Saturday, October 31, 2009

Kem Motivasi Memburu Bintang 2009


Kepada para ibu ayah, kakak, abang, bapa saudara atau sesiapa sahaja yang prihatin terhadap perkembangan dan peningkatan keintelektualan serta syaksiah anak2 mereka atau sesiapa sahaja yang bersama mereka, mari sertai kami dalam kem Memburu Bintang.. InsyaAllah, ianya kem yang mendidik jiwa dan menjadikan Allah serta Islam itu sebagai matlamat hidup yang utama...


Tarikh : 04 & 05 Disember 2009 ( Jumaat & Sabtu )

Tempat : Masjid Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan

Sasaran : Pelajar2 sekolah Rendah ( umur 9-12 tahun ) sekitar Negeri Kelantan ( Terhad kepada 80 orang setiap sesi )

Anjuran : Kelab Rakan Islam Kelantan ( di bawah naungan Redupkanhati-Trademark )

Untuk Tempahan tempat, sila hubungi segera :
>> Cik Nur Syairah Bt Ab. Rani 013-9870277
>> Cik Nik Safillah Mohd Daud 014-5058780


Bayaran : RM 35 setiap org

Email : kelabrakanislamkelantan@yahoo.com, kelabrakanislamkelantan@gmail.com
Blog : http://www.kelabrakanislamkelantan.blogspot.com/


Objektif Program :
1> Mendidik jiwa dan minda peserta supaya sentiasa berorientasikan Islam
2> Membudayakan akhlak Islam sebagai satu kewajiban dalam kehidupan
3> Mendedahkan peserta kaedah pembelajaran yang baik dan menguruskan waktu dgn bijaksana

Semoga Kem Memburu Bintang ini menjadikan anak2 kelantan lebih berdaya saing dan menjadikan Islam sebagai cara hidup...InsyaAllah..

JANGAN TERLAMBAT UNTUK MENDAFTAR YEA...

Thursday, October 29, 2009

Qana'ah

Aku menepuk2 dahi....laaa yang lain selalu qana'ah..kenapa la yg ni tak qana'ah pulak...

sya, qana'ah lah dalam berperasaan sesama makhluk...ok..be a great muslimah and becoming a wonderful mother..

buat adik2 IPKB yang mantop2, kak sya jadikan video ini sebagai kenangan terindah kita..terima kasih buat shbtku yang mengizinkan nukilannya dihasilkan..=)

Wednesday, October 28, 2009

Bakal?

Apabila seseorang itu sangat cemerlang dalam akademiknya, maka dia akan dilabel sebagai bakal Pelajar Cemerlang oleh guru2nya..Namun adakah pasti apabila keputusan peperiksaan keluar kelak dia tetap akan menjadi pelajar cemerlang?

Apabila seseorang dicop sebagai bakal haji tidak lama lagi, adakah kita pasti dia betul2 akan berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji..even dah berlepas pun, adakah dia betul2 akan sampai ke destinasi sebelum maut datang menjemput?

Sekarang...

Apabila seseorang remaja itu bercinta,pasangannya akan dilabel sebagai bakal suami atau bakal isteri...Jadi, adakah pasti mereka betul2 akan berkahwin.?..Seorang lelaki yang ikhlas menyintai seorang wanita akan terbukti hanya selepas akad nikah dibuat..

Jadi, bersederhanalah dalam melakukan sesuatu perkara terutama remaja yang bercinta kerana masa lalai itu membebankan tanggungan dosa yang dipikul kelak..

Wanita Acuan Al-Quran

Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam
Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT

Monday, October 26, 2009

Qani'ah


Buku kak Fatimah Mohd Nordin yang berjudul " Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul" itu ku letakkan di sisiku selepas selesai membacanya.. kerana asyik meneliti dan menghayati bait2 kata2nya aku hanya mengambil masa 2 jam sahaja utk sampai ke ayat terakhir buku tersebut..


ku bangun lalu tertunduk memandang lantai..hela nafas di tarik panjang seraya bersyukur kepada Allah swt kerana menggerakkan hati seorang sahabatku untuk memberikan ku hadiah buku tersebut...


aku bersyukur kerana Allah bukakan pintu hatiku untuk ikhlas membacanya...


bergenang air mata ini kerana perasaan malu yang membuak2 menghiasi pemikiranku tatkala itu.. kenapa aku harus malu?malu kerana aku masih terlalu jauh dgn watak Qani'ah yang diilhamkan oleh penulisnya...


akan ku jadikan ianya inspirasi untuk menjadi seorang sayap kiri perjuangan pejuang Allah nnti..akan ku cuba menyantuni hati ini dan menuntun budiku ini agar sentiasa malu untuk membuat perkara2 yang tidak menggambarkan Islam itu sendiri..


Ya Allah..peganglah hatiku ini..


Sunday, October 25, 2009

Cinta Allah Fitrah Insan



PDF Print E-mail

Oleh: Mohd Razlan Abdul Razak

Hati yang hidup ialah hati yang mencintai Allah......

Sesiapa yang mencintai Allah, dia mencintai Islam kerana kehidupan Islam ialah kehidupan yang ditunjuki oleh Allah. Barangsiapa mencintai kehidupan Islam maka dia mencintai kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat radiaLlahu anhum.

