Thursday, August 20, 2009

Letaklah hatimu di tempat yang tenang

“Tidak mahu kuakui tewas,

Biar menggunung badai menghempas,

Tidak mahu kuterus menangis,

lantaran pujukan-Mu cukup manis…”

(petikan dari buku Tautan Hati tulisan Kak Fatimah Syarha Nordin)

Sunday, August 16, 2009

projek

assalamualaikum...

ada dua projek besar..

1) Rumah Perlindungan Wanita Negeri Kelantan

2) Ekspresesi diri kepimpinan Nisa' Kelantan...

AYUH NISA'.. anda adalah harapan kami..

Saturday, August 15, 2009

doa ramadhan

TAZKIRAH RAMADAN
Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN?

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah
sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan
walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada
kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya
menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang
yang ingin mencapai kepada matlamat
penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti
yang disebutkan oleh Allah swt khususnya
dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai

“La ‘al lakum tat takuun”
maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat
ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu
yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut,
di hafal dan diingati kalimah ini “La ‘al lakum tat takuun”, tetapi pernahkah,
sampaikah kita ke tahap “tat takuun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir
Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada
sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yukh
farulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang
telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan
hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan
semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat
dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya
kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hambahambanya.
Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari
berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya
kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa
manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang
sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.
Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang
dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku
malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila
kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu”
kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan
malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik
untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah
bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?”
Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam
Qadar berdoalah

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun,
ampunkanlah dosa-dosa saya).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya
telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk
memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak
untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan
pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah
ampunkan dosa.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi
Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin”
maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi
hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat
berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini
setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).
Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan
yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman
kamu”.
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang
yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah
dijamin masuk syurga.
Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir
seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan
datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu,
carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu
berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan
yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya
Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada
Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.
Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik
kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi
topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu
relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau
logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah
dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah
ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam
sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu
’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan
yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).
Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilahkabilah
yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan
Uwais al-Qarni.
Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan.
Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang
bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak
sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang.
Tetapi dia ada sesuatu…..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari.
Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang
ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan
keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak
sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi
mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan
agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan
untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman
ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya
“Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk
melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais
tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa
pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya
“Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah
agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak
lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil
(pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk
lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas
“Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan.
Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu
mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang
pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu,
petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang
sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah
menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat
hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya
perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan
haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua
tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti
dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan
pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku)
ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie
dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya
dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais,
apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya
berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya
lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa
ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk
syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih
(sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah
yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak
bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena
taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais
berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa
(sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya
dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang
putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”
Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali
tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda
ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda
tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya,
kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan
tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan
sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.
Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia
telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang
yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit
sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah
berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.
Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa
dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt.
mengampun semua dosa-dosa mereka.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari
Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya
kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”.
Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Doa yang paling utama di malam Qadar

Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada
na fala yukh farulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai
Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.
Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal
keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil
hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang
tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan
minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua,
kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan
“Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan
akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita
buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.
Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan
orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orangorang
yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah
minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.
Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah
hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan
juga ampun untuk yang akan datang.
Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari
seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali ,
sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah)
sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya
Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki,
sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa
kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa
aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan
tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti
ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu”
kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang
dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).
Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia
mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor
(bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir,
tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.
Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda
yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita
baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak
dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.
Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu
dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal
turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang
sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak
dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan
kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang
lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian
biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang
bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati.
Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci
dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam
peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.
Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi
kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya
masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya
putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.
Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala
kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih.
Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang
utama ialah untuk membersihkan diri.
Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik
dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun,
ampunkanlah dosa-dosa saya).
Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita
jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia
pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah
tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga
iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu
demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun”
dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang
dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan
kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosadosanya.
Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita
hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan
berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh,
semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.
Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita
menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak
menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak
mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam
mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.
Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita
tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar
dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung
berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat
kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis
dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari
sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang
“Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan
ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang
dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk
pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak
keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak
barzakh, masuk kubur terseksa.
Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan
kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan
minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.
Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa
mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni
mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan
kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala
dosa.

