..maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..." ton suara kak siti agak mendayu saat ayat ke5 itu sambil bibirnya menguntum senyum...itulah...Allah swt sangat Penyanyang terhadap hamba2-Nya yang mukmin... buat dosa yang dosa itulah jatuhnya murka Allah kepada kita kita tetapi jika kita bertaubat segera Allah memaafkan kita...

sambung kak siti lagi...
"tengok tu ayat ke-6..
Dan org2 yang menuduh isteri2nya(berzina),padahal mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain mereka sendiri,maka kesaksian masing2 org itu ialah 4x sumpah dgn nama Allah,bahawa sesggnya dia termasuk org2 yang berkata benar..jadi sahabat2,nak tuduh org zina ni bukan senang2..maruah tu...Islam cukup pantang bab2 maruah..Kena datangkan 4 saksi..4 saksi tu pula kena betul2 yang tengok adegan tu..."hujah kak siti..
"yea...kalau sekadar tengok berdua dalam rumah hujah tak kuat nak cakap dia boleh jadi saksi kan.."kata kak Hus..
"tu kes khalwat pulak tu.."tiba2 kak adyani bersuara..tugas sebagai S/u nisa' kelantan tidak menghalang kak Adyani utk komit dengan usrah...
sambung kak siti.."jika takde 4 saksi,kena bersumpah..4x sumpah dan sumpah ke5 kena nyatakan yang Allah akan melaknat diri dia sekiranya dia berkata dusta..."
"bukan ke 5x sumpah?"celah kak Shi..
tiba2 kak Ina mengangkat tangan.."maaf kak siti,saya nak menambah.jika salah tolong betulkan yea..semua sekali lah termasuk sahabat2 usrah..macam ni..memang5x..4x sumpah dan pihak isteri kena nafi kalau dia nak nafikan yang dia berzina..sekiranya dia tak nafi,kiranya dia mengaku dia berzina...tapi sekiranya dia nafi,tu yang jadi 4x sumpah tu.. dan yang ke5 tu bersumpah juga tapi kena nyatakan dengan jelas bahawa aku akan dilaknat oleh Allah sekiranya aku berbohong..pada masa inilah kita kena yakin dengan laknat ALLAh tu,kuasa ALLAH..kalau pada masa tu juga Allah nak tunjukkan kuasanya,boleh jadi terbakar ke apa ke kalau dia bercakap bohong..."
Di dalam amalan Islam, sumpah ini adalah dalam bentuk bayyinah. Iaitu apabila seseorang dikenakan pertuduhan dalam Mahkamah Syariah dengan sesuatu tuduhan (saperti suami menuduh isteri berzina) maka menurut syariat iaitu usul fiqh bahawa beban bukti ke atas yang mendakwa..manakala bersumpah untuk yang kena tuduh. Ini adalah sebahagian daripada sistem keterangan dalam syariat Islam.Contohnya apabila seorang isteri dituduh berzina oleh suaminya dan dia tiada saksi untuk membela diri..maka dia boleh bersumpah isti'azah menafikannya; yg jika dia bersumpah maka Mahkamah akan meminta suaminya turut bersumpah. Sekiranya suaminya bersumpah menegakkan dakwaannya, maka Mahkamah akan neutralise kes. Si isteri akam dibebaskan dari tuduhan zina dan suami akan dibebaskan dari tuduhan qazaf (menuduh tanpa saksi). Tetapi kalau suami enggan bersumpah, maka isteri itu akan dibebaskan tetapi suami mungkin dikenakan tuduhan qazaf.
" tu yang kena buat di khalayak ramai agar semua boleh ambik pengajaran..." kak adyani pula bersuara...
"MasyaALLAH....tepat sekali..."getus kak Hus...orangnya agak ceria dan suka berceloteh...sambil2 tu Kak Hus sempat lagi sengih-sengih nakalnya...itulah ajk Nisa'...sentiasa menghiburkan...
"yealah..sangat tepat dengan isu semasa sekarang..kita tidak boleh ketinggalan dalam hal ehwal semasa kerana kita semua da'e.." sambung kak Shi..."kali ni serius kak Shi bersuara.."dan ku lihat semua ahli usrah malam tu berkerut memikirkan kes liwat yang menggegarkan iklim politk malaysia...Ya Allah...berlah petunjuk kepada semua tentang kebenarannya...
seolah-olah itulah doa yang di baca dalam minda masin-masing2..bersambung.......