Sunday, January 1, 2012

Orang yang dilapangkan hatinya untuk berjuang

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

selamat tahun baru, welcome  to 2012. rasa semakin tua walaupun baru melepasi usia 25 tahun. sedar atau tidak kita sering cuba untuk membahagiakan  hati kita. ada yang mendengar muzik, ada yang mencari cinta, ada yang mencari keberkatan ibu bapa, ada yang menimba ilmu agama dan ada juga yang mencari kawan.

namun, saya ada petua bagaimana untuk membahagiakan hati iaitu dengan merujuk surah at-taubah, 111.
iaitu menyertai saff Amar Makruf Nahi Mungkar. orang yang menyertai saff ini akan mempunyai jati diri yang kuat, melazimi diri dengan ilmu terutama ilmu akhirat, mencari keberkatan dalam hidup dan kebahagian setelah mati. 

Pernah suatu ketika, amal menurun. Solat jemaah terabai. Sudah terasa hidup terumbang ambing, langkah kaki untuk berjuang pun lemah. jadi, kita pun akan mencari punca kenapa malas nak berjuang (terutama juang untuk melawan nafsu sendiri),sedarlah bahawa puncanya tidak bersungguh untuk solat berjemaah. itu baru satu. mungkin apabila ada di kalangan kita yang kehilangan masa dalam bergerak kerja dalam jemaah mungkin terjebak dalam cinta tak bersyariat atau meringankan perkara yang syubhah.MasayAllah, segera Allah hilangkan rasa tenang dalam hatinya.

carilah punca kenapa ada orang yang dilapangkan hatinya untuk berjuang. bukan menunjukkan diri terhebat tetapi ingin berusaha menjadi baik. takde siapa yang baik melainkan ada segelintir daripada kita berusaha setiap masa untuk menjadi baik. Itulah yang terbaik

Allah, yusallimukum.. Allah selamatkanlah kami
Allahummatah 'Alaik.. Semoga Allah membuka pintu kebaikan buat kita