Penutup
Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa’, kita bertemu sekali dalam bulan
Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk
berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan
Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa
diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun
yang berbaki daripadanya.
Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi
jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia
yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan
tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah,
dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian
disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu
jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan
kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..
Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang
Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk
dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah
swt.

Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang
menganjurkan majlis malam ini Darussyifa’ dan kita mengharapkan kepada Allah
swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih
sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan
Allah swt.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Tazkirah ramadan ini ditulis semula daripada rakaman tazkirah Ramadan oleh Tuan
Guru Dato’ Dr. Haron Din pada hari Khamis 12 Ramadan 1427H bersamaan 5
Oktober 2006. Mungkin terdapat kesilapan dalam penulisan semula ini
bagaimanapun sila mendengar rakaman asal untuk yang asli.
Untuk mendengar rakaman audio Tazkirah ini silalah lawat laman web
Darussyifa’ di http://www.darussyifa.org.

bersyukurlah dgn rezeki kita...

Thursday, May 14, 2009

Lokasi : Didalam Pasaraya Besar
Masa : Jam 3.30 pm
catatan oleh : seorang hamba Allah

Seorang penolak troli gigih bekerja. Dari warna kulit dan wajah, jelas berbangsa melayu. Bukan Nepal atau Burma . Bangsa sekulit dengan aku. Usia tidak muda dan tidak juga tua. Agaknya dalam lingkungan 30an. Benar2 mengerah keringat dan kudrat menolak tidak kurang 30 troli sekali lalu.. Peluh memercik, jelas dimukanya. Setelah selesai dia tiba-tiba tersenyum bila merasakan ada mata yang sedang melihat dia bekerja tadi. Sebagai menghargai, aku balas senyuman sambil menghampiri beliau.

Dah lama kerja kat sini ? tanyaku sambil menghulur tangan untuk berjabat tanda awal memula perkenalan. baru lagi bang. Baru 2 bulan. Oh..jawabku ringkas. Sebelum ni ? Kerja kilang bang ! Dimana ? Di Pulau Pinang. Kilang tutup...nasib baik dapat kerja kat sini. Alhamdulillah ! Itupun terpaksa menganggur lebih 5 bulan tanpa kerja tetap.

Dari riak wajah, aku tahu dalam jiwanya terpamer azab kehilangan pekerjaan. Macamana kerja baru ni..ok ke tak ok ? aku menyoal lagi. Dia diam seketika..kemudian bersuara..kerja kuli bang! Nak kira ok tu..ok juga, cukup buat beli susu anak bang ! Berapa syarikat ni bagi sebulan ? banyak benar pertanyaan dari mulut aku ni untuk dia. Hmm..campur overtime..12 jam kerja sehari dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, dapatlah RM800 sebulan. Banyak tu ? aku cuba menduga. Banyak ker? Cukuplah untuk sara anak bini. katanya ringkas. Hampir 10 minit aku luangkan masa untuk berbual dengan beliau, Halim namanya, ayah kepada 3 orang anak, 2 dah masuk sekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun. Tinggal di rumah sewa dengan sewaan RM250 sebulan. Agak perit bagi Halim, aku dapat rasa dengan gaji sebanyak itu. Apa nak buat...walaupun dia mempunyai Sijil dari Politeknik Ungku Omar, tapi yang jelas..pekerjaan beliau kini sebagai 'penolak troli'. Jika dahulu ketika bekerja kilang, sebagai juruteknik setiap bulan kurang2 dia boleh dapat RM1600 sebulan. Separuh dari pendapatannya hilang kerana masalah ekonomi sekarang. Nak salahkan kerajaan ker ? Entahlah..!!