Kehidupan mereka merupakan tafsiran ajaran Islam secara praktikal. Mereka merupakan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan sejati yang pernah dilahirkan di dunia ini. Mereka juga adalah generasi yang membangunkan dunia dengan kecintaan kepada Allah SWT dan membawa kebahagaian kepada kehidupan manusia dan alam.

Apabila kita menyebut tentang cinta Allah, ianya mestilah bertempat di hati sebab hati dicipta untuk merasai dzauqi atau kelazatan menghayatinya. Hati juga tempat makrifat, tempat iman, tempat rindu. Hati ini dikategorikan oleh Ulama Sufi kepada 4 peringkat, iaitu :

1. Hati yang lalai kepada Allah.
2. Hati yang ingat kepada Allah.
3. Hati yang asyik dengan Allah.
4. Hati yang makrifat kepada Allah.

Anda ingin tahu apa itu hati yang lalai,ingat,asyik dan makrifat kepada Allah?
saya sambung selepas ini..insyaaALLAH..

NOTA : inspirasi nukilan ini adalah hasil dorongan sahabat baik saya yang ingin berkhulwah kerana Allah.. smg Allah membantunya dan saya dalam misi ini.. ameen....

Cintaku Untuk Mu



Dari Sufyan bin Uyainah r.a. ia berkata :


“Barangsiapa cinta kepada Allah, maka cinta kepada orang yang dicintai Allah, barangsiapa cinta terhadap orang dicintai Allah, maka cinta perbuatan yang dilakukan karena cinta Allah, barangsiapa cinta terhadap perbuatan yang dilakukan karena cinta Allah, maka cinta melakukan perbuatan itu tanpa diketahui orang lain.”


Al-Asqalani menukilkan bahwa mahabbah (cinta kepada Allah) itu ada dua macam :

v Mahabbah Fardhu, yaitu mahabbah yang mendorong dilakukannya perintah-perintah Allah dan dijauhinya larangan-larangan-Nya.

v Mahabbah Sunnah, yaitu mahabbah yang mendorong dibiasakannya melakukan ibadah sunnah dan dijauhinya hal-hal yang subhat.


Ash-Shiddiq mengatakan, barangsiapa telah merasakan mahabbah Allah yang murni, maka apa yang dia rasakan itu dapat melupakannya dari keinginan dunia dan membuatnya merasa asing dari seluruh manusia.

-----------------------------------------------------------------------------

Sumber : Terjemahan Kitab Nashaihul ’Ibaad – Menjadi Santun dan Bijak

Wednesday, October 21, 2009

Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak2

Kanak2 kecil agak sukar untur dibacakan rukyah, berikut adalah panduan bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.

Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:

1. Ambil wudhuk 2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan 3. Baca : Al-fatihah (1x), Ayat kursi (7x), Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3x) 4. Perhatikan tangan & kaki anak anda, adakah bergerak2 semasa bacaan di lakukan. 5. Jika ada.... berkemungkinan ada gangguan.
Rawatan:

1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau
2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, 4Qul

Bila telah di rawat, scan semula... dan ulangi rawatan jika masih ada gangguan.... jika dilakukan berulangkali tetapi masih berlaku... jumpalah dengan mu'allij yang anda yakini.

Selamat mencuba.

Tuesday, October 13, 2009

2 Syair Umar Ibnu Abdul Aziz Rahmatul'alaihi

Manusia berpuas hati dengan benda-benda

yang tidak lama lagi akan fana

dan menaruh angan-angan yang panjang

dan harapan-harapan dari dunia.


Wahai sibodoh!

Tidak patut diperdaya dengan kelazatan mimpi.

Siang kamu dihabiskan dalam kelalaian dan

malam kamu dalam tidur dan

maut sedang menanti kamu.


Hari ini kamu sedang membuat kerja-kerja

yang akan menjadikan kamu menyesal dan risau.

Di dunia ini binatang-binatang berkaki empatlah

yang habiskan masa seperti kamu habiskan masamu.


Dikatakan selepas peristiwa ini belum cukup satu minggu Hazrat Umar Ibnu Abdul Aziz Rahmatul'alaihi wafat


Jika kamu wahai yang lalai, dengar bunyi jam dengan penuh perhatian.

benar-benar ia berkata, 'berkurangan, berkurangan'

masamu dari tempoh kehidupan.

Ulama menyatakan bahawa cahaya hati lahir dari 4 perkara:

1. menahan kelaparan

2. bergaul dengan orang-orang soleh

3. mengingati dosa-dosa yang pernah dilakukan (serta risau)

4. memendekkan angan-angan


Kekerasan hati disebabkan 4 perkara

1. makan hingga kenyang

2. pergaulan buruk

3. tidak mengingati dosa yang telah dilakukan

4. memanjangkan angan-angan

Friday, October 2, 2009

Atas Nama Cinta

lagu ini mengingatkan memori semasa di tahfiz al-amin... lagu ini telah menjadi kegemaran anak-anak hafiz/ah di sana...

maafkan cikgu kerana terlampau berkeras dalam urusan couple kerana kalian masih muda dan tindakan pun banyak yang tak betul..smg niat memperkenalkan lagu ni pada kalian dapat menyedarkan impian cinta yang selayaknya...

siru 'ala barakatillah..

terimalah dedikasi lagu ini buat anak-anak didik tahfiz al-amin..

Atas Nama Cinta
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya