Thursday, July 30, 2009


4 GOLONGAN LELAKI YG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.




Wednesday, July 29, 2009

Tuesday, July 28, 2009

Dorong hati untuk mendekati khusyuk

Dorong hati untuk mendekati khusyuk




Apabila hati berpaling kepada selain dari mengingati Allah ketika solat, maka tolonglah hati itu dengan memberi peringatan kepadanya bahawa Allah itu amat mengetahui kedudukan hati ini. Sesungguhnya amat bodoh orang yang bermunajat kepada Allah sedangkan hatinya lalai.

Seorang yang bermunajat dengan Allah bererti ia amat memerlukan sesuatu dari Allah, amat mustahak dan begitu penting, ibarat seseorang mempunyai hajat terhadap seorang lain, oleh kerana hajatnya itu begitu besar dan mustahak maka ia terpaksa bertemu hanya empat mata. Selain itu cara menyampaikan hasratnya itu begitu rahsia, kerana mungkin ia sedang keputusan wang belanja atau keputusan keperluan dapur dan sebagainya, lalu ia ingin berhutang dengan rakannya itu oleh itu ia terpaksa berbisik-bisik supaya tidak diketahui oleh orang lain.








Tentunya lebih hebat lagi pengertian munajat seorang hamba terhadap Allah, kerana yang hendak dipinta dari Allah ketika munajat (solat) itu sudah pasti perkara yang lebih penting dari keperluan duniawi, bahkan yang dipinta dari Allah ialah taufiq, hidayah, iman, rahmat, pengampunan, pimpinan dan bimbingan kepada hatinya agar tidak lalai terhadap Allah.

Tetapi alangkah buruknya hati seseorang yang sedang bermunajat kepada Allah dengan hati yang lalai, adalah mustahil jika seseorang itu benar-benar berhajat kepada Allah ia masih boleh lalai dalam munajatnya dengan Allah. Sedangkan ketika seorang hendak mendapatkan bantuan atau pertolongan dari rakannya, ia sanggup merintih, berbisik-bisik dan merayu dengan suara yang merendah dan bersungguh-sungguh. Maka mustahil ia boleh terlalai kerana ia benar sedang memerlukan bantuan dari sahabatnya itu.

Oleh itu segeralah memberikan pertolongan kepada hati yang lalai ketika bermunajat kepada Allah, dengan mengingatkan ia bahawa bila seseorang itu berhasrat hendak bertemu dengan Allah melalu solat bererti ia amat memrlukan. Pertemuan itu amat penting dan ia mesti dihargai dengan mengajar diri sendiri agar berusaha menghindari sifat lalai itu.

Untuk menjauhkan kelalaian itu dipaksa hati agar ia ingat akan Allah, dengan sentiasa mengawal wajah hati dari berpaling kepada Allah dengan khusyuk. Kerana apabila batin telah khusyuk maka segala perbuatan yang lahir juga akan menjadi khusyuk.

Bila anggota lahir melakukan gerakan yang tidak perlu seperti menyapu muka, mengurut janggut, membelai hujung serban dan sebagainya ini menandakan hatinya tidak khusyuk. Jasad manusia ibarat rakyat, hati adalah pemerintahnya, sudah tentu rakyat akan bekerja menurut arahan permerintahannya. Demian juga sifat khusyuk itu akan mempengaruhi perbuatan yang lahir.

Oleh itu Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:-

"Ya Allah perbaiklah para pemimpin dan orang-orang yang dipimpin." Pemimpin dan orang yang dipimpin itu bukan sahaja bermaksud pemerintah atau raja dan rakyat, tetapi juga pengertian pemimpin dan orang yang itu termasuklah hati dan anggota jasad. Wallahualam.


dipetik dari Tazkirah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sunday, July 26, 2009

cinta sejati


<

strong>

CINTA SEJATI



Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak
dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu,
turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang
taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama
mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-
orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .

Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata
akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.

Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Saturday, July 25, 2009

tahniah firdaus




tahniah...

Buat anak didik, akhi firdaus..

hari khamis(30 july) ni bakal menamatkan hafazan 30 juzu' al-quran di usia 13 tahun..

smg Allah menambhakan kefahaman agama kepadamu...

Wednesday, July 22, 2009

perasaan luar biasa-perkongsian dr fadzilah kamsah

Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... ..
Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

fesyen utk jalan jauh




nak pilih fesyen lagi...?
dah tak boleh dah...
kain sendat2 je...
dipakaikan pula oleh org lain...






jalan jauh
tetapi...
bekalan sedikit...
astaghfirullah...



hati wanita....

antara dua wajah..
yang tersembunyi dan zahir...
wanita yang menjadi inspirasi adalah wanita yang pandai bersembunyi..

hatinya yang ikhlas tiada dipendekarkan..
jiwanya yang membelai tiada dihebohkan...
pengorbannya yang ternilai tiada dibicarakan...

akhlaknya terpuji dan menjadi inspirasi...
yang kumbang datang ditolak tepi...
bukan membenci apatah berhati besi..
tetapi sekadar ingin mewarisi...
tuntun budi si muslimah sejati...
hanya berkasih kepada suami...

sahabat yang beerti




Apa nilai persahabatan jika hanya tahu memuji dan mengiakan...
Apa nilai persahabatn jika hanya banyak memendam rasa...
tidak tahu bagaiamana utk menambah nilai kepada sahabat yang sedang disahabatinya..

Sahabat yang baik ialah
apabila terpandang wajahnya teringat Allah..
bercakap dgnnya menambah ilmu agama
melihat tingkah lakunya teringat mati..

jadilah sahabat yang mngerti dan tahu diertikan...

oleh
SAHABAT

Monday, July 20, 2009

bila bersahabat dgn seorang yang solehah


Seorang sahabat datang menyapa sambil menguntum sebuah senyuman..
Disebalik wajah yang tenang, dia mula mengatur bicara..

"kak sya... bila Allah ingat kat kita?"
Aku tunduk sambil mula berfikir...
jawab seorang sahabat yang kebetulan melewati kami.. " bila kita dilanda ujian itulah tanda Allah mengingati kita..."

Dia tersenyum lalu menambah... " betul... tetapi sebenarnya seorang sufi pernah berbicara yang antara tanda Allah ingat pada kita ialah apabila kita ingat atau terlintas ingatan pada ALLAH.. "

aku menarik wajah kepadanya...kasihku pada sahabat di hadapan ku makin bertambah... seraya hatiku bermonolog... 'kaulah sahabat.. kaulah teman dalam perjuangan ini....'

tangisku bagaimana....?

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.