Lokasi : Masjid Jamek ***
Masa : Lepas Maghrib (malam tadi)

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami...kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku.. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah. .! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah. .rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah.. ! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada ..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya.. saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah. ...!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival...ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut..

(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Buat renungan sahabat sekelian !

Friday, August 14, 2009

Ya Allah.. permudahkanlah apa yang sukar bagiku...

Barangsiapa memudahkan kesukaran seseorang, Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat" (HR. Muslim).

Tidak mudah merasakan bagaimana sesungguhnya hidup susah, kecuali oleh orang-orang yang sedang mengalami kesusahan hidup. Seperti halnya perasaan saudara-saudara kita yang sedang hidup di rumah-rumah setinggan atau kem-kem pelarian sementara yang kemudahannya serba kekurangan. Dengan demikian, hanya orang orang tertentu yang mampu merasakan perasaan susahnya orang lain, terutama orang-orang yang tergolong sebagai kaya hati..

Bahkan dalam suatu hadits, Rasulullah SAW mengatakan bahwa kekayaan yang sesungguhnya ialah kaya hati. Hal ini memang sangat kuat alasannya. Orang yang kaya hati, meskipun tidak kaya harta, akan tetap berusaha untuk menunjukkan keperihatinannya terhadap orang lain. Sebaliknya, orang yang kaya harta, namun tidak kaya hati, tidak akan mudah perihatin terhadap nasib orang lain, terutama orang orang yang hidup dalam kesusahan.

Sebagaimana dikatakan dalam hadits di atas, orang yang kaya hati sehingga mahu membantu meringankan beban orang susah akan mendapatkan sekurang-kurang dua kemudahan. Pertama, kemudahan hidup sewaktu di dunia. Ada saja pertolongan yang diperolehnya, meskipun bukan melalui orang yang pernah dibantunya. Allah mengirim bantuan melalui tangan hamba hambaNya yang lain. Kedua, pahala yang akan membantunya sewaktu ditimbang amalnya di hari akhirat kelak.

Oleh itu perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dimasukkan ke dalam golongan yang kaya hatinya. Jangan sampai kita menjadi orang yang mati sebelum dimatikan oleh Allah SWT iaitu orang yang mati hatinya.

Thursday, August 13, 2009

patuk... patuk lagi... lagi patuk... berlakulah proses patuk-mematuk yang tiada faedahnya..

Hadith :
Anas r.a bercerita katanya:” Nabi SAW pernah memendekkan solat beliau, tetapi beliau melakukannya dengan sempurna.”

Huraian
Ketika solat, selain melibatkan gerakan fizikal, ia juga melibatkan roh kita. Roh inilah yang sebenarnya diperlukan dalam solat kerana ketika itulah ia kembali menemui Tuhannya. Manakala fizikal kita hanyalah sebagai pengantara. Sedangkan rohlah yang menghayati bacaan tersebut. Justeru orang yang memahami tujuan solat yang sebenar tentunya mahukan solatnya itu berjalan dengan tenang, santai dan ada toma’ninah. Bukan solat seperti ribut atau laksana ayam mematuk padi sehingga roh selalu tertinggal ke belakang. Dengan perkataan lain, mulut kita secara spontan membaca bacaan, namun fikiran kita melayang entah ke mana. Tiba-tiba solat kita telah pun siap dan kita pun memberikan salam. Hakikatnya bersolat adalah masa untuk kita berdialog dengan Allah secara langsung. Kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengadu. Maka sewaktu solat adukanlah semua persoalan kita kepada Allah. Roh kita akan dapat merasakannya Contohnya hati kita terasa sebak dan air mata akan menitis dengan sendirinya. Namun jika kita bersolat secara cepat dan terkocoh-kocoh mungkin roh tidak sempat menikmati pertemuan dengan Allah ini. Kita akan merasakan bahawa solat itu satu bebanan yang menyusahkan sekali gus menjadikan kita bersolat secara terpaksa!
.

Saturday, August 8, 2009

Fauwaz



Nama : Wan Ahmad Fauwaz B. Azhari
Umur : 4 Tahun
Kedudukan dalam keluarga : Anak bongsu yang manja ( selesa )
Jangkaan seorang ust : Fauwaz akan mengalami zaman kegemilangannya melalui tangannya.. we will see betul ke tak...
Muhasabah : Fauwaz mempunyai daya ingatan yang kuat dan dapat mengecam sesuatu perkara di awal usia 2 tahun lagi...

Tuesday, August 4, 2009

kaabah




Sayunya hati melihat lambaian kaabah..
adalah menjadi inspirasi di hati utk menghabiskan 10 ramadhan terakhir di sini suatu hati nanti.. rasa cemburu pada abah yang istiqamah berada di depan kaabah setiap kali 10 ramadhan terakhir...

amalan org lain semakin bermutu dan banyak sedang diriku....?
org lain menderma dan sentiasa meringankan kesempitan masyarakat sedangkan diriku..?
mereka sentiasa menunggu tibanya saat malam yang hening sedangkan diriku..?

Ya Allah..
cukupkanlah apa yang kurang..
tambahkan apa yang sedikit...
jauhkan apa yang buruk dan dekatkanlah apa yg baik...

kasihanilah syairah.

Sunday, August 2, 2009

pengalaman hidup

dipersembahkan buat pembaca oleh ;
Azamin Amin Wed Jul 22, 09 12:31:33 pm MYT

nota : sebagaimana ana merasai manisnya pengalaman dia.. bersyukur ana diberi pinjaman merasai manisnya tawakkal dia pada Allah..-syairah


Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar.. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.
"Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.
Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.
"Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.
"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.
Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini.. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.
Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.
"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.
Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu.....hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.
Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.
Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.
Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.
Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

"Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya..
"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.
"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.
Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.
"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.
Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.
Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu.. Yang pasti, pintalah.
Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.
Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.
"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.
Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat.. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!
Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya.. .
"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."
Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.
Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka. ..
Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.
Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.
Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu. "

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena
Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.
Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.
Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...
Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.
Saya bersabar menunggu detik itu....
Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :
" Mmm...sedap. ." dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.
Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena..... .

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.
Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat.. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.
Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya..
Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya? " (Al-Baqarah: 286)
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.
Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.
Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan..

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.
Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

Menulis dari meja Harakahdaily di pejabat Harakah, jam 10.30 pagi 22 Julai 2009.- azm

tengok budak ni baca.. loghat bahasa dia

video

sekadar renungan..


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

Syaaban masa paling sesuai muhasabah diri

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:
"Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

"Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan",

bermaksud : "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan

Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Air adalah bekalan dan kehidupan bagi pejuang. Mengapa pentingnya kita mengenang pejuang dan menyalakan semangat perjuangan? Perjuangan kita dalam hidup ini adalah untuk kemerdekaan. Merdeka jiwa. Merdeka daripada segala bentuk perhambaan manusia kepada manusia.

Lebih 50 tahun lalu pejuang berjaya membawa negara kita keluar daripada belenggu penjajahan. Penjajahan tanah air, jiwa, rasa dan minda.

Bayangkan dan rasakan, mereka berjuang membela negara ini bukan untuk hidup mereka, bukan untuk keluarga mereka, bukan pula untuk hari meriah itu. Mereka berjuang untuk masa depan anak cucu dan bangsa ini. Mereka berjuang untuk kita, yang hidup saat ini, juga untuk anak cucu.

Bayangkan dan rasakan apakah pejuang akan senang melihat penjajah British dan Jepun serta pengkhianat Komunis Bintang Tiga menghina maruah umat?

Apakah pejuang akan senang melihat maraknya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan beberapa pemimpin dan pihak bertanggungjawab? Adakah pejuang rela membiarkan rakyat bergelumang dengan dadah, judi, jenayah rogol, seks rambang dan syak wasangka kaum dan agama? Adakah pejuang boleh goyang kaki melihat umat hanyut dalam budaya hedonisme melampau sehingga tidak peka dengan budaya ilmu dan intelektual?

Kita perlu membuat pejuang bangga dan senang, dengan membangun negara ini dengan hati, bersih jiwa dan minda, jujur, bertanggung jawab, disiplin, kerjasama, adil, wawasan dan prihatin. Mari membuat bangsa ini dihormati dan disegani di mata bangsa lain di dunia.

Sempena Syaaban kita perlu mengasah dan memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa pejuang adalah jiwa menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.
Firman Allah bermaksud:
"Dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertakwa." – (Surah Al-Baqarah: ayat 177).

Antara perkara yang disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang. Kini masanya qada puasa bagi sesetengah kita yang tertinggal puasanya pada Ramadan lalu atas sebab keuzuran dibenarkan.
Contohnya kerana sakit, musafir dan menyusukan anak. Kita tidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya kerana kita akan didenda membayar kafarat ke atas setiap hari ditinggalkan.

Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Ini bukan amalan pejuang. Firman Allah bermaksud:
"Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan". (Surah Hud, ayat 123).

Hikmah diperintahkan untuk membanyakkan puasa pada Syaaban untuk membuat persediaan mental dan fizikal, melatih diri membiasakan berpuasa pada Ramadan nanti.

Kita disunatkan membanyakkan amalan puasa sepanjang Syaaban bukan hanya pada malam Nisfu Syaaban saja. Rasulullah selalu melakukannya. Dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata:
"Aku belum pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban".

Syaaban dikenali sebagai bulan muhasabah diri, iaitu memperbaiki dan melihat kembali watak diri sendiri. Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan sombong yang semakin runcing membekam dalam diri sebahagian daripada kita, umat Islam masa kini. Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat mahmudah.

Adakah kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baik seperti ikhlas, reda dan sedekah. Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat maka kita murnikan dengan ikhlas dan reda.

Apalah maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Sering berpuasa tetapi turut mengamalkan lihat perkara yang 'syubhah'. Apalah ertinya setiap tahun kita mengerjakan haji tetapi riak mahu dilihat sebagai orang yang berada dan suka dipuji?

Dalam Syaaban kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah:
"Barang siapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."

Dalam kita beramal meraikan Syaaban, janganlah pula kita kaitkan dengan amalan bidaah tertentu yang tidak disyariatkan oleh Allah.


INFO

\

· Syaaban adalah detik memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala.

· Jiwa pejuang adalah menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.

· Antara perkara disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang.

· Kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Masa sesuai muhasabah diri.

dipetik daripada : taman2 syurga punya blog


nota :

Ya Allah. lalainya sampai terlupa utk muhasabah diri sblm ramadhan..

ramadhan

Ya Allah..
izinkan aku menghabiskan sisa2 Ramadhan..
mengambil peluang ramadhan ini utk lebih hampir kepada apa yang Engkau cintai..

gugur air mata kerana solat

Pernah seorang sahabat menangis teresak2 selepas solat berjemaah pada suatu hari.. lantas kami mengurumuninya untuk bersama-sama2nya.mana tahu dia dalam kesusahan atau mengalami konflik kehidupan
..
selepas tangisnya redha.. dia membuka bicara..
".......wahai sahabat2, tidak pernah ana merasai manisnya solat seperti solat tadi.. ana begitu tenang dan damai hati.. jiwa seakan2 dibelai oleh manisnya solat ini..
ana menangis kerana entah bila ana akan merasainya lagi.."

kami tunduk.. sebaknya hati bila menghitung tahap kemanisan masing2 dalam beramal.. aku pun sahabat sepertinya, masuk meeting, hadir kuliah, menuntut ilmu agama dan sains bersama-sama.. dia sampai ke tahap gugurnya air mata kerana Allah.. terasa akrab dgn Allah dalam beramal....

Ya Allah.. terima kasih kerana selalu menghampirkan aku dgn sahabat2 seperti mereka...